Vince Mcmahon Hantar Lima Penggusti Utama Balik Ke Pusat Latihan

Vince McMahon dilaporkan tidak gembira dengan setidak-tidaknya lima penggusti utama beliau yang kini sedang beraksi dalam main roster.

Menurut sumber laporan dari Wretling Observer, Pengerusi dan CEO WWE itu telah membangkitkan isu berkait kemampuan beberapa penggusti yang ada dalam jenama Smackdown dan RAW.

Beliau berasa sungguh marah, bahkan beliau telah menghantar kesemua lima penggusti itu balik ke pusat latihan untuk menjalani dua sesi latihan seminggu.

Hal tersebut bertujuan untuk memastikan kesemua lima penggusti itu mampu untuk meningkat kemampuan serta kebolehan mereka ketika beraksi dalam gelanggang.

Sesi latihan itu akan diuruskan oleh Pegawai WWE, Adam Pearce dan bintang RAW, Drew Gulak.

Sementara laporan asal dari WWE sebenarnya masih tidak menyenaraikan nama kesemua lima penggusti yang telah diarahkan untuk kembali ke pusat latihan itu.

Namun, PWInsider telah mendapat kesemua senarai nama tersebut dan mendedahkannya kepada umum.

Laman web tersebut telah mendakwa bahawa Keith Lee, Otis, Dabba-Kato, anggota kumpulan RETRIBUTION (Dio Maddin) dan pengawal peribadi AJ Styles, Omos telah dinamakan untuk kembali ke pusat latihan dan menjalani sesi latihan tersebut.

Salah satu dari lima nama dalam senarai itu benar-benar mengejutkan peminat WWE yang tidak menyangka bahawa Keith Lee turut disenaraikan.

Sejak dari melakukan debut pertamanya di acara Monday Night RAW, Keith Lee telah berjaya untuk mencuri tumpuan peminat dengan kebolehan beliau.

Beliau telah berjaya untuk menewaskan beberapa penggusti terkenal seperti, Randy Orton, Elias dan Bobby Lashley.

Beliau juga merupakan penggusti yang berjaya menyingkirkan Jey Uso ketika membantu Team RAW dalam memperoleh kemenangan dalam perlawanan lima lawan lima di acara Survivor Series.

Di samping itu juga, terdapat cakap belakang yang mengatakan bahawa beliau mungkin akan terlibat dalam perlawanan tiga penjuru yang melibatkan Brock Lesner dan Drew McIntyre di acara WrestleMania tahun hadapan.

Jadi mengapa perlu Vince McMahon meletakkan Lee dalam posisi ini hanya untuk menghantar beliau kembali ke pusat latihan?

Ianya tidak menghairankan untuk melihat para peminat WWE berasa marah dan tidak berpuas hati dengan keputusan dari Vince itu.

Berita ini mendapat perhatian dari peminat di laman sosial yang rata-ratanya menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut.

“Menghantar Keith Lee ke pusat latihan untuk belajar bagaimana bergusti seperti menghantar Freddie Mercury ke pusat latihan vokal untuk dia belajar cara untuk menyanyi.”

“Keith Lee kembali ke pusat latihan untuk dilatih semula aksi dalam gelanggang beliau. Dunia kini sudah kehilangan akal.”

“Saya jarang untuk berasa sedih atau kecewa, tapi demi tuhan, andai Keith Lee dihantar semula ke pusat latihan, ianya sesuatu hal yang sangat melucukan.”

Begitulah antara komen-komen dari kalangan peminat yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan WWE mahu menghantar Keith Lee ke pusat latihan.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu