[VIDEO]Tak Payah Tunggu Arsenal, Guardiola Sendiri Tolong Umumkan Zinchenko Ke Arsenal

Pep Guardiola secara langsung telah mengumumkan bahawa Oleksandr Zinchenko sah menyertai pasukan Arsenal.

Peminat Arsenal ramai yang menantikan pengumuman rasmi tersebut. Ini kerana Arsenal sebelum ini tewas dalam pemburuan Raphinha dan juga Lisandro Martinez.

Kegagalan mendapatkan Martinez membuatkan Arsenal benar benar terdesak memastikan Zinchenko milik mereka.

Arsenal dilaporkan sudah mencapai kesepakatan penuh untuk mendapatkan bek kiri Manchester City, Oleksandr Zinchenko.

Di mana kesepakatan tersebut menelan kos £30 juta. Zinchenko dibenarkan meninggalkan Etihad selepas dia memberitahu kelab pada musim baharu bahawa dia mahu mencari cabaran baharu.

Zinchenko tidak melihat bahawa dia akan dapat merampas tempat posisi bek kiri yang sudah menjadi milik Joao Cancelo.

Pemain bek sisi dari Ukraine itu antara pemain yang disenarai untuk dijual oleh Man City.

Pep Guardiola malah sudah mensasarkan untuk mendapatkan bek sisi Brighton iaitu Marc Cucurela untuk menggantikan Zinchenko.

Zinchenko masih ada baki 2 tahun dalam kontraknya. Dan sudah menyatakan bahawa dia mahu angkat kaki kerana mahukan bola sepak yang lebih banyak minit perlawanan.

Pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano mengesahkan bahawa kesepakatan sudah dicapai. Dengan Mikel Arteta menjadi faktor penting dalam keputusan pemain itu untuk menyertai Arsenal.

Arteta pernah menjadi jurulatih Zinchenko ketika di Man City. Di mana ketika itu Arteta menjadi pembantu Guardiola.

Perkara tersebut turut disahkan oleh pakar perpindahan Arsenal dan EPL iaitu David Ornstein.

Zinchenho akan menyertai Gabriel Jesus menyertai Arsenal dari Manchester City.

Guardiola ‘Here We Go’-kan Zinchenko ke Arsenal

Dalam satu sidang media ketika aksi pra musim, Pep Guardiola dengan selamber mengumumkan bahawa Zinchenko sedang dalam proses memuktamadkan rundingan dengan Arsenal.

Bercakap kepada wartawan, Guardiola tidak berselindung atau berteka teki. Tanpa mempedulikan Arsenal suka atau tak dengan kenyataannya. Kerana rundingan sebenarnya masih belum benar benar rasmi.

Guardiola mewakili kelabnya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Zinchenko, Raheem Sterling dan Gabriel Jesus yang pergi meninggalkan kelab itu selepas sekian lama menabur bakti bersama Man City.

Guardiola berkata: “Saya mewakili pihak kelab mengucapkan terima kasih kami atas [sumbangan mereka] dalam dan di luar padang kepada mereka [pemain yang meninggalkan Manchester City].”

“Semalam dengan Oleks, ianya sangat menyenangkan sekali kerana kami dapat mengucapkan selamat tinggal dengan sebaiknya. Malangnya, Gabi [Gabriel Jesus] dan Raheem [Sterling], kami tidak dapat melakukannya kecuali dengan dia, di mana kami beroleh kesempatan dan dia akan berpindah ke Arsenal.”

Ada juga yang mengusik Guardiola, dari mana sumber berita tersebut?

Peminat Arsenal sudah tak sabar menantikan seorang lagi pemain berbakat besar beraksi dalam skuad mereka.

Zinchenko merupakan pemain yang serba boleh. Dia boleh beraksi hampir di kesemua posisi di atas padang.

Zinchenko akan bersaing dengan Kieran Tierney untuk posisi bek kiri. Di mana pemnain antarabangsa Scotland itu kerapkali mengalami kecederaan pada musim lalu.

Zinchenko akan diumumkan sebagai pemain Arsenal sebaik sahaja prosedur medikal dan proses menandatangani kontrak selesai. Dia dilaporkan setuju dengan kontrak sehingga 2026 di Emirates.

Setakat ini Arsenal sudah mengesahkan pembelian Fabio Vieira dan Gabriel Jesus.

Arsenal masih memburu beberapa lagi sasaran lain untuk memperkuatkan lagi pasukan mereka. Dalam usaha mereka kembali semula ke UCL selepas kali terakhir beraksi di pentas tertinggi eropah itu pada 2017, ketika di bawah Arsene Wenger.

Jadi, Arsenal benar benar sibuk dalam jendela perpindahan kali ini.

Baca yang lain