2 Video Bocor Seludup Cinggey, Foden Insaf & Mohon Kemaafan

Bintang muda Manchester City dan Man United, Phil Foden dan Mason Greenwood meraikan panggilan sulung skuad senior mereka.

Kedua duanya sebelum ini terlibat dalam tugasan berdepan dengan Iceland di mana England menang 1-0 hasil jaringan tunggal Raheem Sterling menerusi sepakan penalti.

Namun keadaannya menjadi agak kontroversi. Ini selepas kedua duanya disingkirkan dari kem England untuk tugasan seterusnya kerana membawa masuk Cinggey secara seludup masuk ke dalam hotel.

Kedua duanya terpaksa dihantar pulang kerana isu disiplin.

Greenwood dan Phil Foden melanggar peraturan kuarantin ketika mewakili pasukan kebangsaan England.

Mereka berdua ditangkap membawa gadis-gadis ke bilik hotel mereka.

Skandal ini menjadi terkenal setelah dua rakaman video tersebut dibocorkan kepada umum.

Salah satu daripada adalah video di mana seorang perempuan menerima panggilan daripada Foden dan Greenwood yang memintanya masuk ke hotel secara rahsia.

Dalam satu lagi video yang diambil oleh salah seorang gadis di bilik hotel, Mason Greenwood dan Phil Foden kelihatan duduk santai sambil masih memakai pakaian pakaian rasmi pasukan bola sepak kebangsaan England.

Apa yang telah mereka lakukan ternyata melanggar peraturan keselamatan di Iceland untuk mencegah penyebaran penyakit.

Para pemain dilaporkan dilarang bertemu dengan orang lain, kecuali ketika mereka mengikuti latihan berkumpulan.

Salah seorang gadis yang tidak disebutkan namanya mengaku kepada DV bahawa dialah yang mengambil video di dalam bilik.

Dia juga mengaku telah menjalin hubungan intim dengan Greenwood atau Foden selama beberapa hari.

“Kami tidak tahu tentang peraturan itu, mereka tidak pernah memberitahu bahawa kami tidak boleh mengambil gambar. Kami telah mengirimkannya kepada mereka [Greenwood dan Foden] agar mereka tahu, tetapi mereka belum membukanya,” kata gadis itu kepada DV.

“Satu perkara yang dapat saya katakan ialah saya telah bercakap dengan salah seorang dari mereka selama beberapa hari sebelumnya. Saya tidak mahu mengatakan siapa itu,” katanya.

Mengenai pelanggaran yang dilakukan oleh Mason Greenwood dan Phil Foden, Persekutuan Bola Sepak Inggeris (FA) belum menjatuhkan sekatan perjalanan terhadap kedua pemain tersebut. Mereka dilaporkan tidak akan dimasukkan dalam kumpulan The Three Lions ketika bertemu Denmark.

Phil Foden kemudian tampil meminta maaf dan menyatakan dia masih muda dan masih belajar.

Foden meminta maaf kepada Gareth Southgate, Staf kejurulatihan, rakan sepasukan, para penyokong dan keluarganya.

Perkara ini sebenarnya menjadi sangat panas sebab isu kuarantin.

Baca yang lain