Wanita Ini Terkejut Apabila Doktor Mengesahkan Dia Sudah Mati 3 Tahun

Bayangkan pada suatu hari korang masuk ke bilik doktor, dan kemudian bertanya: ‘Eh, bukan kau dah mati ke?’

Itu yang berlaku di Rusia. Seorang wanita bertemu degan doktor untuk janji temu. Namun doktor menyatakan bahawa dia sudah mati.

Gadis tersebut bernama Alina Vysniauskaite. Dia sangat terkejut apabila dia sudah didaftarkan sebagai sudah mati sejak 2017.

Vysniauskaite menjelaskan bahawa, dia telah menempah dan cuba mendaftar janji temu dengan doktor secara atas talian.

Namun sistem tersebut telah memberikan respon: ‘The service is unavailable post mortem.”

Vysniauskaite agak pelik, kenapa sistem menolak permohonannya?

Dia kemudian pergi sendiri ke klinik tersebut. Nak tahu, apakah masalah dengan pendaftaran secara atas talian. Sekali dia diberitahu bahawa namanya sudah didaftarkan sebagai sudah mati.

Kematian itu sudah disahkan pada 3 tahun lalu. Berdasarkan laporan, kematian itu adalah selepas lawatan terakhir dia ke klinik tersebut.

Vysniauskaite kemudian membuat semakan, dan kad perubatannya. Agak mengejutkan apabila laporan kad perubatannya menyatakan bahawa dia meninggal dunia kerana kegagalan hati.

Dalam laporan yang sama, menyatakan, kegagalan hati itu kerana hepatitis.

Namun begitu, sejak 2017, Vysniauskaite sebenarnya pesakit yang kerap datang ke klinik tersebut yang menjadi tempat dia melahirkan anak.

Pic Shows: Alina Vishnyauskaite;
A Russian woman who called her doctor to book an appointment was shocked to be told that she had been listed as dead since 2017 despite having had pregnancy check-ups in the same clinic since then.

Jadi, laporan menyatakan lawatan terakhirnya adalah 3 tahun lalu, adalah pelik dan sukar diterima.

Selain itu, dalam laporan kad perubatannya, banyak sekali nota pelik dicatatkan padanya.

Ini termasuk beberapa janji temu dengan beberapa doktor lain di beberapa bandar berbeza.

Bukan itu sahaja, laporan dalam kad perubatan itu juga menyebut bahawa Vysniauskaite pernah dimasukkan ke hospital dan diberikan kad OKU – orang kelainan upaya.

Awalnya dia merasakan, ada percanggahan maklumat. Mungkin ianya maklumat tentang seorang lagi wanita yang sama nama dengannya iaitu Alina Vysniauskaite.

Namun perkara itu semakin misteri dan tidak semudah yang dirassakan oleh Vysniauskaite. Di mana, dalam semakan dia di pejabat pendaftaran negara Rusia, tiada seorang pun wanita sama nama dengannya.

Vysniauskaite kemudian memuat naik perkara itu di media sosialnya. Tetapi selepas itu dia memadamkannya. Tidak pasti kenapa.

Pic Shows: Alina Vishnyauskaite;
A Russian woman who called her doctor to book an appointment was shocked to be told that she had been listed as dead since 2017 despite having had pregnancy check-ups in the same clinic since then.

Kerana Vysniauskaite kemudian memberitahu dia akan melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Dan dia mengesyaki ada orang menggunakan namanya atas kepentingan peribadi.

Kita tunggulah apa kesudahan cerita ini nanti. Buat masa ini Vysniauskaite tidak dapat menikmati kemudahan untuk orang yang hidup.

Ini barulah betul: “Hidup ni terasa bagai dah mati.”

Sumber: Unilad

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di