10 Bintang WWE Bersara Ketika Waktu Kemuncak Ini Sebabnya

Bintang WWE selain dari disajikan dengan bayaran yang lumayan, mereka turut peroleh pelbagai kelebihan lain selepas tampil sebagai pekerja di bawah syarikat terkemuka dunia itu.

Bersama WWE, para penggusti mula membangunkan karier masing-masing dan memudahkan mereka untuk berpindah dari satu jenama ke jenama yang lain.

Selain dari itu juga, ia akan memberi ruang kepada para penggusti untuk terjun ke bidang lain dan menjadi salah satu nama besar dalam dunia hiburan.

Bintang besar WWE seperti The Rock, John Cena dan Batista telah mula menceburi dunia lakonan dan mendapat tempat sebagai bintang filem terkenal.

Mickie James, Mick Foley dan Kane juga antara penggusti yang keluar dari WWE untuk menceburi dunia yang berbeza.

10) ‘The Beast’ Brock Lesnar keluar WWE pada 2004

Bintang seperti Brock Lesner sememangnya sukar untuk ditemui. Kemampuan luar biasa hebat yang beliau miliki sangat membantunya dalam menjadi seorang yang paling berjaya dalam dunia gusti ini.

Brock Lesnar mula menyertai WWE pada tahun 2000 dan beliau melakukan debut pertamanya dalam acara WWE RAW dua tahun selepas itu.

Beliau berjaya untuk menjadi Juara Dunia paling muda dalam sejarah dan Lesner berjaya menyandang sabuk kejuaraan dunia WWE itu sebanyak tiga kali.

Beliau memutuskan untuk meninggalkan syarikat pada tahun 2004 dan Lesner berjaya untuk menjadi salah seorang bintang terbesar dalam dunia sukan UFC.

Lesner kembali menyertai WWE pada tahun 2012 selepas lapan tahun menghilangkan diri. Sejak ketibaan semulanya, beliau berjaya memenangi gelaran Dunia WWE sebanyak dua kali.

Beliau turut memegang sabuk kejuaraan Universal Championship sebanyak tiga kali sepanjang tempoh kepulangan semulanya itu.

Sejak dari perlawanan beliau di acara WretleMania 36, Lesner sekali lagi telah meninggalkan gelanggang WWE dan sehingga kini, beliau masih belum menandatangani apa-apa perjanjian baru bersama syarikat.

9) Neville keluar WWE pada 2018

Bekas Juara dunia NXT, Neville merupakan bintang yang sedang meningkat naik dalam WWE sejak dibawa masuk ke main roaster.

Beliau telah diberi watak dan peranan yang cukup baik sehingga menyajikan kepada para peminat aksi perlawanan yang hebat bersama lawan yang terbaik.

Pada penghujung tahun 2016, “The Man That Gravity Forgot” telah diberikan peranan baru dengan membawa watak jahat.

Beliau berjaya muncul sebagai Juara WWE Cruiserweight Championship beberapa bulan selepas itu iaitu pada tahun 2017.

Disamping kejayaan yang sedang beliau kecapi, Neville sepertinya tidak gembira dengan jalan cerita yang dibuat untuknya dalam satu episod Monday Night RAW.

Beliau diatur untuk tewas kepada Enzo Amore dan oleh kerana kejadian itu, Neville memutuskan untuk pergi meninggalkan WWE.

“Enzo bukanlah satu-satunya sebab kenapa saya pergi, saya tidak benci dia. Dia cuma memualkan dan memberikan dia kesempatan untuk bergelar juara itu cadangan yang teruk, terutama sekali menewaskan saya.”

Neville kini masih aktif bergusti dan beliau sudah menandatangani perjanjian bersama seteru utama WWE, AEW.

7) Rey Mysterio menamatkan kontrak 13 tahunnya bersama WWE pada 2015

Pada tahun 2002, Rey Mysterio telah menandatangani perjanjian bersama WWE dan beliau dengan segera telah menjadi salah seorang penggusti terhebat dalam syarikat.

Beliau menjadi baby face terhebat dalam syarikat pada ketika itu dan telah terlibat dalam beberapa perseteruan yang sensasi bersama ramai bintang besar WWE termasuk Eddie Guerrero.

Mysterio beraksi bersama WWE sehingga tahun 2014. Beliau sering membuat kemunculan dan tampil di WWE TV dan menjadi salah seorang penggusti paling digemari.

Beliau pada ketika itu meminta kebenaran untuk mengundurkan diri kerana mahu berehat dari kecederaan yang beliau alami.

Selain mahu berehat untuk memulihkan kecederaan, Mysterio juga memilih untuk berhenti seketika kerana mahu meluangkan masa bersama keluarganya.

Pada tahun 2015, beliau kembali bergusti di bawah jenama Lucha Libre dan menjadi penggusti terbesar di gelanggang gusti profesional Mexico itu.

Pada tahun 2018 beliau telah membuat kemunculan semula di acara WWE Royal Rumble dan masih aktif bergusti sehingga ke hari ini.

8) Beth Phoenix bersara dari dunia WWE ketika di usia 32 tahun.

Beth Phoenix menyertai WWE pada tahun 2004, beliau merupakan antara penggusti wanita yang paling aktif bergusti pada ketika itu.

Beliau berjaya menjuarai WWE Womens Championship sebanyak tiga kali dan selepas division wanita berubah menjadi Divas, beliau juga sempat untuk menyandang kejuaraan WWE Divas Championship.

Ketika namanya sedang berada di kemuncak karier, beliau telah memutuskan untuk bersara dari gelanggang WWE pada tahun 2012.

Beth baru berusia 32 tahun ketika beliau mengumumkan persaraannya itu. Beliau mahu menumpukan sepenuh perhatiannya kepada keluarga bersama legenda WWE, Edge.

Keputusan beliau untuk bersara merupakan kesepakatan antaranya bersama suami beliau Edge.

Pada tahun 2019, dalam satu temu bual bersama Sean Mooney, Phoenix turut menyatakan bahawa selain dari mahu beri tumpuan kepada Edge, beliau turut memutuskan untuk bersara kerana kecewa dengan WWE.

Beliau selepas dari itu sudah tidak mahu bergusti lagi dan kini lebih banyak melibatkan diri di belakang tabir bersama pihak kreatif.

6) Batista meninggalkan WWE pada 2010

Batista menandatangani perjanjian pertamanya bersama WWE pada tahun 2000 yang lalu. Beliau kemudiannya mula dikenali selepas mengikuti pakatan Evolution pada tahun 2003.

Hubungan baiknya bersama Ric Flair dan Triple H ternyata memberi impak positif dalam perkembangan awal kariernya bersama WWE.

Selain Triple H dan Ric Flair, Randy Orton juga merupakan individu penting yang membantu Batista dalam membangunkan karier awalnya di WWE.

Beliau berjaya menjuarai kejuaraan Dunia WWE sebanyak dua kali dan menyandang sabuk kejuaraan Heavyweight dunia WWE sebanyak empat kali sepanjang kariernya.

Pada tahun 2010, Batista telah memutuskan untuk bersara dari dunia gusti professional kerana beliau merasakan layanan yang diberikan oleh WWE tidak sama rata.

Beliau menganggap WWE terlalu melebihkan John Cena berbanding dirinya dan kerana itu beliau sudah tidak mahu untuk terus bergusti bersama WWE lagi.

Selepas dari itu, beliau sempat membuat beberapa kemunculan namun ianya sekadar kemunculan untuk beberapa perlawanan sahaja.

Beliau kini sedang aktif dalam dunia lakonan dan antara filemnya yang berjaya adalah seperti “Guardians of the Galaxy”.

Perlawanan terakhirnya bersama WWE adalah ketika bertemu Triple H di acara WrestleMania 35 dan selepas dari itu beliau terus mengumumkan persaraannya.

5) Dean Ambrose meninggalkan WWE pada 2019.

Dean Ambrose atau Jon Moxley merupakan salah seorang penggusti terhebat yang pergi meninggalkan WWE ketika waktu kemuncaknya.

Beliau menjadi penggusti utama sejak dari menyertai pakatan The Shield dan menjadi lebih terkenal selepas perpecahan pakatan tersebut pada tahun 2014.

Beliau mula menjadi penggusti solo dan telah berjaya untuk menjadi pencabar kepada kejuaraan utama WWE sehingga sempat untuk menjadi Juara Dunia WWE.

Dalam pada peminat menganggap Ambrose sedang diangkat oleh WWE, beliau telah mendedahkan bahawa beliau sama sekali tidak suka dengan jalan cerita yang diberikan kepadanya sepanjang tahun 2018 dan 2019.

Oleh kerana itu, Ambrose memutuskan untuk tidak mahu menandatangani perjanjian baru bersama WWE dan meninggalkan syarikat itu selepas kontraknya tamat.

Ambrose meninggalkan WWE ketika beliau sedang dalam kemuncak karier dan selepas dari itu, beliau telah menandatangani perjanjian bersama syarikat gusti baru, AEW.

Moxley tidak selesa dengan cara WWE mahu beliau untuk menjadi batu loncatan kepada perkembangan karier Seth Rollins dan kerana itulah beliau memutuskan untuk pergi.

4) The Rock meninggalkan WWE pada 2004

Dwayne The Rock Johnson telah melakukan debut pertamanya bersama WWE pada tahun 1996, namun di awal kemunculannya, beliau sukar untuk mendapatkan gimik dan watak yang sesuai untuknya.

Selepas berjaya untuk menarik perhatian dunia tentang bakat yang beliau miliki, The Rock telah menjadi salah seorang penggusti terhebat pada ketika itu.

Pada tahun 1998, The Rock berjaya memenangi kejuaraan Dunia WWE pertamanya dan selepas dari itu, beliau berjaya untuk menjuarai pelbagai kejuaraan utama bersama syarikat.

The Rock memberi impak yang luar biasa kepada WWE dengan popularity yang beliau miliki, bahkan namanya pada ketika itu lebih besar dari nama syarikat sendiri.

Sementara kebanyakkan penggusti meninggalkan WWE kerana menemui kesukaran, The Rock pula meninggalkan WWE kerana alasan yang bertentangan.

Beliau mula melibatkan diri dalam dunia lakonan dengan filem pertamanya, The Scorpion king. Selepas menunjukkan bakat yang luar biasa dalam filem tersebut, The Rock telah menjadi salah seorang bintang filem paling terkenal di dunia.

Sewaktu meninggalkan WWE, The Rock telah berjaya menjuarai kejuaraan Dunia sebanyak tujuh kali, dan pihak syarikat sendiri masih menjaga hubungan baik mereka bersama The Rock sehingga sekarang.

The Rock sering membuat kemunculan dan beberapa kali juga beliau diundang untuk terlibat dalam perlawanan untuk WWE sebagai penggusti separuh masa.

Beliau kini merupakan pelakon termahal di Hollywood dan dalam masa sama, beliau masih lagi dipanggil untuk ke acara WWE bagi tujuan promosi.

3) CM Punk meninggalkan WWE pada 2013

Walaupun ramai nama besar telah meninggalkan WWE ketika waktu kemuncak mereka, pemergian CM Punk tetap menjadi yang paling diingati.

Selepas berjaya menguasai pentas ECW, Punk telah menjadi salah seorang penggusti utama WWE dan turut menyandang sabuk kejuaraan Heavyweight dunia pertamanya pada tahun 2018.

Selepas berjaya untuk menjadi Juara Dunia WWE buat kali kelima, Punk telah meninggalkan syarikat pada tahun 2014.

Terdapat pelbagai isu kontroversi yang terjadi ketika Punk menolak untuk menandatangani kontrak baru bersama WWE dan insiden beliau memalukan syarikat dihadapan semua peminat masih kekal sebagai detik terhebat dalam sejarah WWE.

Selepas meninggalkan WWE, Punk mula menceburkan diri dalam dunia MMA, namun beliau terlalu sukar untuk peroleh kejayaan di sana.

Oleh kerana gagal di MMA, Punk mula melibatkan diri dalam dunia penulisan dan turut memulakan kariernya sebagai seorang pelakon.

Selepas beberapa tahun, Punk kini telah kembali menyertai WWE dan terlibat dalam membantu bidang belakang tadbir.

Kebanyakkan peminat sangat berharap untuk melihat beliau membuat kemunculan di acara AEW dan kembali bergusti di sana.

2) AJ Lee meninggalkan WWE sebaik CM Punk menamatkan kontraknya

AJ Lee menandatangani kontrak bersama WWE pada tahun 2009, dan beliau telah menyertai program pencarian bakat di NXT.

Beliau telah berseteru dengan beberapa nama besar dalam kategori diva di acara WWE ketika beraksi di acara utama.

Lee turut berjaya menyandang sabuk kejuaraan Divas Championship sebanyak tiga kali sepanjang kariernya.

Selepas berkahwin dengan CM Punk pada tahun 2014, beliau telah memutuskan untuk mengikuti jejak langkah suaminya dan mengumumkan persaraan beliau bersama WWE.

Selepas dari itu, beliau tidak pergi untuk mengikuti mana-mana syarikat lain, sebaliknya masih lagi tampil sebagai diva WWE.

Selepas membuat beberapa kemunculan semula, Lee akhirnya mengumumkan persaraannya secara rasmi buat kali ketiga dan mungkin terakhir dengan alasan untuk memulihkan diri dari belenggu kecederaan.

Beliau kini aktif dalam badan amal dengan membantu mereka yang mempunyai masalah tekanan perasaan.

1) “Stone Cold” Steve Austin meninggalkan WWE pada 2003

Stone Cold mula membuat kemunculan pertamanya bersama WWE pada tahun 1995, selepas beberapa kali sebelum itu beliau tampil dengan pelbagai karakter, Austin akhirnya memutuskan untuk kekal dengan karakter Stone Cold.

Tidak dinafikan, beliau merupakan ikon terhebat sepanjang zaman dan merupakan antara penggusti paling disayangi oleh peminat.

Austin telah melalui pelbagai perseteruan yang sangat terkenal termasuk perseteruannya bersama Vince McMahon, The Rock dan Triple H.

Selain The Rock, beliau juga merupakan individu yang paling banyak membantu WWE semakin dikenali dan ditonton di seluruh dunia.

Sayangnya, masalah kecederaan telah membataskan perjalanan karier beliau. Stone Cold berjaya memenangi tiga kali acara Royal Rumble dan beliau turut pernah memenangi enam kali kejuaraan dunia WWE.

Beliau terpaksa mengumumkan persaraannya ketika berusia 38 tahun kerana mengalami masalah kecederaan, dan persaraannya diterima dengan baik oleh para peminat.

Selepas mengalami kecederaan patah leher pada tahun 1997 ketika bergusti dengan Owen Hart, beliau sama sekali tidak mampu untuk terus bergusti.

Selepas bersara, beliau turut menceburi bidang lakonan dan kini beliau sedang aktif mengelola acara podcast bersama WWE dalam The Broken Skull Sessions.

WWE masih menghubungi Stone Cold seandainya mereka memerlukan bintang besar untuk membuat kemunculan.

Baca yang lain