5 Fakta Kekalahan Arsenal Di Tangan Spurs, Tertutupnya Pintu UCL

Derbi London Utara semalam menyaksikan kemenangan buat skuad Jose Mourinho yang bangkit daripada ketinggalan.

Arsenal terlebih dahulu di hadapan dengan gol cantik daripada Lacazette. Namun gol itu hanya bertahan sekejap je, kerana Son Heung Min terus membalasnya selepas kesilapan Sead Kolasinac yang cuai melakukan hantaran ke belakang kepada David Luiz.

Gol kemenangan Spurs dijaringkan oleh Toby Alderweireld menerusi flick header yang cantik.

Berikut 5 perkara daripada game ini kepada Arsenal.

1. Derbi London Utara Mr Arteta

Ini adalah derbi London Utara yang pertama buat Mikel Arteta, dan ianya berakhir dengan kekalahan 2-1.

Sebagai tambahan ini juga pertembungan pertama Arteta dengan bekas gurunya di La Masia, Jose Mourinho.

Arteta menyatakan beliau sangat kecewa kerana pasukan tidak mampu memberikan keceriaan kepada peminat dan pada masa yang sama memahami betapa pentingnya perlawanan ini.

Penting untuk maruah dan juga aspirasi ke Eropah – paling realistik Europa League.

2. Keciciran mata lagi

Secara keseluruhannya Arsenal musim ini sudah 23 kali keciciran mata. Dengan 14 seri dan sembilan kekalahan.

Ini bukan tipikal keputusan yang diperlukan untuk mengejar slot ke Eropah. Arsenal berdepan dengan banyak masalah dan konflik pada musim ini, sama ada di atas padang dan di luar padang.

Mereka memecat pengurus hanya beberapa bulan selepas liga bermula.

Arsenal turut gagal menggunakan khidmat pemain paling mahal mereka, Mesut Ozil yang masih disisihkan atas pelbagai sebab.

3. Nicolas Pepe yang overplayed

Salah seorang pemain yang lincah dan seringkali menerima bola. Namun apabila bola di kakinya dia akan menggentel sampai lupa dunia.

Tidak kata dia pemain yang tidak bagus. Namun ketidaksegeraan (no urgency) yang ada padanya membuatkan permainannya tidak melekat dengan pemain lain di atas padang.

Beliau kemudian dikeluarkan dan digantikan dengan Bukayo Saka.

4. Tiada UCL sekali lagi

Boleh dikatakan Arsenal sudah tidak akan layak ke UCL. Mereka dibezakan dengan 9 mata daripada Leicester di tangga keempat. Namun GD yang ada pada Leicester sangat jauh iaitu 29 berbanding 7 oleh Arsenal.

Jika Man United menang selepas ini, ia akan mengesahkan secara rasmi kegagalan Arsenal. Cuma masa ini ianya secara matematik sudah tertutup buat Arsenal.

Ini bermakna Arsenal akan terlepas UCL buat kali keempat. Dan ia akan memberikan impak kepada kontrak pemain mereka. Pasti Arsenal perlu menawarkan pakej tambahan untuk memastikan key players mereka kekal.

Sasaran paling realistiik, seperti yang saya katakan di atas adalah Liga Europa. Jangan pula terlepas yang ini. Ye dok?

5. Pertahanan Arsenal

Arsenal musim ini melepaskan 44 gol kepada pasukan lawan. Menjadikan mereka antara 4 pasukan dari kalangan 10 teratas yang bocor lebih 40 gol.

Ternyata percaturan Arteta meletakkan back 3 dengan David Luiz, Mustafi dan Kolasinac bukan idea yang sangat baik.

Mujur Emi Martinez cemerlang semalam dengan menafikan percubaan satu lawan satu oleh Harry Kane dan Son Heung Min.

Baca yang lain