5 Fakta Tentang β€˜Birthday Girl’ Yoona Girl Generation

Im Yoon-ah, yang lebih dikenali sebagai Yoona, adalah satu nama besar dan legenda dari Korea Selatan.

Pelakon dan penyanyi ini telah menjadi tumpuan dunia dalam arena hiburan sejak debut lakonannya lebih dari 15 tahun yang lalu; kini dia menjadi perhatian utama ketika kesuksesan Girls-Generation yang merupakan sensasi K-pop.

Beliau adalah wajah utama untuk Girl Generation / SNSD.

Pada 30 Mei 2020, maka genaplah usia Yoona 30 tahun.

Jadi, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diketahui mengenai salah satu bintang paling berpengaruh di Asia-Pasifik.

1. 200 kali depan skrin sebelum berjaya di Kpop

Sebelum berjaya dengan Girls β€˜Generation, Yoona tampil di skrin lebih dari 200 kali dalam iklan, drama, filem dan video muzik.

Menurut laman web K-pop Soompi, banyak kegagalannya telah dijadikannya pengajaran dalam hidupnya.

Yoona pernah menyatakan: β€œMemiliki keyakinan itu penting. Walaupun anda tidak mahir dalam sesuatu, jika anda mendekatinya dengan yakin, itu akan menjadi pengalaman yang baik.”

2. Dia adalah seorang pembuat roti profesional

Walaupun sebahagian besar daripada kita ketika lockdown, menghabiskan masa bermalasan atas sofa, menonton Netflix dan membawang di Facebook, Yoona pula menyibukkan dirinya membuat roti seperti roti pizza yang kelihatan artistik ini.

Kek paunya yuzu pound mendapat lebih daripada 500,000 likes! Yoona melakukannya seorang diri dan dia memang seorang pembuat roti profesional.

3. Lepas ni jadi wartawan

Kita semua telah melihat bintang bernama Yoona dalam drama seperti The K2 dan The King In Love, serta filem seperti Exit dan Goodbye Ani.

Namun para peminat pastinya gembira kerana tidak perlu menunggu lama untuk melihatnya kembali beraksi.

Pada 25 Mac, JTBC mengesahkan bahawa Yoona adalah pelakon utama yang akan melakonkan wartawan dalam drama dengan tajuk karya Hush.

4. Dia ingin mencuba perkara baru pada usia 30-an

Menurut kalendar Korea, Yoona sebenarnya sudah berusia 30 tahun pada tahun lalu.

Ketika ditanya mengenai rancangannya untuk dekad berikutnya dalam hidupnya, dia menyatakan keinginannya untuk mencuba perkara baru.

Dalam temu bual dengan Soompi, dia berkata, β€œSaya mahu ini adalah masa di mana saya dapat melakukan banyak perkara yang ingin saya lakukan dan berharap saya akan mempunyai tenaga yang konsisten yang membolehkan saya melakukannya.”

Perkara pertama dalam senarainya? Yoona baru sahaja lulus ujian bahasa Cina.

5. Cantik dan baik hati

Selain mempunyai banyak bakat, Yoona juga seorang yang baik hati. Di kalangan artis Kpop baharu beliau sangat disenangi.

Beliau turut melakukan cover untuk tarian beberapa artis terutama sekali artis baharu walaupun bukan di bawah label syarikat SNSD – yang secara tak langsung telah menaikkan lagi keyakinan artis baharu.

Pada Februari lalu, dia menyumbang 100 juta won (RM353,000) kepada Community Chest of Korea. Wangnya yang diperoleh dengan susah payah digunakan untuk membeli pembersih tangan dan topeng untuk pekerja penjagaan kesihatan / barisan hadapan semasa krisis koronavirus.

Rujukan: SCMP