5 Kumpulan K-Pop Wanita Paling Padu Tahun Ini

Berikut adalah senarai 5 kumpulan K-pop wanita yang paling padu pada tahun ini.

1. Blackpink

Ratu K-pop untuk 2020 setakat ini adalah Blackpink. Kumpulan yang aktif sejak 2016 sehingga kini. Mereka terdiri daripada anak muda harapan bangsa Korea dan Siam iaitu Jisoo, Jennie, Rosé da Lisa Manoban.

Blackpink menempah kejayaan global termasuk berkolaborasi dengan artis seperti Dua Lipa dan terbaru Lady Gaga.

2. Twice

Twice boleh dianggap sebagai rival utama kepada Blacpink. Mereka sudah tertubuh sejak 2015 lagi.

Terdiri daripada Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung, dan Tzuyu. Twice juga kerapkali dianggap new/next “Nation’s Girl Group”.

3. Red Velvet

Mereka boleh dikira sudah lama bertapak, sejak 2015. Twice merupakan antara kumpulan Kpop yang mementingkan kualiti berbanding benda lain.

Mereka kumpulan yang unik dengan menggunakan dua sisi berbeza. Itu yang digambarkan dengan Red Velvet. Red adalah mewakili pop dan Velvet mewakili konsep jazz dan hip hop.

Kumpulan ini terdiri daripada Irene, Seulgi, Wendy, Joy,  dan Yeri. Vokal pun sedap.

4. Everglow

Kumpulan yang terdiri daripada Aisha, Sihyeon, E: U, Onda, Yiren dan Mia. Kumpulan ini baru ditubuhkan pada awal 2019.

Kumpulan ini cuba mengketengahkan konsep di mana setiap ahli kumpulan akan diberikan peluang untuk menyerlah dengan peranan masing masing dalam kumpulan.

Album EP mereka adalah: ‘Arrival of Everglow’.

5. GFriend

Kumpulan 6 orang anak muda yang terdiri daripada Sowon, Yerin, Eunha, Yuju, SinB, dan Umji. Aktif sejak 2015 lagi dan sehingga kini.

Album paling laris mereka adalah ‘Awakening’ yang menampilkan lagu ‘kiler’ ‘Fingertip’.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di