Wanita Ini Catat KO 7 Saat, Terpantas Dalam Sejarah, Namun Mendapat Kecaman Teruk Dan Dituduh Memalukan

Seniesta Estrada baru sahaja mencipta rekod luar biasa dengan pukulan KO dalam masa 7 saat.

Biasanya para peminat akan menghargai rekod luar bisa seperti itu. Lebih lebih lagi Seniesa Estrada melebarkan rekod tanpa kalah dalam kariernya.

Seniesa Estrada kini sudah merekodkan 19-0 dalam karier.

Juara kelas flyweight WBC itu mempertahankan tali pinggang kejuaraanya menentang Miranda Adkins di Fantasy Springs Casino di California.

Namun kejuaraan itu disambut dengan kecaman dan cemuhan daripada para peminat tinju dan sukan di seluruh dunia.

Mereka langsung tak gembira dengan kemenangan Seniesa Estrada ke atas pencabarnya yang berusia 42 tahun itu.

Ini kerana menurut mereka, ianya adalah satu perlawanan yang paling tak seimbang ataupun tak sepadan / mismatching.

Lawan Seniesa baru sahaj bertinju lima kali di dalam kariernya dengan rekod 5-0.

Para peminat menganggap detik itu sebagai paling hina di dalam sejarah tinju. Mereka tak sangka melihat apa yang mereka tonton.

Mereka menganggap KO ini adalah KO paling syok sendiri dalam sejarah. Di mana Seniesa meraikan kemenangannya seolah olah lawannya itu sepadan dengannya.

“Lihat saja cara petinju tu pun tahu dia bukan lawan Seniesa,” tegas seorang peminat.

Salah seorang peminat tinju berkata: “Teruk! Itu memalukan untuk sukan ini.”

“Itu tidak mengagumkan. Lawan dia langsung tak nampak seperti dia tahu dia berada di mana.”

“Juara dunia bertarung dengan lawan yang seperti ibu kepada pemain bola.”

Seorang lagi melabel ini adalah pertarungan paling tak seimbang yang paling teruk.

Di mana seorang petinju sehebat Seniesa meraikan kemenangan ke atas seorang petinju novice (tak berpengalaman) berusia 40 tahun.

Estrada sepatutnya bertarung dengan Jacky Calvo yang jauh lebih berpengalaman, yang memenangi gelaran kelas flyweight antarabangsa WBC pada acara tinju terakhirnya, dengan tarikh asal yang ditetapkan pada bulan Mac.

Namun kerana cov-19 tarikh pertarungan dipinda semula. Namun kemudian Calvo menarik diri dengan kecederaan lutut dan Adkins dipilih sebagai penggantinya.

Jadi para peminat mengutuk promoter pertarungan yang dianggap tidak melakukan tugas dengan betul untuk mencari lawan yang sepadan.

Selepas pertarungan itu, Estrada yang menang berkata, “Saya sangat menghormati dia kerana dia yang melangkah dan bertarung. Saya tahu saya mempunyai lebih banyak pengalaman daripada dia.”

“Setelah saya masuk ke sana, saya melepaskan pukulan saya dan tidak dapat dihentikan.”

“Dia juga berada di sana untuk menyakiti saya, jadi saya juga melakukannya dan berjaya membuatkan dia KO.”

Semua kemenangan Adkins sebelum ini adalah berdepan dengan lawan yang setarf dengannya dengan rekod pertarungan yang sedikit dan kurang pengalaman.

Namun entah kenapa pihak penganjur memilih Adkins untuk pertarungan pada hari itu untuk merebut bengkung kejuaraan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di