10 Pemain Muda Yang Mempunyai Bakat Bersinar Di Sukan Olimpik

Semua peminat bola sepak telah menikmati kejohanan Piala Eropah dan Copa Amerika pada cuti musim. Piala Emas (Gold Cup) sedang memasuki peringkat kalah mati.

Kelab-kelab eropah kini sedang berada dalam proses persiapan bagi menghadapi musim baharu. Satu lagi kejohanan yang sedang berlaku sebelum musim baharu membuka tirai.

Bola sepak Sukan Olimpik.

Kejohanan bola sepak Sukan Olimpik akan bermula pada Khamis dan final dijadualkan berlangsung pada 7 Ogos depan.

Beberapa pemain terkenal termasuk 3 dari Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Richarlison (Everton), Chris Wood (Burnley) dan Eric Bailly (Manchester United) termasuk Pedri dari barcelona telah menjadi tumpuan dalam kejohanan tersebut.

Setiap pasukan dibenarkan menggunakan 3 pemain berusia atas 23 tahun dalam kejohanan B23 tahun itu. Ini adalah peluang untuk para peminat melihat beberapa pemain menjadi bintang muda.

Disini 10 pemain yang paling wajib diperhatikan dan kesemua dari mereka menggalas harapan penyokong negaranya untuk membawa pulang pingat.

Takefusa Kubo, 20
Jepun/Real Madrid

 

Ia merupakan cabaran besar bagi menggalas harapan tinggi seluruh rakyat Jepun dibahu Kubo.

Jepun akan terus dengan mimpinya untuk menang emas di Olimpik dan para pemainnya akan membawa harapan itu.

Jarang sekali bagi pemain muda dari Jepun sudah berada di Real Madrid atau Barcelona tetapi Kubo berjaya melakukannya.

Kubo menyertai Barcelona pada usia 11 tahun selepas lulus ujian percubaan dan dia mengekalkan tempatnya di akademi itu sehingga ke peringkat umur lebih tinggi.

Kemudian kariernya berakhir apabila Barcelona didapati bersalah oleh FIFA kerana melanggar polisi perpindahan pemain muda (B18).

Kubo salah seorang daripada beberapa pemain yang dianggap tidak layak bermain untuk Barcelona. Keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat bermain bahkan tidak dapat berlatih.

Pada usia 14 tahun Kubo kembali ke Jepun dan membuat debut bersama skuad senior FC Tokyo ketika berumur 15 tahun 5 buln 1 hari.

Ia merupakan rekod baharu di J.League.

Diberi jolokan sebagai ‘Messi Jepun’ kerana mempunyai kemahiran gelecekan tinggi dan kemampuan menewaskan lawan dalam situasi 1 lawan 1.

Disebabkan kemampuannya itu Real Madrid menandatangani Kubo pada tahu 2019.

Kubo masih belum membuat debut bersama pasukan itu tetapi telah membuat kemunculan di La Liga bersama pasukan Mallorca, Villareal dan Gatafe sebagai pemain pinjaman.

Bakatnya sudah terbukti di eropah dan dia akan mengetuai negaranya yang merupakan pasukan tuan rumah Sukan Olimpik kali ini.

Takehiro Tomiyasu, 22
Jepun/Bologna

Karier pemain pertahanan ini mungkin berbeza jika dia menerima tawaran dari Barcelona. Barcelona mahu menyerapkan masuk Tomiyasu ke dalam akademinya.

Tawaran tersebut dianggap terlalu awal dan sukar, Tomiyasu membuat keputusan untuk kekal di Jepun.

Karier Tomiyasu bermula di Avispa Fukuoka iaitu tempat kampung halamannya. Cita-cita awal Tomiyasu mahu menjadi atlet renang seperti kakaknya.

Pada Oktober 2015 Tomiyasu membuat debut bersama skuad senior Avispa Fukuoka (16 tahun), 2 tahun selepas itu dia sudah menjadi pemain utama pasukan.

Peluang ke eropah akhirnya muncul setahun selepas itu, pada Januari 2018 dia menyerti pasukan di Belgium, Sint-Truiden.

Tomiyasu mengalami kecederaan dan situasi itu telah merosakan musim pertamanya disana.

Namun pemain pertahanan kanan ini bangkit pada musim ke-2 dan muncul sebagai Pemain Terbaik Tahunan.

Selepas mendapat 1 musim cemerlang di Sint-Truiden, spekulasi perpindahan muncul dan dia akhirnya menyertai Bologna untuk bermain di liga lebih tinggi, Serie A.

Selama 2 musim disana Tomiyasu telah membuat 60 penampilan ia telah menarik banyak minat dari kelab lain termasuk Tottenham.

Dalam penguasaan bola, pertahanan sisi moden merupakan pemain centre-half yang perlu selesa dengan bola dan yakin apabila keluar dari posisi.

Tomiyasu mempunyai kekuatan fizikal, cergas, aktif, boleh membaca permainan dengan baik, melakukan pintasan bola dan menghentikan lawan menghantar bola ke kedepan.

Lee Kang-in, 20
Korea Selatan/Valencia

Ramai anak-anak muda bermain bola sepak pada setiap hujung minggu dengan harapan mereka dilihat oleh para pencari bakat.

Bagi kes Kang-In agak berbeza, dia muncul melalui sebuah program realiti TV berasaskan bola sepak, Fly Shoot Dori -pada ketika itu Kang-In berusia 6 tahun.

Bakat Kang-In menonjol pada kejohanan Piala Dunia B20 yang berlangsung pada tahun 2019. Dia meraih anugerah Goldeb Ball sebagai pemain terbaik kejohanan tersebut.

Kang-In menjaringkan 2 gol dan mecipta 4 bantuan jaringan dan membawa Korea Selatan mara ke final.

Dua tahun sebelum kejohanan itu Kang-In telah dibangunkan di Valencia dan muncul di La Liga sebanyak 20 kali.

Debutnya di Valencia yang berlaku pada Oktober 2018 menjadikannya sebagai pemain asing paling muda kelab itu.

Kang-In merupakan pemain attacking Midfielder yang megisi ruang di pocket area.

Dia mempunyai kemahiran dalam mengawal bola dan menggelecek disamping melakukan hantaran tajam (tepat) dan bijak dalam situasi tanpa bola.

Kemampuan teknikalnya tidak dapat dinafikan dan dia berkebolahan menjadi ‘penekan’ jika pasukan tidak menguasai bola.

Sejak beberapa musim lepas Valencia telah menjual sebahagian pemain muda terbaiknya seperti Ferran Torres ke Manchester City, ia membuka pintu kepada Kang-In memperolehi lebih banyak minit permainan.

Pada musim lepas dibawah pengurus Javi Garcia, dia tidak begitu konsisten untuk mengekalkan tempat sebagai pemain kesebelasan utama.

Namun masih sempat terlibat dalam 27 perlawanan dalam semua pertandingan. Kontrak Kang-In bakal tamat pada tahun musim depan dan masih belum ada jaminan dia akan mendapat kontrak baharu.

Jika Kang-In berjaya membimbing Korea Selatan meraih pingat dalam Sukan Olimpik kali ini, ia mungkin akan membuka peluang untuknya kekal di eropah.

Antony, 21
Brazil/Ajax

Walaupun baharu berusia 21 tahun Anthony telah mempunyai pengalaman besar dan telah melihat banyak perkara dalam kariernya.

Pemain itu membesar di Favela, Brazil dimana ia merupakan kawasan yang terdedah dengan dadah, senjata api dan penculikan. Bola sepak antara perkara yang boleh membantu untuk mengeluarkan keluarga dari tempat itu.

Anthony menyertai Akademi Sao Paolo. Selepas mendapat debut bersama akuad senior dia kemudiannya kembali ke skuad belia untuk bermain di pertandingan Copinha.

Ia merupakan pertandingan pembangunan terbesar di Brazil -dimana Anthony melakukan momen menarik disana. Anthony membantu Sao Paolo B20 menjadi juara, menjaringkan 4 gol dan mencipta 6 bantuan jaringan.

Anthony membiarkan bakatnya ‘bercakap’ di atas padang. Pemain sayap ini membuatkan pemain pertahanan lawan seperti tinggal di ‘neraka’ dengan helah dan direct play darinya.

Pada musim lepas Ajax membelanjakan sekitar £13 juta untuk membawanya ke Amsterdam Arena. Anthony bermain 46 kali pada musim pertamanya disana dan membantu Ajax meraih kejuaran berganda.

Bruno Guimaraes, 23
Brazil/Lyon

Pada tahun 2017 Guimaraes menaiki pesawat menuju ke Athletico Paranaense untuk menyertai kelab itu secara pinjaman dari Audax (kelab yang barmain di Serie D/Brazil).

Dalam penerbangan itu Guimaraes duduk disebelah pengarah sukan pesaing mereka iaitu Coritiba. Pengarah sukan itu mahu menandatanginya dan menawarkan gaji besar.

Pada ketika itu Guimaraes -seorang pemain defensive midfielder– merupakan hot prospect yang menarik minat banyak kelab selepas Audax jatuh ke divisyen 2.

Guimaraes menolak tawaran dari Coritiba yang cuba hijack urusan Audax-Athletico Paranaense.

Keputusannya tepat, setahun kemudiannya Athletico Paranaense membelinya secara kekal dan dia menjadi pemain utama kelab itu selama 2 musim.

Lyon menyedari bakat yang dimiliki oleh Guimaraes dan melakukan segala daya untuk menyakinkan Guimaraes menyertai mereka.

Kelab lain seperti Chelsea, Arsenal dan Atletico Madrid juga menunjukkan minat tetapi Guimaraes yakin peluangnya lebih besar di Perancis.

Sejak itu dia menjadi ‘Guimaraes-mania’ dan banyak kelab ternama sedang memperhatikan.

Guimaraes merupakan gabungan deep-lying playmaker dan box-to-box midfielder, dia mempunyai ketepatan hantaran yang tinggi dan progresses play ketika mengekalkan penguasaan bola.

Thiago Almada, 20
Argentina/Velez Sarsfield

Fuerte Apache yang terletak di Buenos Aires merupakan tempat Carlos Tevez dibesarkan. Tevez membesar dalam keadaan sukar tetapi berjaya melaluinya dan akhirnya menjadi antara penyerang yang digeruni di eropah.

Pada hari ini bakat itu disambung oleh Thiago Almada. Jika Kubo diberi jolokan ‘Messi Jepun’, Almada juga dikatakan mirip dengan pemain tersebut.

Almada merupakan pemain attacking midfielder, bermula dari menjual buah dan sayur untuk mendapat wang poket kepada hot prospect dalam bola sepak.

Kelab dari Buenos Aires iaitu Velez Sarsfield membawa Almada ke dalam akademinya ketika dia berusia 5 tahun dan Almada membuat debut senior ketika berusia 17 tahun.

Hari ini Almada merupakan pemain utama Velez Sarsfield dan telah mula dikaitkan dengan kelab ternama seperti Manchester United dan Manchester City.

Almada mempunyai footballing brain yang cemerlang, karektor kepimpinan dan boleh membuatkan lawan menghadapi masalah dengan kemampuan teknikal yang dimilikinya.

Almada kerap melihat aksi Eden Hazard dan beridolakan lagenda Argentina Juan Roman Riquelme.

Ketika prestasinya terus cemerlang di atas padang, Almada ditangkap dan dituduh melakukan gangguan seksual bersama rakannya Miguel Brizuela. Namun Almada didapati tidak bersalah.

Pada bulan Februari kedua-dua pemain ini digantung oleh kelab sebelum kembali beraksi pada bulan yang sama.

Timothee Pembele, 18
Perancis/Paris Saint Germaine

Pada November lepas Pembele membuat debut pertama bersama skuad senior Paris Saint Germain (PSG). 10 minit selepas dimasukkan Pembele menjaringkan gol sendiri yang berpunca dari sepakan penjuru.

Bagi seorang pemain berusia 18 tahun ia satu pengalaman mengerikan tetapi detik itu menjadi miliknya apabila dia kini merupakan sebahagian pemain B23 terbaik Perancis.

Seminggu selepas jaringan sendiri itu berlaku, Pembele mendapat lanjutan kontrak membolehkannya kekal di PSG sehingga tahun 2024.

Pembele diberi peluang bermain 1 kali dalam pertandigan Liga Juara Eropah. Karektornya kembali bersinar dan mula bangkit dari permulaan yang mengerikan.

Pembele memikat jurulatih Thomas Tuchel dan penggantinya Mauricio Pochettino ketika diturunkan beberapa minit dalam beberapa perlawanan.

Pembele merupakan pemain kebangsaan Perancis yang bermula dari peringkat umur B16, B17 dan B18. Pembele menyertai PSG pada tahun 2015 selepas membuat permulaan di US Persan 03.

Pembele diangkat ke dalam skuad utama PSG dan Presnel Kimpembe merupakan pemain yang memberi pengaruh besar kepadanya.

Pembele merupakan pemain pertahanan serba boleh yang bermain di center back namun dia juga efektif apabila diletakan di bahgian kanan dimana Pembele mempunyai kemampuan untuk bertahan dan mempunyai naluri dalam menyerang.

Pembele merupakan pemain yang gemar naik ke atas tetapi bertanggungjawab dalam bertahan melalui bentesan keras dan kemampuan membaca permainan.

Diego Lainez, 21
Mexico/Real Betis

Pada tahun 2019 terdapat banyak tanda tanya ketika Lainez memutuskan untuk meninggalkan Club America sebuah kelab di tanah airnya untuk menyertai Real Betis.

Lainez meninggalkan Club America selepas kurang 2 tahun bersamanya sejak membuat debut ketika berusia 16 tahun. Debut itu berlaku secara tidak sengaja.

Pelan asal, pengurus pasukan Ricardo La Volpe mahu memberi minit permainan kepada Gerson Torres namun pemain ini tidak didaftar. Jadi La Volpe ‘mecampak’ Laines ke dalam padang.

Langkah ke eropah merupakan impiannya. Ketika Real Betis datang tidak ada keraguan untuk Lainez akan pergi kesana. Tiba pada usia muda di Real Betis, dia tidak diberi sebarang tekanan dan bebanan.

Kekuatan Lainez terletak pada kaki kirinya yang sukar dijangka dan dia juga mempunyai kelajuan yang agak berbahaya.

Dia sering memberi ancaman kepada lawan melalui jaringan dan bantuan gol.

Lainez merupakan ‘pesaing’ yang tidak pernah putus asa dan setiap keputusannya di final third -boleh membuatkannya kecewa.

Amad, 19
Ivory Coast/Manchester United

Terdapat tekanan dan harapan apabila anda ditandatangi oleh salah satu kelab terbesar di dunia, lebih-lebih lagi pada harga £37 juta pada usia baharu sahaja 18 tahun.

Amad mula dimasukkan ke dalam skuad senior secara perlahan-lahan dan telah mengumpul 8 penampilan sejak tiba pada Januari lepas.

Sebelum itu pada tahun 2015 Amad berpindah dari Ivory Coast ke Itali.

Amad disiasat kerana menggunakan dokumen palsu ketika masuk ke Itali dan akhirnya didenda £42,000 selepas didapati bersalah.

Di Itali, pada awalnya Amad menyertai sebuah kelab amatur Boca Barco sebelum menarik minat Atalanta.

Walaupun hanya terlibat dengan 8 perlawanan -2 musim di Atalanta, ia sudah cukup menarik minat Manchester United untuk membawanya ke Old Trafford.

Amad mempunyai kelajuan dan pecutan yang agak luar biasa dengan kawalan bola yang baik.

Amad menpunyai pusat graviti rendah (ringan) membolehkannya mengubah arah dengan cepat sebelum melakukan larian.

Amad mempunyai minda ofensif melalui gelecekan dan selesa untuk keluar dan masuk dari bahagian sisi padang.

Liberato Cacace, 20
New Zealand/Sint-Truiden

Christopher Wood (Burnley) dan Winston Reid (West Ham United) adalah nama terkenal dalam skuad kebangsaan New Zealand.

Cacare akan bersama 2 pemain ini untuk menggalas cabaran New Zealand dalam kempen Sukan Olimpik kali ini. Pemain pertahanan kiri ini dijangka akan menjadi lebih terkenal dari Wood dan Reid.

Karier Cacare bermula di Island Bay United. Pada tahun 2016 dia berpindah ke Australia menyertai Wellintong Phoenix yang bermain di A-League.

Bermain di eropah sering menjadi cita-citanya, Sarpreet Singh memberikan inspirasi kepadanya untuk mengejar impian.

Sarpreet merupakan pemain New Zealand yang berjaya ke Bayern Munich dari Wellington Phoenix pada tahun 2019. Cacare yakin dia mampu mengikut jejak Sarpreet.

Cacare bermain di Piala Dunia B20 (2019) dan ia memberi lebih keyakinan kepadanya. Pada tahun lepas peluang tersebut akhirnya tiba apabila dia menyertai Sint-Truiden.

Ia dibantu oleh faktor Luciano Trani pernah menjadi penolong pengurus Wellington Phoenix yang kemudiannya menjadi penolong pengurus Sint-Truiden.

Trani menyakinkan kelab tentang potensi yang dimiliki oleh Cacare.

Cacare telah dibangunkan menjadi pemain yang yakin dengan bola dan mempunyai kualiti hantaran silang tepat. Walaupun output kurang konsisten namun dia menggunakan pecutan untuk naik ke atas.

Dari sudut defensif Cacare agak solid, mempunyai fizikal kuat dan bertahan seperti bek tengah. Melihat kepada latar belakang, keluarganya berasal dari Itali dan impian terbesarnya adalah bermain di Serie A.

Napoli merupakan kelab yang sering ingin disertainya namun pada hari ini Juventus merupakan kelab yang sedang memantau perkembangannya.

Baca yang lain