3 Beradik Khachaturyan Membunuh Ayah Mereka Untuk Menghentikan Keganasan Ke Atas Mereka

Pada 2019, tiga orang adi beradik perempuan telah menikam dan memukul ayah mereka yang sedang tidur sehingga mati di apartmen mereka di Moscow mereka pada Julai 2018.

Penyiasat mengesahkan bahawa bapa itu telah mendera tiga gadis itu secara fizikal dan psikologi selama bertahun-tahun.

Ketiga tiga mereka dituduh melakukan pembunuhan, dan ianya telah menjadi perdebatan besar di Rusia. Lebih dari 300,000 tanda tangan dikumpulkan pada petisyen yang meminta agar mereka dibebaskan.

Apa yang berlaku?

Pada malam 27 Julai 2018, Mikhail Khachaturyan memanggil tiga anak perempuannya, iaitu Krestina, Angelina, dan Maria secara bergantian ke biliknya. Lelaki berusia 57 tahun itu memarahi mereka kerana tidak membersihkan apartmen dengan betul. Dia juga menyemburkan gas lada di wajah mereka.

Tidak lama kemudian, ketika Mikhail sedang tidur, ketiga-tiga gadis muda itu menyerangnya dengan pisau, kepala tukul, dan penyembur lada. Bapa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala, leher dan dada. Dia didapati tidak bernyawa dengan 30 kesan tikaman.

Ketiga-tiga remaja itu kemudian menghubungi polis dan mereka ditangkap di lokasi.

Siasatan kemudian mendapati bahawa terdapat sejarah keganasan yang panjang dalam keluarga. Mikhail secara rutin memukul dan menyeksa anak-anaknya dalam tiga tahun terakhir. Dia juga memenjarakan mereka dan menyeksa mereka secara seksual.

Bukti ini disebut dibawa di dalam pendakwaan. Adik beradik itu juga menunjukkan beberapa kesan keganasan ayah mereka di bahagian fizikal termasuk kemaluan.

Kontroversi undang undang Rusia yang tidak cukup melindungi mangsa keganasan rumah tangga

Kes ini segera menjadi kontroversi di Rusia. Aktivis hak asasi manusia berpendapat bahawa ketiga-tiga gadis itu bukan penjenayah, tetapi menjadi mangsa yang cuba menamatkan penderitaan mereka.

Terutama sekali, kerana tidak ada cara lain untuk mereka meminta pertolongan dan melindungi diri mereka dari ayah mereka yang ganas dan buas.

Namun, di Rusia tidak ada undang-undang yang melindungi mangsa keganasan rumah tangga (KDRT).

Demonstrasi solidariti diadakan di St Petersburg Petersburg, dengan sepanduk bertuliskan: “Kebebasan untuk Adik Beradik Khachaturyan”.

Melalui perubahan undang-undang pada tahun 2017, seorang individu yang memukul anggota keluarga – tetapi tidak membuat mangsa dimasukkan ke hospital – boleh menghadapi denda atau penjara dua minggu.

Polis di Rusia secara amnya menganggap keganasan rumah tangga sebagai “masalah keluarga” dan hampir tidak menolongnya.

Ibu kepada tiga wanita muda juga dipukul oleh Mikhail, dan telah meminta bantuan polis beberapa tahun sebelumnya.

Jiran juga mengadu kepada polis kerana takut akan Mikhail, tetapi tidak ada tanda-tanda bahawa polis telah melakukan apa-apa.

Ibu kepada tiga wanita muda, Aurelia Dunduk, mengatakan Mikhail mengusirnya dari pangsapuri mereka pada tahun 2015.

Ketika pembunuhan itu berlaku, ibu ketiga-tiga remaja itu tidak tinggal bersama mereka. Mikhail melarang mereka bertiga menghubungi ibu mereka.

Menurut penilaian psikiatri, ketiga wanita muda itu hidup dalam keadaan terasing dan mengalami tekanan pasca trauma (PTSD).

Apa yang berlaku semasa siasatan?

Kes ketiga-tiga remaja itu berkembang dengan perlahan. Mereka tidak lagi dalam tahanan, tetapi dikenakan serangkaian sekatan: mereka tidak boleh berhubung atau bercakap di antara satu sama lain dan tidak boleh bercakap dengan wartawan.

Pihak pendakwaan menegaskan bahawa pembunuhan ini dilakukan awal. Ketika ayah tidur, ketiga-tiga remaja itu merancang aksi mereka, mengambil pisau dari pagi pagi lagi.

Menurut pendakwa, motif mereka adalah balas dendam.

Angelina Khachaturyan kemudian menghadiri perbicaraan pada bulan Jun 2019.

Sekiranya didapati bersalah, ketiga-tiga mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara hingga 20 tahun.

Pertuduhan terhadap mereka: Angelina memegang tukul, Maria membawa pisau, dan Krestina dengan semburan lada.

Tetapi peguam mereka mengatakan pembunuhan itu adalah tindakan membela diri.

Undang-undang jenayah Rusia membenarkan pembelaan diri bukan hanya dalam kes serangan langsung, tetapi juga dalam kes-kes “kejahatan berlarutan” seperti pengurungan disertai dengan penyiksaan.

Peguam menegaskan bahawa ketiga-tiga mereka adalah mangsa “jenayah berlarutan” dan mesti dibebaskan segera.

Aktivis hak asasi manusia dan pelbagai pihak di Rusia kini mahu wujud perubahan undang-undang, termasuk mewajibkan pemerintah memberikan perlindungan, perintah penahanan dan kursus untuk menangani tingkah laku agresif.

Salah seorang mangsa keganasan rumah tangga, Margarita Gracheva, yang tangannya dipotong oleh suaminya kerana cemburu, telah banyak membincangkan mengenai isu berkaitan.

Laporan di Rusia menyatakan bahawa sekitar 80% wanita di penjara Rusia berada dalam kes pembunuhan yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga atau mempertahankan diri.

Walaubagaimanapun, terdapat reaksi balas terhadap tiga remaja yang berasal dari kalangan konservatif Rusia.

Namun ada juga aktivis yang meminta ketiga tiga mereka harus dihukum mati.

Pada awal tahun ini, mahkamah Rusia mengesahkan bahawa mereka sudah memilih juri untuk mendengar perbicaraan kes tersebut.

Kes tersebut sepatutnya sudah dibicarakan pada tahun ini pada Ogos dan Oktober, namun dianjak ke 2 Disember kerana dua plaintif sakit, dan kemudian dijangkiti wabak k0r0na virus.

Mahkamah di Moscow bersidang pada 3 Ogos untuk mendakwa 2 daripada 3 adik beradik dengan sistem juri. Prosedur ini dibenarkan di Rusia untuk kes jenayah berat.

Aktivis hak asasi manusia dan gereja Ortodok di Rusia adalah antara dua organisasi yang terus menyokong adik beradik ini.

Maria Khachaturyan, yang baru berusia 17 tahun ketika kejadian, dibicarakan berasingan, kerana pakar mengesahkan bahawa terdapat tanda tanda ketidakstabilan mental. Dia perlu menjalani terapi psikologi.

Kes ini masih lagi belum menemui kata putus di mahkamah. Ramai yang menjangkakan ketiga tiga adik beradik ini tetap akan dihukum walaupun mungkin boleh mengelak hukuman mati sekalipun.

Tetapi para pejuang hak asasi mendesak Rusia untuk membebaskan mereka yang merupakan mangsa keganasan.

Baca yang lain