Wor Dari India Ini Antara Pemilik 15 Baju Paling Mahal Di Dunia

T-shirt adalah satu keperluan untuk kita menutupi badan kita. Selain itu fungsi lainnya adalah untuk bergaya.

Btw, Wor tu merujuk kepada dewa, dan Fu merujuk kepada Sifu di alam barang rare dan vintage dan bundle pada hari ini.

Namun ada sesetengah orang menganggap t-shirt bukan sekadar t-shirt, ianya mewakili nilai sentimental yang sukar untuk dijelaskan.

Ada juga yang menjadikan baju mereka sebagai simbol kepada status mereka bahawa mereka ni banyak duit.

Berikut antara senarai 15 baju t yang sangat mahal di dunia.

15. Gucci White Cotton Thread – $1,000/ RM4,100

Baju ini berharga. Jika korang rasa nak ‘bakar’ duit korang, boleh la try beli baju ini.

Nilainya adalah $1,000 sekitar RM4,1oo.oo

T-shirt ini rasanya tiada masalah korang nak beli kat butik Gucci. Tak perlu cari wor atau fu Gucci.

14. Cranberries 1995 Tour T-Shirt — $2,500 / RM10,286

Cranberries yang yang terkenal lagi Zombie, zombie, zombie, ey ey ey tu.

Baju jelajah konsert mereka pada 1995 adalah bernilai sekittar RM2,500 ataupun lingkunngan  RM10.2k.

Baju ini dianggap antara baju konsert yang terbaik pernah dihasilkan. Ia juga adalah untuk memperingati album yang laku keras menjana jutaan dollar iaitu “No Need To Argue.”

Jadi peminat tegar Cranberries menganggap ini bare rare boh.

13. Woodstock Vintage Tank Top Warner Bros Copyright 1969 — $5,000 / RM20,570

Ini barang vintage. Koleksi dicari para kolektor barang vintage.

Ianya memperingati Festival Woodstock pada 1969.

The Woodstock Festival (Woodstock Music and Art Fair) adalah sebuah konsert yang diadakan di ladang Max Yasgur seluas, 69 km  dari perkampungan Woodstock, New York yang bersempadan dengan Ulster County.

Pesta Woodstock adalah simbol kontra budaya pada akhir 1960-an hingga awal 1970-an dan juga era hippie. Sejumlah 32 pemuzik terkenal pada masa itu tampil dalam konsert yang berlangsung pada hujung minggu dalam cuaca tak menentu.

Festival 1969 secara meluas dianggap sebagai salah satu acara terbesar dalam sejarah muzik pop, dan termasuk dalam “Senarai 50 Acara yang Mengubah Sejarah Rock and Roll” majalah Rolling Stone.

Oleh sebab itu bajunya pun mahal kerana simbolik kepada budaya dan pertembungan budaya.

RM20,570 kawe bukus lalu.

12. Vintage Prince T-Shirt — $5,000 / RM20,570

T-shirt ini dianggap sangat rare pada era rock and.

Dikatakan produksinya sangat sedikit pada ketika itu. Dan peluang korang nak dapat barang ori, memang tipis.

Prince merupakan ikon dalam dunia muzik.

11. Nirvana, Tour Crew T-Shirt (1993) — $7,000 /RM28,800

T-shirt ini dianggap barang rare sebab ianya hanya dikeluarkan untuk konsert In Utero pada 1993.

Ada laporan menyatakan ada sehelai baju ori milik bodyguard salah seorang ahli kumpulan Nirvana. Dan ianya diletakkan valuasi $7,000 ataupun sekitar RM28.8k.

10. 1977 The Runaways Tour T-Shirt — $7,500 /RM30,860

Kumpulan rock wanita, The Runaways, menggemparkan dunia  rock and roll pada tahun 1970-an.

Para peminat sangat terkesima mendengar alunan suara mereka.

Bertahun-tahun setelah menikmati kegemilangan mereka, t-shirt konsert band ini pada hari ini dijual dengan harga $7.500 dolar ataupun lebih RM38k. Kereta Saga sebijik tu.

Nah layan kat sini diorang memang best semacam:

Tidak ada apa-apa yang tidak akan dilakukan oleh peminat tegar untuk merasa seperti mereka adalah sebahagian daripada kumpulan kegemaran mereka.

9. Led Zeppelin 1979 Knebworth Concert T-Shirt — $10,000 / RM41,140

Led Zepplin beraksi dalam dua konsert di Knebworth House, dan baju ini berfungsi sebagai pas belakang pentas / backstage pass untuk peminat bertuah yang berpeluang bersama dengan band ini ketika persembahan.

Baju yang direka dengan design yang sederhana. Namun ianya dijual di eBay dengan harga sepuluh $10,o00 bersamaan dengan RM41,140.00.

Menurut laporan Defunk, salah seorang peminat Led Zeppelin yang kaya raya, dengan selamber membelinya. Tak luak duit dia. Orang itu dikatakan dari Australia.

Beliau mahu menjadi sebahagian daripada semangat Led Zeppelin.

8. Run DMC – Adidas T-Shirt — $13,000 /RM53,490

Run DMC adalah jenama panas pada tahun lapan puluhan. Baju ini terhasil menerusi kerjasama DMC dengan Adidas untuk mempromosikan publisiti kumpulan itu.

Dan peminat kumpulan ini bersedia mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkannya. Menurut moneyinc.com, t-shirt kapas hari ini bernilai sekitar $13,000 /RM53.5k untuk dibida pembeli bertuah.

7. “Home” T-Shirt John Lennon $16,400

Penyanyi legenda Beatles,  John Lennon sangat gemar memakai t-shirt “Home” dan memakainya di mana sahaja.

T-shirt itu direka khas untuk Lennon bagi mempromosikan restaurant miliknya yang juga bernama Home.

Nama Lennon dan restaurannya popular, maka t-shirt klasik ini bernilai $16,000/ RM67,477 kalau korang terjumpa yang ori dan nak belinya.

6. T-shirt kulit Album ‘Yesterday and Today’ Beatles 1966 — $20,000 /RM82,300

The Beatles melancarkan Butcher Cover untuk Album “Yesterday and Today” pada tahun 1966. Kulit album yang agak kontroversi.

Bos Capital Records pada mulanya mengatakan “tidak ” kepada rekaan bentuk cover album yang mereka mahukan itu.

Tetapi kumpulan itu bertegas mahukannya.

Mereka sangat yakin dan merasakan bahawa itu akan mewakili perasaan mereka mengenai protes Perang Vietnam.

Baju vintaj boleh menjadi milik anda dengan harga $20,000 /RM82.3k.

5. T-shirt Olimpik 1966 Hanes/UNICEF — $42,000 /RM172,810

Baju ini tidak kelihatan sangat cantik pun rekaannya. Ia bukan baju yang dibuat daripada kain yang mahal ataupun pereka yang terkemuka.

T-shirt Olimpik 1996 ini dicipta oleh UNICEF untuk membantu mengumpulkan dana untuk menolong kanak-kanak miskin dari seluruh dunia. Ia dilelong kepada pembida tertinggi dengan harga $42,000. Ok la kan untuk kebajikan.

4. Hermes Croc-Tee — $91,500 /RM376,476

Kalau korang nak memakai “sebuah rumah” di badan, ini antara pilihan korang.

Baju ni mungkin paling kontroversi kerana ianya 100% daripada kulit buaya.

Itu satu hal, dan satu lagi korang kena bayar untuk jenama Hermes yang dianggap berprestij. Maka terhasillah tanda harga $91.5k untuk baju ini. Baju ni tak ada diskaun.

Dan korang boleh try beli terus dari Hermes kalau nak.

3. The Gold Shirt — $250,000 / RM1.02 juta

Tepi sikit semua, ini dia worfu sebenar. Seorang lelaki India bernama Datta Phuge mempunyai obsesi terhadap emas sehingga dia menggayakan t-shirt sesuai dengan seleranya.

Lelaki ini membayar suku juta dolar untuk berjalan-jalan dengan logam berharga yang menyelimuti tubuhnya.

Dia hanya mengenakan pakaian itu pada majlis dan keramaian khas, dan ketika dia melakukannya, dia memiliki ramai pengawal keselamatan di sekelilingnya.

T-shirt ni bukan mahal sebab jenama atau orang yang memakainya, tetapi mahal sebab emas!

2. UNICEF Cargo Flight — $300,000 /RM1.234 juta

Baju ni bukan mahal sebab jenama ataupun bahan digunakan untuk membuatnya. Tetapi lebih kepada untuk kebajikan.

Apabila korang membeli baju ini, korang akan menymbang terus $300,000 /RM1.23 juta kepada kebajikan untuk kanak kanak kebuluran di Nairobi.

Kira macam, kau derma, UNICEF bagi kau baju ni.

1. Superlative Luxury — $400,000 /RM1.65 juta

Dengan RM1.65 juta korang boleh membeli baju ni sobak. Langkah luas dan jauh perjalanan itu pasti sobak.

Baju ini dianggap baju termahal di dunia. Ini kerana ianya ada berlian hitam dan putih 9 carats.

Ramai sukakan berlian di rantai, di cincin ataupun anting anting, tetapi ada juga yang nak terus sematkan dekat baju.

Baca yang lain