4 Inventor Yang Menyesal Dengan Ciptaaan Mereka

Dalam sejarah ketamadunan manusia, nama empat tokoh ini dianggap sebagai pencipta ataupun inventor yang paling berpengaruh di dunia.

Namun 4 tokoh ini menyesali ciptaan mereka sehingga ke akhir hayat mereka selepas melihat kesannya kepada manusia lain.

Mereka telah menjadi tokoh berpengaruh dalam biding fizik, biologi dan pertahanan.

1. J. Robert Oppenheimer – Bom Atom

Robert Oppenheimer mencipta salah satu senjata pemusnah paling dahsyat dalam sejarah kemanusiaan. Dia mencipta bom atom. Projek itu digelar Projek Manhattan ketika Perang Dunia Kedua.

Bom atom juga digelar senjata nuklear. Oppenheimer menghasilkan ciptaan itu ketika menjawat jawatan Pengarah di Los Alamos. Oleh kerana ciptaannya itu, dia digelar sebagai bapa bom atom.

Oppenheimer mendedahkan Amerika Syarikat ketika itu sangat bersemangat mencipta bom atom selepas menerima sepucuk surat daripada Albert Einstein kepada Presiden AS Franklin Roosevelt, yang mengingatkan kemungkinan munculnya bencana kemanusiaan jika NAZI berjaya mengembangkan dan membuat bom atom.

Lalu AS membina projek bom atom mereka sendiri di Manhattan diketuai oleh Oppenheimer yang memiliki ilmu tentang bom atom dengan sangat luar biasa.

Ketika sesi ujian bom atom di Mexico, Oppenheimer berbangga menyatakan bahawa kini tanggannya mengawal dunia dan boleh menjadi penghancur dunia.

Ketika perang dunia kedua, AS menggunakan bom atom ciptaan Oppenheimer untuk mengebom Jepun di dua tempat utama iaitu Nagasaki dan Hiroshima.

Angka korban dikatakan mencecah 226 ribu orang. Membuatkan Oppenheimer sangat menyesal dengan ciptaannya dan meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Laboratorium Los Alamos.

Oppenheimer kemudian bertugas di Jawatankuasa Tenaga Atom AS yang bertindak mengawal salah guna tenaga atom dan menggalakkan penggunannya pada sektor yang lebih bermanfaat.

Ketika bertemu dengan Presiden AS Harry S. Truman pada 1945, Oppenheimer memberitahu bahawa kini tangannya berlumuran darah dan dia sangat menyesal.

2. Mikhail Kalashnikov – AK-47

Dianggap sebagai salah satu raifal paling bahaya dan kuat di dunia. Ianya dihasilkan oleh Mikhail Kalashnikov.

AK-47 merupakan rifle semi automatik dan dianggap paling popular di dunia ketika ini. Terutama sekali selepas pemimpin Al Qaeda, Osama Bin Laden yang menjadikan AK-47 sebagai senjata utamanya.

Mikhail awalnya mahu mencipta raifal yang sederhana dan digunakan untuk mempertahankan diri. Namun tidak disangka sangka dia sebenarnya telah mencipa raifal yang berkuasa tinggi.

Rusia yang ketika itu digelar Soviet Union telah mengetahui tentang kewujudan AK-47 itu dan menjadikannya senjata utama mereka untuk menyerang negara lain.

Selain itu AK-47 juga menjadi senjata yang paling banyak digunakan dalam revolusi dan perang di beberapa negara di dunia termasuk di Angola, Vietnam, dan Afghanistan.

AK-47 telah mengorbankan banyak nyawa. Lalu Mikhail mengakui dia sangat menyesal dengan penemuannya itu.

Mikhail akhirnya membuat pengakuan di hadapan gereja / confession.

“Saya tak boleh tidur nyenyak. Saya merasakan penyekesaan secara spiritual yang menyakitkan. Luka spiritual itu sangat menyakitkan.”

“Saya sentiasa bertanya kepada diri saya, adakah senapang yang saya cipta itu membuatkan saya sengsara sebegini. Sebagai seorang Kristian Ortodoks apakah saya juga adalah penyebab kematian mereka,” tulis Kalashnikov kepada sebuah gereja Ortodoks di Rusia.

3. Alfred Nobel – dinamit

Aflred Nobel dianggap sebagai salah seorang tokoh paling penting dalam sejarah kemanusiaan. Kerana seringkali mempromosi ilmu pengetahuan dan cintakan kedamaian. Dia seringkali menghasilkan sesuatu yang memberikan manfaat kepada manusia sejagat.

Sehinggakan namanya diabadikan dalam anugerah yang digelar Anugerah Nobel – bagi menghargai manusia yang mencipta sesuatu yang memberikan manfaat kepada dunia.

Nobel memiliki 355 paten daripada ciptaannya. Namun salah satu ciptaannya yang dia paling kesali adalah dinamit yang dipatenkan pada 1867.

Pada 1866, Nobel mengembangkan ciptaan bahan peledak dengan mencampurkan nitrogliserin dengan bahan kimia yang lain. Selain dinamit, Nobel turut menemui detonator untuk mengawal dinamit tersebut.

Sebelum ini sangat sukar untuk mengawal bahan peledak. Dan sekarang Nobel mencipta inovasi di mana manusia boleh mengawalnya.

Perkembangan industri dan pembinaan membuatkan dinamit menjadi sangat popular. Dan ianya menjadi ciptaan yang memberikan kekayaan kepada Nobel.

Malangnya, dinamit mulai disalah guna. Ini apabila manusia mulai menjadikannya peralatan ketenteraan dan perperangan. Ianya telah membuatkan ramai terkorban kerana dinamit.

Sebelum kematiannya, Nobel seringkali menceritakan kekesalannya di atas kerosakan yang berpunca daripada dinamit. Walaupun niat sebenar Nobel adalah untuk membantu memudahkan kerja kerja industri pembinaan.

Nobel kemudian mewasiatkan agar hartanya digunakan untuk mendirikan yayasan yang boleh membantu manusia lain di seluruh dunia.

4. Arthur Galston – Agent Orange

Arthur Galston juga sama sepert Alfred Nobel. Dia sama sekali tidak menyangka ciptaannya akan digunakan untuk perperangan,

Ciptaannya dikenali sebagai agent orange. Dia menghasilkan asam triiodobenzoic yang boleh membantu menggalakkan pertumbuhan tanaman kacang

Galston bereksperimen dengan asam triiodobenzoic yang bisa dimanfaatkan untuk mendorong pertumbuhan tanaman kacang dalam industri pertanian.

Tetapi jika digunakan secara berlebihan ianya akan membuatkan daun dan pokok tanaman mati.

Namun ciptaannya, asam triiodobenzoic telah disalah guna. Kerana agent orange ini mulai menjadi senjata perperangan.

Bagaimana?

Dalam perang Vietnam, tentera AS telah menggunakan  20 juta agent orange ini untuk merosakkan tanaman dan tempat persembunyian tentera Viet Cong. Ini kerana gas ini juga memudaratkan kesihatan manusia jika digunakan berlebihan kerana adanya unsur dioksin, polutan.

Ianya mampu kekal di sesuatu tempat itu untuk tempoh yang lama, membawa kepada risiko seperti kanser, kecacatan bayi, masalah bayi dalam kandungan, masalah ketidaksuburan dan menganggung sistem saraf serta antibodi manusia.

Gaston tidak gembira apabila ciptaannya disalah guna. Lalu dia menulis surat kepada presiden AS agar mengkaji penggunaan agent orange dalam ketenteraan. Lalu, Presiden AS ketika itu, Richard Nixon, mengarahkan penghentian penggunaaan agent orange.

Gaston berkata: “Sains itu bukan untuk memudaratkan manusia lain. Sains sebenar adalah bidang yang digunakan untuk meningkatkan kehidupan manusia, bukannya untuk menghancurkan manusia.”

“Dan penggunaan agent orange sebagai senjata ketenteraan adalah sangat tidak boleh diterima. Ini adalah salah satu contoh penyalahgunaan sains.”

Sumber BBC

 

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.