2 Koresponden Terpercaya Di Belanda & Fabrizio Romano Sahkan United Berjaya Beli Antony €100 Juta

Jika anda peminat Ajax Amsterdam, selain daripada Mike Veirwij, seorang lagi koresponden yang banyak menulis tentang cerita Ajax menerusi informasi yang memikiki kadar ketepatan tinggi, Gerjan Hamstelaar juga pasti adalah senarai diikuti anda.

2 sumber tersebut telah mengesahkan bahawa Ajax telah menjual Antony, dan sudah tentunya kelab yang membeli itu adalah Manchester United.

Hamstelaar tampil dengan kemaskini menyatakan bahawa Antony sudah dijual. Dan seorang lagi sumber pakar perpindahan, Fabrizio Romano turut mengesahkan perkara itu.

Sementara itu Mike Veirwij yang merupakan pakar perpindahan Liga Belanda menyatakan bahawa United akhirnya menuruti permintaan harga oleh Ajax iaitu €100 juta.

Namun tidak dapat dipastikan berapakah bayaran asas yang dibuat kerana pakej itu sekali dengan bonus.

Antony merupakan pemain yang diletakkan sebagai senarai bukan untuk dijual. Lebih lebih lagi pemain itu menyatakan bahawa dia sedia untuk kekal di Ajax sebelum ini demi UCL.

Namun Man United tiba tiba menguatkan pemburuan ke atas pemain itu, menjadikannya sebagai senarai keutamaan.

Ianya telah mengubah pendirian Antony. Yang diketahui, menjadi pemain luar biasa selepas dilatih oleh Erik Ten Hag.

Manchester United sebelum ini melancarkan 3 bidaan ke atas Antony dengan angka mencecah €90 juta. Namun kesemuanya ditolak oleh Ajax.

Pengurus Ajax, Schreuder turut menyatakan dia mahu Antony kekal sambil mengingatkan bahawa, hanya orang gila sahaja yang sanggup menukar bola sepak UCL dengan UEL.

Namun Schreuder harus akui bahawa nama Manchester United itu sangat gah untuk menarik mana mana pemain Ajax menyertai mereka.

Antony pada awalnya bukan senarai keutamaan Ten Hag. Namun kegagalan mendapatkan penyerang no.9 membuatkan Ten Hag terdesak mahukan pemain itu. Dan beliau sedia bergantung kepada Marcus Rashford sebagai back up untuk Cristiano Ronaldo dan Antony Martial untuk posisi no.9.

Antony pemain sayap kanan. Dia pastinya pemain yang sangat faham kehendak taktikal Ten Hag. Selain daripada faktor gagal mendapatkan no.9, kegagalan mendapatkan De Jong juga menjadi sebab Ten Hag semakin tinggi keinginan mahukan Antony, kerana pemain itu kunci kepada sistem taktikalnya di Ajax.

Antony sebelum ini sudah mendesak kelab menjualnya. Dan menyatakan bahawa, dia kecewa dengan cara Ajax mengendalikan situasinya. Antony berkata begitu secara terbuka.

Baca yang lain