3 Calon Pengganti Tuchel, Graham Potter Calon Utama Dan Sudah Dirisik

Kini ada 3 calon pengganti Tuchel. Ianya selepas Thomas Tuchel sudah pun rasmi diceraikan oleh Chelsea. Pengurus asal Jerman itu dipecat selepas menelan 1 lagi kekalahan musim ini. Kali ini dalam aksi pembukaan menentang Dinamo Zagreb.

BACA JUGA ARTIKEL:

Ramai yang menganggap tindakan itu agak mengejutkan memandangkan Tuchel masih baru beberapa perlawanan dalam usahanya mencampur adukkan pemain pemain baharu dia beli dengan pemain yang sedia ada.

Tuchel sudah diberikan sokongan dana hampir GBP300 juta untuk dibelanjakan pada jendela perpindahan lalu. Mungkin itu juga salah satu sebabnya kenapa dia dipecat, kerana pemilik tidak rasa skuad Chelsea yang ada ini telah banyak berubah walaupun sudah sudah berbelanja sebanyak itu.

Chelsea dalam kenyataan mereka sudah berikrar akan melantik pengurus baharu dengan segera. Dan berikut 3 calon pengganti Tuchel.

3 calon pengganti Tuchel

1. Graham Potter

Dilaporkan sebagai calon utama pada ketika ini. Chelsea malah dilaporkan akan menghubungi Brighton untuk menanyakan kemungkinan untuk mendapatkan pengurus mereka itu.

Graham Potter dianggap pengurus Inggeris terbaik di EPL pada ketika ini. Membina skuad Brighton yang mampu bermain bola sepak menarik walaupun tidak memiliki ramai bintang berkelas dunia.

Walaupun kehilangan beberapa pemain penting mereka pada jendela perpindahan lalu, Graham Potter tidak menunjukkan pasukannya ada sebarang masalah.

Dalam beberapa musim kebelakangan ini Brighton berjaya merekrut pemain berkualiti. Pemain pemain ini dibangunkan menjadi pemain yang bernilai jauh lebih tinggi. Misalnya Bissoume yang berjaya dijual dengan nilai £25 juta.

Dari segi taktikal, dia menggemari permainan high pressing dan juga permainan bola sepak dengan hantaran pendek. Chelsea benar benar serius mahukan Potter pada ketika ini.

Chelsea sedia membayar pampasan kontrak pengurus itu.

2. Mauricio Pochettino

Pengurus yang telah dipecat oleh Mbappe, ehhh PSG pada musim panas lalu. Pengurus yang memiliki profil taktikal yang sangat baik.

Thomas Tuchel (R) and Tottenham’s head coach Mauricio Pochettino

Dia sentiasa menjadi rebutan banyak kelab besar setiap kali tersedia untuk ditandatangani.

Dia memiliki rumah di London dan keluarganya menetap di sana. Jadi, tawaran dari Chelsea mungkin sukar untuk ditolak Pochettino jika kelab itu benar benar serius.

Sebelum ini dia pernah meminta Manchester United memberikannya jawatan tetap untuk dia meninggalkan PSG. Kerana dia benar benar sukakan bola sepak Inggeris.

Namun ketika itu Man United berkeras hanya mahukan interim, dan melantik Ralf Ragnick.

Dikenali dengan kepimpinannya dan ketegasannya dalam pembentukan DNA taktikal yang dia mahukan.

3. Zinedine Zidane

Todd Boehly turut mempertimbangkan nama Zinedine Zidane dalam senarai mereka. Pengurus yang sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia masih mahu berehat.

Ramai yang percaya dia hanya akan memutuskan sama ada akan kembali ke pengurusan kelab selepas tamat Piala Dunia 2022, kerana mahu melihat di mana kedudukan Didier Deschamps selepas itu.

Zidane masih mengutamakan pengurus pasukan Perancis sebagai jawatan sasarannya.

Namun jika Todd Boehly boleh meyakinkan Zizou, dia sudah pasti akan menjadi pengurus yang digemari peminat kerana catatan rekodnya yang baik terutama sekali di UCL.

Dari segi taktikal, dia mungkin sangat sesuai menguruskan skuad Chelsea yang sedia ada. Di mana pasukan tersebut menandatangani ramai pemain pertahanan berkualiti. Zidane agak pragmatik dalam taktikal berbanding Pochettino.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu