Yamaha Tak Akan Melutut Dekat Quartararo, Sedia Gantikannya Dengan Toprak Razgatlioglu

Pengarah Urusan Yamaha, Lin Jarvis, sedang menunggu keputusan Fabio Quartararo berhubung masa depannya bersama Monster Energy Yamaha.

Namun beliau menegaskan bahawa Yamaha tidak akan akan melutut merayu pelumba itu untuk terus kekal. Segalanya terserah kepada Quartararo untuk menerima tawaran mereka atau Yamaha mendapatkan pelumba lain.

Quartararo antara pelumba yang sangat lantang mengkritik Yamaha sejak beraksi dengan pasukan satelit lagi. Namun prestasinya di litar membuatkan Yamaha menerima kritikan pelumba itu.

Musim lalu Quartararo bersama dengan pasukan kilang Yamaha dan menggantikan Valentino Rossi. Prestasinya luar biasa dan menjadi juara dunia.

Masa depan Quartararo

Tetapi kini masa depan pelumba itu dengan Yamaha masih tidak menentu. Bos Yamaha itu juga mengakui telah menyediakan pengganti Fabio Quartararo jika tidak mahu terus bekerja dengan Yamaha.

Nama Toprak Razgatlioglu, juara dunia WSBK 2021, dikatakan telah berada dalam senarai untuk menggantikan Fabio Quartararo dengan Yamaha dalam acara MotoGP.

Quartararo sehingga kini belum ada tanda-tanda untuk menandatangani kontrak baharu bersama Yamaha. Biarpun dia berjaya memperoleh keputusan terbaik pada MotoGP Indonesia 2022 di Litar Mandalika hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, nampaknya keputusan ini tidak mencukupi untuk Quartararo menentukan masa depannya bersama Monster Energy Yamaha. Quartararo masih tidak berpuas hati dengan prestasi motosikal baharu skuad Iwata sejak ujian pramusim dan perlumbaan pertama di MotoGP Qatar 2022.

Menurut El Diablo, versi terbaru YZR-M1 tidak mempunyai kelajuan tertinggi yang mampu berbanding motosikal lain. Fabio Quartararo tidak teragak-agak untuk pergi ke pasukan lain jika Yamaha tidak dapat menjadikan situasi ini lebih baik untuk bersaing secara kompetitif.

Lin Jarvis meminati Toprak

Toprak Razgatlioglu mempunyai peluang besar untuk bertukar daripada WSBK kepada MotoGP pada musim hadapan. Dengan beberapa pasukan lain sudah mulai mengintai khidmatnya.

Walaupun begitu, Yamaha masih menunggu keputusan Quartararo sama ada kekal atau meninggalkan pasukan yang telah mencipta namanya itu.

Yamaha masih menjadikan Quartararo sebagai keutamaan untuk kekal bertahan kerana hanya dia yang boleh menunggang YZR-M1 dengan baik pada masa ini.

Bagaimanapun, jika rundingan akhirnya terhenti, Toprak Razgatlioglu adalah satu-satunya pelumba yang berpotensi untuk menggantikan Quartararo.

“Toprak bersama Yamaha dalam Pasukan Superbike Dunia. Dia jelas bercita-cita untuk mendapatkan tempat untuk dirinya dalam Pasukan Kilang MotoGP Yamaha,” kata Lin Jarvis.

“Bagaimanapun, kami hanya boleh bercakap mengenainya jika terdapat tempat duduk yang tersedia di dalam pasukan kilang kami,” kata Lin Jarvis.

“Keutamaan kami ialah menyambung kontrak Fabio. Jika kita dapati perjanjian dengan Fabio. Kami perlu menunggu keputusan Fabio,” kata Lin Jarvis.

Jadi, nasib juara WSBK tahun lalu untuk muncul dalam perlumbaan MotoGP adalah di tangan Fabio Quartararo.

Bagaimanapun, Toprak Razgatlioglu yang mempunyai ketinggian 182 cm dianggap terlalu tinggi sebagai postur pelumba MotoGP yang akan menghalangnya daripada menyesuaikan diri dengan motosikal.

Bagaimanapun, Lin Jarvis menafikan perkara ini kerana dia mempunyai kemahiran luar biasa dengan motosikal.

“Tidak, kerana dia besar, tetapi ringan. Dia mempunyai ketinggian yang sama dengan Valentino Rossi, saya rasa dia pasti lebih ringan daripada Danilo Petrucci. Saya tidak nampak masalah besar untuknya,” kata Lin Jarvis.

“Saya fikir ia akan menarik untuk membawa penunggang sepertinya ke MotoGP memandangkan dia mempunyai kemahiran luar biasa dengan motosikal itu,” kata Lin Jarvis.

Quartararo berusaha untuk mempertahankan kejuaraan dunianya pada musim ini. Dia sekali lagi menjadi pelumba pilihan untuk menjuarai MotoGP selepas prestasi tidak menentu Marc Marquez dalam beberapa siri awal musim ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di