Xavi: Mereka Main Macam Setan, Padang Tak Rata Dan Menyukarkan

Jurulatih FC Barcelona Xavi Hernandez memberi reaksi selepas perlawanan antara pasukannya menentang Frankfurt di Deutsche Bank Park ataupun Waldstadion.

Di mana menurut pengurus Barcelona itu, dia mengakui terdapat dua faktor yang menjadi punca utama Blaugrana gagal mencapai keputusan sempurna.

Sebab pertama, Xavi berkata armada Oliver Glasner mempunyai strategi serangan balas yang sangat bahaya. Menggunakan formasi asas 3-4-2-1, Adama Traore dan rakan rakannya sentiasa dalam bahaya berdepan ancaman ‘dibunuh’ lawan apabila mereka menembusi pertahanan Frankfurt.

Skuad Barcelona tidak mampu melepaskan banyak percubaan untuk merembat ke gawang yang dikawal oleh Kevin Trapp.

Barcelona malah hanya mampu melakukan hantaran ke sisi ke belakang dan menggelecek sana sini tanpa mempunyai banyak ancaman. Segalanya menjadi neutral.

Jika anda melihat statistik perlawanan, Barcelona mempunyai lebih sedikit percubaan ke gawang berbanding pasukan tuan rumah.

Menurut Sofascore, Barcelona hanya dapat melepaskan 7 percubaan dengan 3 sahaja percubaan tepat ke sasaran. 3 tersasar dan bakinya berjaya dihadang / blocked.

Sementara itu, Frankfurt yang kebanyakannya menunggu dan menyerap asakan, ternyata melakukan 16 percubaan sepanjang 90 minit permainan.

Pasukan dari Jerman itu merekodkan 5 percubaan tepat, 5 tersasar, dan terdapat 6 lagi percubaan berjaya dimatikan oleh Marc-Andre ter Stegen.

Angka itu benar benar menceritakan betapa sebenarnya Barcelona dalam bahaya.

Akibatnya, Xavi tidak menyalahkan para pemainnya sekiranya pemain Barcelona seringkali jadi buntu dan keliru apabila kehilangan bola di barisan hadapan.

Sebabnya, Frankfurt memang mempunyai serangan balas yang berkesan. Mereka seolah olah sudah memiliki rahsia Barcelona di kocek mereka.

“Mereka [Frankfurt] bermain seperti iblis yang mengamuk. Apabila mereka melakukan serangan balas, mereka semua benar-benar membawa maut kepada kamu,” kata Xavi kepada Football Espana.

“Mereka lawan yang sukar, sangat fizikal, bermain seperti iblis ketika serangan balas. Dan kami tak tahu macamana untuk menghentikan transisi transisi yang mereka lakukan. Kami gagal mengitar semula bola jug. Padang tak cukup bagus, namu  kami berjaya mendapatkan keputusan yang baik.”

“Di pentas Eropah, semua pasukan adalah setara hebat, Eintracht pun sama, dan ini akan menjadi sukar.

Sementara itu, faktor kedua yang menyebabkan Barcelona gagal mencapai keputusan sempurna ialah padang permainan yang kurang lancar dan kurang baik kerana faktor padang yang tidak cantik.

Xavi mengkritik mutu padang sebagai teruk. Di mana menurutnya Deutsche Bank Park memiliki permukaan padang beralun dan tidak rata. Seolah olah sengaja dibiarkan begitu untuk mengekang taktikal Barcelona yang berasaskan fluiditi aliran bola.

“Hari ini bola tidak dapat bergerak lancar kerana padang yang teruk. Jika beraksi di padang kami sendiri, kami akan beraksi lebih baik.”

Xavi berkata: “Keadaan di padang benar-benar tidak dalam keadaan baik dan teruk. Jadi, kami akan cuba membalas dendam pencapaian buruk ini di Stadium Camp Nou pada hari Jumaat minggu depan.”

Ditanya tentang kecederaan Pique, Xavi membalas: “Dia mengalami kesakitan dan berharap ianya tak serius.”

“Pada separuh masa kedua kami bermain lebih baik. Lebih kawalan, namun kami hilang bola terlalu kerap, itu pandangan saya. Kami balik dengan berpuas hati, bukan puas hati dengan permainan kami namun puas hati dengan keputusan yang kami capai.”

“Atmosfera pada hari ini luar biasa. Dai di Nou Camp, juga akan luar biasa, itu boleh membantu kami.”

Baca yang lain