Vietnam Singkir Malaysia Dari Bumi Kemboja

Perjuangan Harimau Malaya dalam acara bola sepak Sukan SEA 2023, kini tinggal untuk melengkapkan jadual sahaja.

Dua kekalahan berturut turut di tangan finalis edisi sebelum ini, Thailand dan Vietnam terlalu kuat impaknya.

Sebelum perlawanan, Vietnam unggul sebagai pendahulu carta kumpulan B. Berkongsi mata dengan Malaysia.

Malaysia menang ke atas Laos dalam aksi pembukaan. Dan kemudian pada perlawanan kedua Malaysia kalah di tangan Thailand.

Kini aksi ketiga Malaysia kalah di tangan Vietnam dengan skor 2-1.

Aksi terakhir Malaysia akan berdepan Singapura.

Vietnam menikmati kemenangan ke atas Malaysia yang mengesahkan kemaraan mereka ke separuh akhir.

Kekalahan ini membuatkan Malaysia kini berada di tangga ketiga dengan 3 mata. Enam mata di belakang Thailand dan Vietnam yang mengekalkan rekod kemenangan 100%.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.