3 Gol Padu Kekalkan Trofi Sumbangsih Di JDT 5 Tahun Straight, Forestieri Buka Akaun Gol Pada Debut

JDT melayan kunjungan KL City dalam aksi Piala Sumbangsih yang pertama kalinya menggunakan format baharu.

Ternyata JDT terlalu bagus untuk KL City malam ini. Di mana mereka mencetak 3 gol tanpa balas.

KL City sangat hambar aksi mereka pada separuh masa pertama. Namun lebih baik pada separuh masa kedua walaupun ianya bukan aksi terbaik daripada mereka.

JDT mendahului seawal minit ke-26 menerusi tandukan Nazmi Faiz Mansor. Gol tersebut berpunca daripada kelicikan dan ketepatan hantara Arif Aiman dari sebelah kanan.

Nazmi yang tidak dikawal melakukan standing header yang terus menewaskan Kevin Mendoza.

Tidak lama selepas itu, pemain debutant, Fernando Forestieri menjaringkan gol kedua JDT sebagai salam perkenalan kepada kancah Liga Malaysia.

Ianya bermula daripada permainan kombinasi kemas dan kemudian Foriestieri mencipta ruang untuk diri sendiri dengan acahan ringkas, sebelum melepaskan bidikan tepat.

JDT tidak memberikan peluang langsung kepada KL City untuk bangkit dan mendapatkan rentak mereka. Di mana JDT berterusan menguasai bola dan menyerang ke kubu KL City.

Separuh masa pertama berakhir dengan 2-0.

Berssambung babak kedua, KL City bermain dengan lebih baik daripada separuh masa pertama – di mana mereka banyak kali shut down.

Namun KL City sukar mencipta peluang gol. JDT pula kelihatan agar mengendurkan intensiti mereka. Tetapi JDT berjaya memanipulasi kesilapan lawan yang melakukan clearance yang teruk.

Afiq Fazail menampan bola dan terus melakukan voli cantik menewaskan Kevin Mendoza. Afiq Fazail yang baru dimasukkan terus memberikan impak menjaringkan gol yang mematikan perlawanan secara mutlak.

Tamat perlawanan, JDT 3 KL City 0.

JDT meneruskan kecemerlangan mereka dalam aksi Sumbangsih. Dengan kejuaraan kelima berturut turut.

JDT menjuarai 7 Piala Sumbangsih dalam 8 musim terakhir. Hanya Kedah sahaja mencelah di sebalik monopoli mereka.

Secara keseluruhan, JDT kini dibezakan hanya 1 trofi Sumbangsih berbanding Selangor (8 kejuaraan) dalam sejarah piala tersebut.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali