Vieira Mengeluh: “EPL Masih Tutup Pintu Untuk Pengurus Kulit Hitam”

Pengurus Crystal Palace, Patrick Vieira mengeluh tentang ‘kekurangan peluang’ untuk pengurus berkulit hitam kerana kekurangan peluang yang ditawarkan kepada mereka.

Patrick Vieira percaya pengurus kulit hitam tidak diberi peluang yang adil untuk menyinar dan menyerlahkan potensi mereka.

Jika pengurus berkuliti putih, mereka sentiasa ada peluang kedua dan ketiga serta berpindah ke kelab serterusnya, selepas gagal di kelab sebelumnya. Namun untuk pengurus kulit hitam, peluang seperti itu mungkin sukar.

Patrick Vieira menyeru agar pengurus dari kalangan kulit hitam diberi lebih banyak peluang dalam bidang kejurulatihan dan di peringkat eksekutif dalam bola sepak.

Pengurus Crystal Palace adalah satu-satunya pengurus kulit hitam dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini. Sedangkan ada 43 peratus pemain kulit hitam dalam liga utama bola sepak Inggeris.

Minggu lepas laporan daripada The Black Footballers Partnership mendapati di England hanya 1.6 peratus jawatan eksekutif, kepimpinan dan pemilikan dalam bola sepak dipegang oleh orang kulit hitam.

“Apabila anda melihat lima liga terbaik dunia dan anda melihat jumlah jurulatih kulit hitam yang anda ada dalam divisyen pertama atau kedua, ia tidak mencukupi,” kata bekas kapten Arsenal Vieira, yang juga pemenang Piala Dunia dengan Perancis, memberitahu BBC.

“Terdapat kekurangan peluang di sana. Terdapat kekurangan hubungan daripada pengurus kulit hitam untuk menghubungkan diri kami sedikit lagi dengan orang yang membuat keputusan.”

“Tetapi secara keseluruhan saya percaya bahawa pintu tidak terbuka untuk kita melakukan apa yang boleh kita lakukan dan masuk ke dalam pengurusan.”

“Apabila saya bercakap tentang pengurusan, saya bercakap tentang pasukan, tetapi saya juga bercakap tentang peringkat yang lebih tinggi juga.”

“Kami perlu diberi lebih banyak peluang untuk menunjukkan bahawa kami adalah sebaik orang lain.”

Persatuan Bola Sepak England memperkenalkan kod kepelbagaian pada 2020 yang bertujuan untuk menangani ketidaksamaan kaum yang mana semua kelab dalam Liga Perdana Inggeris.

Tetapi kod itu telah dikritik oleh Les Ferdinand, satu-satunya pengarah bola sepak berkulit hitam dalam liga utama Inggeris di Queens Park Rangers London, pendahulu semasa dalam Liga Kejuaraan ataupun liga peringkat kedua.

Les Ferdinand mengkritik dasar itu kerana ia tetap akan gagal membuat perubahan.

“Jika saya tidak berjaya di QPR seperti yang saya mahu, dalam apa jua keadaan, saya tidak akan mendapat peluang lagi untuk melakukan tugas ini,” kata Ferdinand kepada The Times.

“Namun saya melihat pengarah bola sepak yang telah meninggalkan satu kelab, pergi ke kelab lain, meninggalkan satu kelab, pergi ke lain dan meneruskan karier mereka.”

“FA terus meletakkan inisiatif tetapi semuanya cuma sembang je. Saya telah mengadakan perbualan mengenai glass ceiling [siling untuk golongan minoriti] untuk jurulatih Hitam dengan FA selama 30 tahun dan tiada apa yang berubah selepas itu.”

Baca yang lain