5 Fakta Daripada Kekalahan City Di Tangan Lyon

Olympique Lyon mencipta salah satu sejarah penting dalam kelab mereka setelah sekian lama.

Ini apabila mereka mara ke separuh akhir UCL dengan menewaskan Man City dalam aksi separuh akhir.

Dua gol daripada Moussa Dembele dan satu gol daripada Maxwell Cornet membantu Lyon menang 3-1 ke atas pasukan pilihan, Man City.

Gol saguhati Man City pula dijaringkan oleh Kevin De Bruyne.

Berikut adalah 5 fakta dan statistik yang menarik untuk korang hayati sambil minum kopi.

1. Pep Guardiola dan Man City terus memburu

Pep Guardiola terus gagal memenangi UCL. Dan of course la City pun terus gagal.

Dalam 7 tahun terakhir Pep Guardiola, beliau tersekat 3 kali di semifinal – kesemuanya bersama Bayern.

Dan bersama City beliau tersekat di suku akhir dalam 3 musim berturut turut.

Manchester City sudah beberapa musim meletakkan UCL sebagai keutamaan dan ianya masih gagal dibawa pulang.

Dengan ini perjuangan Man City musim ini berakhir dan mereka hanya menang 1 piala domestik.

Ditanya tentang komen beliau di atas penyingkiran kali ini, De Bruyne berkata: “Tahun berbeza, benda yang sama.”

2. Lyon ke separuh akhir pertama kali selepas sedekad

Kali terakhir Lyon ke separuh akhir UCL adalah menerusi pasukan mereka sedekad yang lalu pada 2009/10.

Dan hari ini Lyon mencipta sejarah untuk layak sekali lagi ke separuh akhir dengan menyingkirkan Manchester City.

Lawan mereka di separuh akhir adalah Bayern Munich. Sebelum ini Lyon juga menyingkirkan juara Serie A Juventus.

Disiplin berpasukan yang tinggi oleh Lyon membuatkan mereka berjaya mengatasi rintangan berliku.

3. Kesilapan individu Man City

Manchester City berdepan dengan masalah defensive dan keeper error yang serius dalam perlawanan.

Selain itu Raheem Sterling turut melakukan satu big miss di depan gol yang terbuka. Impaknya sangat besar.

Kerana dalam situasi tersebut, City boleh menyamakan kedudukan 2-2.

Namun sebaliknya serangan Lyon selepas kesilapan itu menghasilkan gol ketiga.

Ianya kerana keeper error oleh Ederson yang termuntah bola dari tangannya.

Pada gol kedua pula, Eric Garcia terjatuh dan tidak dapat mengejar Dembele.

4. Cornet dan Dembele

Dua nama ini terus menghantui Man City. Musim lalu mereka menjaringkan gol dalam pertemuan berdepan City di UCL.

Musim ini dua nama ini sekali lagi dalam senarai penjaring untuk menghancurkan Man City.

Memang dua pemain ini menjadi mimpi ngeri Man City dan Pep Guardiola.

5. Sejarah tercipta

Ini adalah pertama kali 2 kelab Perancis berada di separuh akhir Liga Juara Juara Eropah selepas PSG mengesahkan kemaraan mereka lebih awal sebelum ini.

Dan sejak 1995/96 – inilah pertama kalinya separuh akhir UCL tanpa wakil dari England atau Sepanyol.

Dan pertama kalinya sejak 2005/06 tiada nama Messi atau Ronaldo di separuh akhir UCL.

Baca yang lain