Wor Barang Vintage Buka Tapak Jersi ‘Hand of God’ Bermula $2 Juta (RM8.14 Juta)

Jersi yang dipakai oleh Diego Maradona ketika dia menjaringkan gol terkenal ‘Hand Of God’ menentang England di Piala Dunia 1986 kini bernilai $2 juta ataupun RM8.14 juta, menurut seorang pakar memorabilia sukan.

Baju itu kini dimiliki oleh bekas pemain England, Steve Hodge, yang mendapatkannya dari Maradona setelah perlawanan suku akhir di mana percubaannya berjaya menghasilkan gol paling kontroversi yang membantu Argentina menyingkirkan England dari kejohanan.

Argentina kemudian memenangi Piala Dunia di Mexico, mengalahkan Jerman Barat di final.

Hodge pernah berkongsi cerita bagaimana beliau boleh mendapat jersi itu.

“Saya sedang berjalan menyusuri terowong dan Maradona datang ke arah yang bertentangan. Saya hanya menarik dan membukan baju saya, dan kami bertukar jersi selepas itu.”

Baju itu kini dipamerkan di Muzium Bola Sepak Nasional Britain di Manchester.

“Sangat sukar untuk mengukur (nilainya) dengan jersi ‘Hand Of God’, tetapi saya tahu pemiliknya mencari pembeli peribadi bernilai $2 juta,” kata David Amerman dari Goldin Auction di New Jersey.

“Sudah tentu kemungkinan, nilai itu telah meningkat sedikit dalam bola sepak.”

Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya pada hari Rabu minggu lalu pada usia 60 tahun.

Seorang lagi bekas pemain yang turut memiliki jersi rare Maradona ialah legenda Ireland, Liam Brady.

Bekas pemain tengah Ireland dan Arsenal itu sering bermain menentang Maradona untuk kelab dan negara dan pemain Argentina itu pernah memberinya jersi rare nombor 17 pada 1979. Kerana biasanya Maradona selalu nombor 10.

Brady menyatakan buat masa ini, dia tidak akan menjual koleksinya itu kerana tidak ternilai harganya. Tetapi tidak menolak akan menjual jersi itu jika ada pembeli secara peribadi membida darinya atas alasan yang membuatkannya rasa perlu untuk melepaskannya.

“Sekiranya ada pengumpul jersi secara peribadi ataupun individu yang mahukannya, saya mungkin akan menjualnya dengan syarat ianya dengan harga yang tepat dan dijamin akan berada di tempat ia dihargai dan dijaga.”

“Namun saya sama sekali tidak akan pernah melelongnya di ebay, kerana ianya memiliki nilai sentimental yang tidak ternilai.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di