4 Lelaki Guna Topeng Salah Untuk Buat Benda Salah

Empat lelaki telah ditangkap di Kaherah kerana merompak sebuah kedai. Ketika merompak, mereka menggunakan topeng wajah penyerang Liverpool – Mo Salah – sebagai penyamaran dan melindungi identiti merekla ketika merompak kedai tersebut.

4 perompak tersebut bersenjatakan senapang dan juga membawa beberapa perkakas termasuk pengumpil.

Mohammed Salah merupakan ikon bola sepak dunia yang juga berasal dari Mesir, dari tempat asal kesemua perompak tersebut. Tergamak juga mereka menggunakan wajah Salah untuk buat benda yang salah di sisi undang undang.

Mo Salah adalah bintang sukan Mesir paling berpengaruh di dunia [pada hari ini. Mo Salah juga pemain utama pasukan kebangsaan negaranya dengan 41 gol dalam 67 perlawanan untuk negaranya.

Reputasi beliau semakin meningkat sejak berpindah ke Liverpool pada tahun 2017. Beliau sudah membantu kelabnya menjuarai UCL dan penalti dramatiknya membantu Mesir mara ke Piala Dunia 2018.

Berbalik kepada kes rompakan kedai tadi. Keempat empat lelaki tersebut cuba untuk merompak sebuah kedai yang terletak di Jalan Hassanein Heikal di kejiranan Kota Nasr di ibu negara Mesir.

Namun usaha mereka gagal apabila didatangani pasukan keselamatan.

Kesemua perompak itu bertempiaran melarikan diri. Dan sejurus selepas itu kesemua mereka ditahan dan disumbat ke dalam lokap.

Menurut laporan, kumpulan ini memang bergiat aktif dalam melakukan benda benda salah dan terkutuk ini. Mereka sudah merompak di beberapa buah kedai di sekitar Kaherah.

Mereka merupakan kumpulan perompak yang sangat bahaya dan tidak teragak agak untuk mencederakan mangsa mereka.

Salah sedia merompak

Mo Salah kini sedang bersiap sedia untuk ‘merompak’ mahkota kejuaraan Inggeris pula setelah membantu Liverpool berada 25 mata di atas liga.

EPL dijangka akan bersambung semula pada bulan hadapan.

Baru baru ini bekas jurulatih Mo Salah mendedahkan pemain itu hampir menyertai Real Madrid dan sudah berbincang dengan ketua jurulatih kebangsaan Mesir.

Namun perkara itu dinafikan sekerasnya oleh ejen Mo Salah iaitu Ramzy yang menyatakan kenyataan itu sebagai tidak berasas. Di mana Mo Salah tidak pernah membincangkan isu masa depannya dengan jurulatih kebangsaaan.

Mo Salah turut memberikan reaksi emoji gelak sebelum ini apabila di instagram ada sebuah portal sukan terkemukan bertanya: ‘Kekal atau Jual’.

Ini selepas Salah dikaitkan dengan usaha untuk keluar dari Liverpool. Ternyata buat masa ini Salah gembira di Liverpool.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan