Willian Setuju Sangat Dengan Tawaran Arsenal £100,000 Seminggu, 4 Tahun, Dan Tolak Tawaran Chelsea

Willian dilaporkan sudah setuju menyertai pasukan seteru sebandar Chelsea iaitu Arsenal. Ianya beberapa hari selepas Chelsea tewas di tangan Arsenal dalam Piala FA.

Chelsea sebelum ini mengemukakan tawaran baharu kepada Willian.

Pemain itu pula menolaknya. Chelsea mahu pemain itu kekal sehingga 2022 ataupun lanjutan dua tahun dengan tawaran gaji lumayan.

Willian sebelum ini sudah menyatakan beliau mahukan kontrak 3 tahun daripada Chelsea.

Chelsea kemudian memperbaiki tawaran mereka dari segi pakej gaji dan bonus. Namun Willian sekali lagi menolak tawaran mereka.

Dilaporkan Willian menolak Chelsea kerana serius mempertimbangkan tawaran daripada Arsenal yang jauh lebih memuaskan hatinya.

Wakil beliau sudah bercakap dengan juara Piala FA itu untuk mendapatkan pemain itu secara percuma.

Arsenal dilaporkan menawarkan kontrak sehingga 4 tahun untuk pemain tersebut. Di mana kontrak tersebut adalah 3+1. Tiga tahun kontrak dengan opsyen untuk lanjutan setahun,

The Gunners menewaskan tawaran gaji daripada Chelsea.

Hari ini Daily Mail menyatakan Willian sudah setuju dengan terma peribadi dengan Arsenal. Dan beliau akan berpindah ke Emirates secara percuma.

Willian dilaporkan bakal mendapat £100,000 semingggu.

Frank Lampard masih ingin mengekalkan Willian di dalam pasukannya. Namun demand peribadi oleh Willian tidak dapat dipenuhi oleh Chelsea.

Ejen kepada Willian iaitu Kia Joorabchian mendakwa sebanyak 5 kelab yang bersungguh sungguh mahukan Willian.

Tetapi pemain itu sudah menyatakan bahawa beliau mahu kekal berada di London dan bermain untuk kelab di sekitar bandar London.

Willian merupakan pemain penyerang sayap. Beliau boleh bermain di kedua dua bahagian sayap. Mikel Arteta memiliki dana terhad untuk membeli pemain.

Maka perpindahan percuma seperti ini adalah sasaran utama Arsenal.

Seterusnya Arsenal dilaporkan sedang berbincang untuk mendapatkan seorang lagi pemain yang diuruskan oleh Kia Joorabchian iaitu Philippe Coutinho.

Si Ahli Magis Kerdil itu terus gagal mendapat tempat di Barcelona ketika ini. Beliau juga gagal mendapatkan kontrak tetap bersama dengan Bayern Munich.

Bekas playmaker Liverpool itu dianggap calon ideal menggantikan Mesut Ozil yang bukan pilihan utama dalam sistem Arteta ketika ini.

Coutinho adalah pemain playmaker yang rajin melakukan pressing dan terbiasa dengan sistem high pressing ketika di Liverpool.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu