Wartawan Belanda Ini Tuduh Fabrizio Romano Penciplak Kerja Rakannya

Fabrizio Romano dianggap sebagai pakar perpindahan Itali serta La Liga, dan meluaskan pengaruhnya ke berita perpindahan Eropah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Setelah menjadi nama yang diiktiraf sebagai sumber tepercaya dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan terkenal kerana keupayaannya untuk menjadi yang pertama secara sistematik, atau pembocor maklumat perpindahan yang pertama, Fabrizio Romano bagaimanapun menarik beberapa pengkritik.

Oleh itu, media Belanda De Telegraaf, dalam siri podcast terbaru mereka, Kick Off telag menuduh wartawan Itali itu melakukan plagiarisme.

“Fabrizio Romano adalah seorang guru perpindahan, tetapi dia adalah penyalin-tampal nombor satu,” kata Marcel van der Kraan, ketua sukan di Telegraaf.

Marcel menuduh Fabrizio Romano sebenarnya bukan menjadi orang pertama mengesan informasi tentang Ajax, tetapi dia telah mengambil maklumat daripada penulis Mike Verweij yang merupakan rakan sekerja Van Der Kraan.

Mereka kecewa kerana Fabrizio Romano tidak menyertakan sumber pertama berita tersebut sebaliknya meletakkannya sebagai eksklusif.

“Misalnya pada hari ini [merujuk kepad hari Jumaat lalu], anda boleh melihatnya: dua minit selepas Mike, Romano tiba tiba keluar dengan “maklumat eksklusif” mengenai Antony, yang “tidak mengambil bahagian dalam sesi latihan hari itu dengan ‘Ajax’. ”

“Seluruh Eropah kemudiannya berpendapat bahawa Romano berada di atas semua orang, tetapi dia hanya mencuri maklumat daripada wartawan di semua negara, termasuk Mike Verweij. Tetapi tidak mengapa kerana ia dibenarkan. Manusia seperti ini bertindak seperti mereka mempunyai rangkaian yang besar tetapi mereka hanya menyalin dan tampal.”

Ini bukan pertama kali Fabrizio Romano dikiritik dalam isu berita perpindahan. Cuma sebelum ini lebih kepada kritikan antara peminat bukannya terang terangan daripada media.

Sebelum ini ramai peminat menuduh Fabrizio Romano hanyalah kaki tap-in di depan ‘gol’ untuk informasi daripada David Ornstein.

Mungkin ada antara korang yang tak tahu. Sehingga ada peminat menganggap dua wartawan itu ibarat Messi vs Ronaldo di dunia perpindahan.

Kredibiliti Ornstein semakin mekar di hati peminat terutama sekali bola sepak Inggeris. Sebelum ini dia lebih bertumpu kepada Arsenal. Namun sejak menyertai The Athletic, Ornstein benar benar menaikkan namanya sebagai pakar perpindahan EPL.

Namun ada juga yang mengingatkan bahawa, Fabrizio Romano lebih menyeluruh berbanding Ornstein yang lebih spesifik di England. Jadi, mereka masih menganggap Fabrizio Romano sebagai sumber rujukan utama terutama sekali kepuasan ketika mendengar dia menaikkan tweet Here We Go!

Sementara David Ornstein terkenal dengan emoji sirennya.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari