Y2J Dedah Kesilapan Dalam Perlawanan TLC 11 Tahun Lalu Hampir Meragut Nyawanya

Selepas lebih dari 30 tahun kariernya dalam dunia gusti profesional, Chris Jericho sudah terlibat dalam ribuan perlawanan.

Beliau mungkin boleh dimaafkan seandainya ada perlawanan terhebat sepanjang kariernya yang telah beliau lupakan.

Walau bagaimanapun, bekas penggusti WWE yang kini bekerja di bawah jenama AEW itu tidak akan pernah melupakan perlawanan beliau di acara TLC yang pertama kali dianjurkan pada tahun 2009.

Menjelang acara TLC pada ketika itu, Jericho merupakan penyandang sabuk kejuaraan Regu Dunia WWE bersama Big Show.

Pakatan mereka dikenali sebagai ‘Jeri-Show’ dan mereka pada ketika itu perlu berdepan dengan gandingan D-Generation X yang dianggotai oleh Triple H dan Shawn Michaels untuk mempertahankan gelaran Regu milik mereka.

Perlawanan itu mengikut tema acara yang mana melibatkan peraturan Meja, Kerusi dan Tangga. Dan perlawanan itu menjadi semakin menarik memandangkan saiz Big Show yang terlalu besar.

‘The World’s Largest Athlete’ itu menjadi perhatian peminat memandangkan perlawanan tersebut melibatkan peraturan Meja, Kerusi dan Tangga.

Yang mana perlawanan seperti ini kebiasaannya menjadi medan kegemaran untuk penggusti berbadan kecil seperti Jeff Hardy, Edge dan ramai lagi.

Kehadiran Big Show dalam perlawanan tersebut telah mencipta jalan cerita yang sangat menarik dan ianya tidak akan dapat dilakukan oleh penggusti berbadan kecil.

Salah satu tempat dalam perlawanan itu sebenarnya bukanlah cadangan yang bagus dari satu sisi, boleh dikatakan tidak sesuai.

Jericho mendedahkan di laman twitter miliknya bahawa perlawanan itu hampir sahaja menyebabkan beliau kehilangan nyawanya sendiri.

Detik yang beliau maksudkan itu adalah ketika Jericho sedang memanjat bahu Big Show dan mengikut perancangan, beliau sepatutnya akan jatuh di atas meja yang sudah diletakkan di luar gelanggang.

Walau bagaimanapun, ketika beliau sudah berada diketinggian tujuh kaki di atas bahu Big Show, Jericho terlalu jauh untuk dijatuhkan betul-betul di atas meja tersebut.

Sayangnya, beliau mendarat tidak seperti yang dirancang. Jericho jatuh terus ke sisi meja dan mendarat betul-betul di atas lantai.

“Saya hampir mati!”

Tulis Jericho di laman twitter miliknya sambil merujuk GIF dari insiden tersebut.

Rakan karibnya yang juga bekas penggusti WWE, Lance Storm turut masuk mempersoalkan berkait insiden tersebut.

“Tuhan, letakkan itu dalam senarai ‘apa benda yang aku tengah fikirkan.”

Tulis Storm memberi reaksi kepada insiden melibatkan Jericho itu.

Mujur saja Jericho tidak mengalami kecederaan yang parah pada ketika itu. Beliau dan Big Show juga tewas dalam perlawanan tersebut.

Kemunculan Pay Per View TLC dalam kalender WWE pada setiap tahun mungkin bakal jadi peringatan kepada Jericho akan peristiwa yang hampir meragut nyawanya itu.

Pegawai belakang pentas WWE sangat berharap insiden seperti itu tidak akan pernah berulang lagi menjelang acara TLC hujung minggu ini nanti.

Perlawanan antara Roman Reigns bertemu Kevin Owens juga dijadualkan dalam peraturan yang agak berisiko dan semoga saja insiden sama tidak akan berulang lagi.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu