Kesian Tengok Tevez Kena Buli, Wayne Rooney Bagi Lamborghini Terus

Carlos Tevez mendedahkan bahawa Wayne Rooney pernah menghadiahkannya sebuah kereta mewah, Lamborghini ketika di Man Utd.

Ianya gara gara Tevez menjadi mangsa gurauan dan buli kerana memakai kereta lama.

Menurut Tevez, kereta mewah ni dah biasa sangat di kalangan pemain Man Utd yang kaya raya.

Tevez juga memberitahu bahawa, pemain yang paling teruk pun boleh pakai Ferrari ketika itu di Man Utd.

Rata-rata pemain bintang Man United ketika itu mendapat gaji lebih £100,000 seminggu. Celah gigi je semua tu.

Hari ni lagilah tinggi gaji gaji pemain pemain yang bergelar bintang ni.

Audi dianggap kereta buruk

Ketika Tevez menyertai Man United pada 2007, beliau memakai kereta yang diberikan kelab kepada pemain mereka iaitu Audi.

Kereta tu cantik. Tetapi untuk level pemain di Man United ketika itu, kereta tu memang dipakai pemain yang sengkek sangat, baru menyertai Man United.

Tevez berkata: “Pemain paling teruk di Man Utd pun boleh pakai Ferrari. Dan mereka senyum sinis je tengok kereta Audi ni, macam diorang tengok Fiat 600.”

“Saya ketika itu pergi ke pusat latihan dengan Audi. Teruk saya kena buli. Saya mulai bertanya, apa masalahnya?”

“Rooney pun datang dan berkata:’ Nah ambik Lamborghini ni’. Dia berikan Lamborghini itu kat saya.”

Punyalah kaya, berharta dan baik hati Rooney masa tu, tak mahu rakan trio serangannya itu menjadi mangsa buli sekali lagi.

Tevez memuji Wayne Rooney sebagai rakan yang tak berkira dan seringkali menjadikan Rooney sebagai contoh.

“Saya mendapat tahu banyak perkara tentang Rooney. Beliau datang daripada sebuah tempat  di Liverpool.”

“Beliau pemain yang sentiasa berjuang untuk mendapatkan bola seolah olah itu adalah bola yang terakhir.”

“Corak permainan beliau seperti saya. Dan saya secara peribadi merasakan Rooney adalah refleksi kepada diri saya.”

Gandingan Tevez, Rooney dan Ronaldo pernah mencetuskan fenomena di Man Utd pada satu ketika dahulu.

(L-R) Manchester United’s Carlos Tevez, Wayne Rooney and Cristiano Ronaldo

Namun malangnya, Tevez telah meminta gaji terlalu besar dalam kontrak baharu, yang tidak dipersetujui oleh Sir Alex Ferguson.

Beliau kemudian merajuk dan menyertai seteru sebandar Manchester City. Selepas mencipta kejayaan di City, Tevez kemudian pergi menyertai Juventus.

Ini diikutin perpindahan ke Shanghai Shenhua, dan kini beliau kembali semula ke Boca Juniors.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.