Zlatan Sound Mbappe: “Dia Silap, Pilih PSG Sebab Nak Jadi Lebih Besar Daripada Kelab”

Zlatan Ibrahimovic sudah berbulan-bulan tidak menjejakkan kaki di padang bola sepak, tetapi itu tidak bermakna dia tidak mengambil peduli hal semasa bola sepak.

Sasaran terbarunya ialah Kylian Mbappe, yang pernah disarankan oleh Zlatan pada beberapa bulan lalu agar tidak kekal di PSG dan pergi ke Real Madrid.

Menurut Zlatan Ibrahimovic pada ketika itu, kelab seperti Real Madrid mempunyai prestij lebih baik dan tradisi yang sesuai untuk menjadikan Mbappe bintang terbaik dunia.

Namun malangnya Mbappe menolak tawaran Real Madrid saat akhir kerana tertarik dengan tawaran PSG yang menawarkannya gaji sangat lumayan dan peranan yang signifikan dalam projek sukan di kelab itu.

Mbappe diberikan kuasa yang dilihat sangat besar dan ala pemilik.

Lantas Zlatan Ibrahimovic mengulangi kritikannya kerana pemain itu menolak perpindahan ke Real Madrid pada musim panas lalu.

“Mbappe, sebagai seorang yang saya tidak begitu mengenalinya. Sebagai pemain, dia hebat,” kata Zlatan kepada Canal Plus.

“Tetapi apabila anda kehilangan disiplin maka anda akan kehilangan identiti anda.”

“Ada sebab mengapa Zidane adalah Zidane. Mbappe mahu menirunya? Dia mula mahu maju. Bukan untuk mudah berpuas hati.”

“Dia membuat pilihan yang tepat untuk Paris St Germain, namun PSG bukan pilihan tepat untuk dirinya sendiri. Kerana dia meletakkan dirinya dalam situasi di mana dia lebih penting daripada kelab. Dan kelab memberinya kunci untuk itu.”

“Tetapi anda tidak akan pernah lebih besar daripada kelab. Tetapi apabila seorang budak muda menjadi kuat, dia boleh memperoleh wang dengan mudah.”

Namun begitu, Zlatan tidak menyalahkan Mbappe. Dia juga membidas semua orang yang telah menasihati penyerang Perancis itu mengenai keputusannya.

“Jadi ibu bapanya menjadi peguam, ejen, jurulatih,” kata Zlatan.

“Dari satu perkara mereka menjadi lain. Dan itulah masalahnya. Ketika itulah anda kehilangan disiplin diri dan siapa diri anda.”

“Hari ini dengan generasi baru ini, ibu bapa, ayah, mereka fikir mereka telah menjadi bintang.”

“Mereka bercakap di akhbar. Tetapi anda fikir siapa anda? Diam sahajalah. Terpulang kepada anak anda, pemain, untuk bekerja dan mempunyai disiplin.”

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu