Wanita Mohon Cerai Di Mahkamah Atas Alasan: “Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Korang mesti pernah dengar ayat penolakan popular berbunyi: “Awak terlalu baik untuk saya!”

Dan ternyata ianya digunakan di negara India. Buktinya apabila seorang wanita daari Uttar Pradesh telah memfailkan permohonan cerai di mahkamah syariah ke atas suaminya.

Alasannya kerana sepanjang mereak berkahwin, suaminya itu terlalu baik. Mereka baru berkahwin 18 bulan yang lalu.

Dan mahligai yang dibina musnah apabila wanita tersebut tidak dapat menerima suaminya yang terlalu baik dan penyayang.

Dalam tuntutan cerainya, si isteri menyatakan suaminya terlalu menyayanginya.

Gulf News melaporkan wanita yang identitinya tidak didedahkan itu berasa rimas kerana suaminya terlalu menyayanginya.

Wanita itu berkata: “Dia seorang yang sangat pemaaf. Dia akan memaafkan saya setiap kali saya melakukan kesilapan.”

“Dia tak pernah meninggikan suaranya ataupu melakukan perkara yang membuatkan saya kecewa ataupun sedih.”

“Kadangkala dia memasak untuk saya dan membantu saya membuat kerja rumah. Saya tidak perlukan hidup yang suami sentiasa bersetuju dengan segala perkara. Saya mahu bergaduh dengannya,” tegas wanita itu sambil merungut.

Mahkamah Syariah bagaimanapun menolak tuntutan cerai tersebut dan menggelar ia sebagai keputusan yang tidak boleh diterima.

Mahkamah keliru dengan hujah yang dikemukakan oleh wanita tersebut. Di mana wanita itu turut menambah dia ‘lemas’ melihat kelakukan suaminya yang terlalu baik.

Mahkamah kemuduan bertanya, adakah wanita itu ada alasan lain lebih kukuh untuk meminta cerai? Dia menjawab: “Takde!”

Mahkamah Syariah meminta pasangan tersebut menyelesaikan kesulitan rumah tangga mereka bersama sama.

Namun wanita itu tak putus asa, ini apabila dia membawa permohonan cerai itu kepada ketua pemerintah tempatan ataupun ketua daerah.

Permintaan itu sekali lagi ditolak. Wanita itu masih bertekad mahu memohon cerai sekali lagi di mahkamah.

Sementara itu suaminya menyatakan dia memang tidak mahu menjadi suami yang teruk kerana dia mahu menjadi suami yang sempurna kepada isterinya.

Lain macam kan?

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali