Yaya Toure: Layakkah Tugu Beliau Dibina Di Luar Stadium Etihad?

Kelab gergasi England, Manchester City mengumumkan pengunduran lagenda kelab, David Silva pada Isnin lalu setelah berkhidmat selama 10 musim.

Apa yang menarik perhatian adalah The Cityzen akan meletakkan tugu peringatan Silva di luar Stadium Etihad bagi mengenang legasi beliau yang membantu menaikkan darjat Manchester City di mata dunia.

Namun begitu terdapat pelbagai reaksi dari warganet. Ada yang menyambut baik langkah tersebut manakala ada juga yang mempersoalkan tindakan City. Antara reaksi yang paling mencuri tumpuan adalah mengapa City tidak membina tugu peringatan untuk seorang lagi lagenda mereka, Yaya Toure.

Mari bersama penulis kita imbas detik-detik Yaya Toure bersama Manchester City dan kita lihat adakah beliau juga layak untuk mendapat tugu peringatan sebagai lagenda di luar Etihad.

Ketibaan Yaya Toure

Dibida dengan tanda harga £24 juta dari FC Barcelona pada 2 Julai 2010. Beliau menandatangani kontrak 5 tahun untuk bersama City.

Jaringan tunggalnya pada final Piala FA 2011 pasti diingati sebagai titik tolak penguasaan City di England pada dekad lepas. Kemenangan pada final tersebut merupakan trofi pertama setelah pengambilalihan kelab oleh pemilik, Khaldoon Al Mubarak.

Yaya menamatkan musim pertamanya dengan agak baik, menyumbat 12 gol dalam semua pertandingan.

Musim seterusnya beliau membantu City untuk menamatkan kemarau 44 tahun kejuaraan liga apabila Sergio Aguero menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan.

Paling mencuri tumpuan ialah ketika perlawanan menentang musuh setempat, Manchester United di Etihad. Kapten, Vincent Kompany menjaringkan gol kemenangan namun aksi dominan pemain Ivory Coast tersebut pasti diingati peminat City.

Musim Terbaik di Manchester

Yaya Toure mencapai kemuncak prestasi pada musim 2013/2014. Dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), beliau terlibat secara langsung dalam 29 gol dari 35 perlawanan. Menjaringkan 20 gol dan membuat 9 bantuan gol.

Manchester City menamatkan saingan liga sebagai juara setelah menjaringkan 100 gol, hanya kelab kedua dalam sejarah EPL. Beliau juga merupakan pemain tengah kedua selepas Frank Lampard yang menjaringkan 20 gol.

Insiden Harijadi

Pada penghujung Mei, Yaya menggemparkan dunia bola sepak apabila menyatakan kekecewaannya di dalam media sosial apabila tiada seorang pon wakil dari City yang melafazkan ucapan hari lahir kepadanya. Beliau rasa seolah-olah tidak dihargai dan dibiar sepi.

Ejen Yaya ada menyatakan kepada media bahawa beliau amat terganggu dengan ketidakperihatinan kelab terhadap beliau dan kelambatan kelab menawarkan kontrak baru setelah mempamerkan aksi menakjubkan sepanjang musim.

Ada juga khabar angin yang beliau ingin berhijrah namun itu semua dusta belaka.

Dua musim seterusnya beliau mempamerkan aksi konsisten dengan masing-masing menyumbang 12 dan 8 jaringan dalam kesuluruhan pertandingan.

Krisis Bersama Pep Guardiola

Ramai menyangka Yaya akan menjadi pemain pertama yang akan dihumban keluar oleh Pep setelah pelantikan pengurus berbangsa Catalonia itu. Namun itu juga dusta belaka. Yaya kekal setelah jendela perpindahan ditutup.

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Pep tidak menyenaraikan Yaya dalam skuad Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan ini mengundang reaksi dari ejen Yaya. Dimitri Seluk mengecam tindakan Pep itu sebagai sengaja untuk memalukan Yaya.

Pep yang terluka dengan kenyataan itu bertindak balas dengan menyatakan bahawa Yaya tidak akan disenaraikan selagi ejennya tidak membuat permohonan maaf.

Yaya akhirnya meminta maaf dan mereka berbaik semula. Namun Yaya masih gagal memenangi hati Pep untuk kembali ke kesebelasan utama.

Meninggalkan City

Pada 4 Mei 2018, City mengumumkan tidak akan menyambung kontrak Yaya dan beliau akan meninggalkan City pada penghujung musim 2017/2018. Perlawanan terakhir beliau adalah ketika menentang Brighton & Hove Albion.

Sepanjang 8 musim berkhidmat di Manchester, beliau telah memenangi 3 EPL, 1 Piala FA, 2 Piala Liga dan 1 Perisai Komuniti.

Rumusan

Sumbangan Yaya Toure di Etihad memang tak dapat dinafikan. Lihat sahaja senarai kejuaraan yang dimiliki beliau. Keunggulan beliau mengawal kawasan tengah padang, hantaran tepat serta jaringan penting sentiasa diingati oleh peminat bola sepak Inggeris.

Namun persoalannya sekarang, layak ke tidak tugu beliau ditempatkan di luar Stadium Etihad?

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di