Wartawan Ini Terpasang Filter Ketika Buat Laporan Cuaca Di Live Facebook

Dalam industri kewartawanan, sebarang kesilapan akan diambil serius oleh para penonton dan pendengar.

Ini kerana mereka mahukan berita itu disampaikan dengan maklumat yang tepat.

Dan kini bermacam cara digunakan oleh media untuk menyampaikan berita. Bukan sahaja bergantung kepada tv dan radio semata mata.

Namun sudah banyak kesilapan dan bloopers yang melibatkan wartawan dan juga pembaca berita.

Seperti yang kita sedia maklum, mereka ni apabila melakukan kesilapan, ianya akan menjadi seirus dan kelakar.

Justin Hinton, seorang wartawan untuk penyiaran CNN WLOS. Beliau telah membuat laporan cuaca.

Bezanya kesilapannya kali ini membuatkan bosnya sendiri suka dan ketawa. Dan ianya tular teruk di seluruh dunia.

Hinton berangkat ke Madison County di North Carolina untuk melaporkan salji dan menjelaskan situasi sebenar di sana, bagaimana salji tebal itu menjejaskan laluan, terutama sekali jalanraya.

Tetapi ketika beliau mula mulai bercakap secara langsung di laman Facebook live, terkeluar filter yang memaparkan medallion emas dan  filter ikat kepala muncul di sekelilingnya.

Ini diikuti oleh confetti emas yang turun daripada langit. Hinton langsung tak sedar bahawa pembantunya telah terpasang filter tersebut.

Hinton meneruskan laporannya seperti biasa dan secara profesional. Tetapi, tidak kira betapa serius nada beliau menerangkan betapa teruknya kawsan tersebut terjejas salji, semakin teruk filter yang keluar di sekeliling wajahnya.

Keluarlah filter seperti topi dan janggut ahli sihir, diikuti oleh mata googly gergasi, kepala robot dan misai ungu.

Hinton nampaknya tidak tahu – dia berkata dia tak sengaja tertekan filter wajah itu untuk facebook live.

“Rakan jurugambar saya mengatakan bahawa ada sesuatu tentang skrin yang mempunyai wajah yang pelik,” kata Hinton dalam catatan Facebook.

“Dia tidak menerangkan dengan jelas kepada saya.  Jadi saya merasakan benda tu mungkin akan hilang, kerana saya ingatkan ia isu teknikal. Tetapi, ia tidak hilang langsung.”

Ada yang memberikan komen pada video siaran langsung Facebook itu.

“Bro, ada filter kat muka kau.”

Ada juga yang menyatakan: “Lepas ni saya akan menonton lebih banyak laporan cuaca.”

Hinton langsung tidak tahu akan perkara itu, sehinggalah beliau membelek semula komen di Facebook dan memainkan semula video itu.

“Bos saya, rakan sekerja, dan rakan rakan yang lain semuanya mesej saya dan tergelak, menganggap ia kelakar.”

“Jika kau tak boleh ketawa pada diri sendiri, apa ertinya ketawa?” Hinton berkata dalam catatan Facebooknya. ”

“Saya harap anda menikmati hari salji, dan jangan untuk tersenyum dan ketawa!”

Saksikan di sini, detik itu. Macam Ashley Young pun ada brader ni.

Hinton menjadi popular dan insiden lucu itu mendapat liputan daripada media arus perdana yang besar.

 

 

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali