1,248 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Diarahkan Patah Balik, Peningkatan Lebih Sekali Ganda

Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 1,248 kenderaan ditahan semalam, berbanding 508 kenderaan kelmarin dan masing-masing diarahkan berpatah balik.

Jumlah itu meningkat lebih sekali ganda berbanding dengan hari kelmarin.

“Kelmarin 500 kenderaan ataupun lebih tepatnya 508 buah kenderaan telah pun diarahkan untuk berpatah balik.”

“Sebanyak semalam sahaja sebanyak 1,248 kenderaan cuba untuk merentas negeri untuk balik ke kampung telah diarahkan berpatah balik.”

“Maknanya lebih daripada sekali ganda rakyat yang cuba untuk cuba curi-curi pulang ke kampung dengan pelbagai alasan. Masih lagi nak balik ke kampung.”

“Jadi saya harap, tak perlulah cuba untuk balik ke kampung selepas bersiap sedia selepas sahur bawa anak isteri tapi bila sampai sekatan jalan raya diarah patah balik.

“Alhamdulillah pihak polis masih arahkan patah balik, katakan kalau pihak polis tiba-tiba kenakan kompaun RM1,000 jadi yang rugi adalah kita.”

Ismail Sabri menegaskan bahawa beliau faham, semua orang nak balik ke kampung terutama sekali untuk beraya namun dalam keadaan semasa yang sedang melanda, diharap ia dilupakan dahulu.

Semua rakyat masih perlu untuk berusaha menjarakkan diri dan mengelakkan diri daripada bergerak ke tempat yang jauh demi mengekang penularan virus.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan