West Ham Mahu Guna Wang Hasil Jualan Declan Rice Untuk Beli Harry Maguire

Manchester United mungkin akan berjaya menjual Harry Maguire seperti yang mereka harapkan pada jendela perpindahan kali ini.

Ianya apabila West Ham dilaporkan sedia untuk membeli pemain tersebut dari mereka.

West Ham yang baru sahaja menjual Declan Rice secara rasmi, kini mahu membelanjakan wang tersebut untuk membeli pemain baharu.

Antara nama yang mereka mahu beli adalah kapten Manchester United, Harry Maguire yang merupakan bek tengah England.

Ini bukan pertama kali David Moyes menyatakan minatnya ke atas Maguire. Malah pernah meminta United menawarkan wang + Maguire jika mereka mahu membeli Declan Rice.

Maguire antara nama yang berada dalam senarai untuk dijual oleh United selain daripada Fred, Scott McTominay dan Anthony Elanga.

Menariknya 2 lagi nama yang berada dalam senarai jual Man United iaitu Elanga dan McTominay juga berada dalam radar West Ham.

David Moyes menjadikan Man United sebagai tempat dia mahu membeli belah pada masa ini. Dengan hubungan baiknya dengan bekas kelab yang dia uruskan itu.

Harry Maguire yang dibeli dengan nilai £80 juta dari Leicester pada 2019 sebelum ini diletakkan tanda harga £40 juta sahaja oleh Man United.

Tetapi ianya juga akan bergantung kepada Harry Maguire. Sama ada dia sedia meninggalkan Old Trafford atau mahu terus kekal.

Beberapa minggu lalu, Harry Maguire dikatakan sedia untuk berpindah. Kerana dia sudah tahu kedudukannya dalam pasukan Erik Ten Hag. Di mana dia bukan pilihan ketiga sekalipun.

Ini mungkin peluang terbaik untuk Maguire mendapatkan semula keyakinan dan minit permainan lebih banyak di atas padang.

Maguire kerapkali menjadi mangsa kritikan peminat kerana prestasi tidak menentunya di atas padang.

West Ham mahukan jawapan segera daripada pihak Maguire kerana mereka masih perlu mendapatkan sasaran lain untuk jendela perpindahan kali ini. Terutama sekali pengganti Declan Rice di bahagian tengah.

Rice yang dijual ke Arsenal dengan nilai £105 juta merupakan pemain paling penting West Ham dalam beberapa musim kebelakangan ini terutama sekali ketika kelab itu menjulang Liga Persidangan Eropah pada musim lalu.

Baca yang lain