Wenger Kongsi Kisah Kelakar Kolo Toure Mencederakan Henry, Bergkamp & Wenger Sendiri

Arsene Wenger pernah terlibat dalam satu peristiwa yang dahulu membuatnya geram. Namun hari ini ia dianggap Wenger anggap ia sebagai kelakar apabila mengimbasnya kembali.

Cerita tentang Kolo Toure yang super agresif ketika trial disahkan Wenger adalah peristiwa benar.

Toure menjadi bek tengah penting dalam kejayaan inivincibles Arsenal. Namun siapa sangka Toure sebenarnya hampir tidak ada dalam catatan sejarah Arsenal kerana kelakuannya membuatkannya berisiko disingkirkan daripada pemilihan.

Toure dipanggil menyertai sesi pemilihan / trial di Arsenal. Pemain tersebut tidak mahu melepaskan peluang itu untuk menambat hati Wenger.

Tetapi pada hari itu Toure telah melakukan bentesan tahap kad merah ke atas dua bintang utama Asenal iaitu Thierry Henry dan Dennis Bergkamp.

Wenger mengarahkan Toure untuk tidak melakukan bentesan. Malang sekali Toure tidak mengendahkan arahan itu dan dengan bersemangat wajanya beliau pergi ke sana sini membentes kaki pemain Arsenal yang lain.

Ray Parlour sebelum ini berkongsi cerita tersebut. Dan Wenger mengesahkan bahawa perkongsian Parlour itu adalah benar. Menurut Parlour.

“Saya masih ingat bola dihantar kepada Thierry Henry, dan Kolo Toure, entah dari mana, dia menghentam Henry dari belakang. Itu bentesan yang teruk dan kad merah kalau dalam perlawanan sebenar. Dan pemain terbaik kami [Henry] berguling guling di atas padang.”

“Wenger menjerit: ‘Kolo, apa kamu buat ni? Jangan bentes!’ Kemudian bola sampai ke kaki Bergkamp, dan Toure melakukan perkara sama.”

“Kami masa tu semua berfikir, kami cuba memenangi liga, namun budak trial telah menyingkirkan 2 pemain terbaik kami.”

“Wenger berkata lagi: ‘Tak ada tackle lagi!'”

“Kami menyambung sesi latihan dan Kolo melakukan tackle bersih yang kemas. Kemudian bola melambung di udara dan mendarat tepat dekat kaki Wenger. Wenger masa tu ada dalam padang latihan, memantau latihan kami. Korang nak tau apa berlaku selepas tu?”

“Kolo Toure melancarkan bentesan dua kaki. Masa tu kami cuma mendengar Wenger menjerit. Dia terpaksa masuk ke bilik rawatan, dan budak trial turut mencederakan Henry dan Bergkamp, serta pengurus.”

“Kolo masa tu hampir menitiskan air matanya. Hari besar dalam hidupnya dimusnah. Saya pergi ke bilik rawatan. Saya melihat Wenger dengan bungkusan ais di buku lalinya. Saya berkata kepada Wenger: ‘Saya tak rasa dia sengaja melakukannya.”

“Pada masa itu juga Wenger memberitahu saya; ‘Kita akan sign dia esok. Saya suka semangatnya.”

“Wenger tahun dia boleh mendapatkan yang terbaik daripada Kolo. Dan dia kemudiannya menjadi pemain yang hebat untuk kelab.”

Bercakap kepada 11Freunde, Wenger berkata: “Ya. Habis kami semua dibentesnya. Namun sebenarnya dia melakukannya bukan kerana nak mencederakan orang, tetapi kerana kesungguhan dan keinginan tinggi.”

“Dia berusaha untuk menunjukkan kepada kami kebolehan sebenar beliau. Malang sekali, saya harus berjumpa doktor, mujur kecederaan saya tak serius masa tu.”

“Saya menadatanganinya pada hari berikutnya kerana kesungguhan beliau, rasa dahaga yang ada padanya serta kekuatan fizikalnya. Dia seorang raksasa.”

Selain daripada Kolo Toure, adiknya Yaya Toure turut menyertai trial di Arsenal. Yaya beraksi dalam aksi pra musim berdepan Barnet. Namun kelab memutuskan hanya menandatangani Kolo.

Yaya Toure kemudian menjadi bintang di Barcelona dan Manchester City.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di