5 Pemain Terbaik JDT 2020

JDT sekali lagi menjuara Liga Super, ia merupakan kejuaraan ke-7 secara berturut-turut dilakarkan oleh mereka sejak 2014. Pasukan ini merekod 9 kemenangan dan 2 seri dalam 11 perlawanan liga yang dilangsungkan musim ini. Hanya Felda United dan Petaling Jaya City mampu mengelak kekalahan ketika berdepan skuad Benjamin Mora ini.

JDT tidak membawa masuk ramai pemain baharu bagi menghadapai musim baru. Hanya menandatangani Matthew Davies dari Pahang bagi menggantikan Kunanlan Subramaniam yang memasuki usia 34 tahun pada September lepas. Kunanlan telah bersama JDT selama 6 musim dan mungkin masanya hampir tiba.

Davies mengambil alih peranan utama di pertahanan kanan apabila tampil 7 kali di liga dan 1 kali di Piala Malaysia. Sementara itu Kunanlan bermain 3 kali di liga dan tanggungjawab Liga Juara Asia tergalas dibahunya.

3 PEMAIN TEMPATAN TERBAIK

Walaupun usia Farizal Marlias sudah menjangkau 34 tahun namun pemain ini masih diberi kepercayaan menjadi penjaga gol utama JDT. Tempatnya hanya dicabar kuat pada musim 2016 dan 2017 oleh Izham Tarmizi Roslan. Selepas itu Farizal terus dominan sejak 3 musim lepas.

Farizal bermain dalam kesemua perlawanan musim ini dan hanya melepaskan 1 penampilan kepada Izham dalam perlawanan Piala Malaysia lepas. Pemain kelahiran Pahang ini merekod 5 ‘clean sheet’ ketika menewaskan Kedah (1-0), PDRM (1-0), Perak (7-0), TFC (1-0) dan Melaka (5-0). Ternyata ‘clean sheet’ tersebut membawa makna besar di 3 perlawanan yang menyaksikan mereka menang 1-0.

Seperti Farizal, Lavere Corbin On menguasai posisinya sejak 2018 selepas JDT membawa masuk dari Go Ahead Eagles. Fazly Mazlan kehilangan tempat dan pada musim ini dia dipinjamkan ke Pahang untuk merasai pentas Liga Super.

Sepanjang 3 musim Corbin On berada di JDT dia tampil 50 kali dari 55 perlawanan liga. 2 darinya terpaksa diketepikan kerana menjalani penggantungkan dan 3 kali diketepikan selepas JDT sudah menjuarai liga pada musim 2019.

Apa yang boleh diperkatakan tentang Afiq Fazail? Seorang nadi JDT yang jarang mendapat tumpuan media dan buah mulut peminat tanah air.

Afiq bersama Syafiq Rahim dan Amirulhadi mengemudi JDT menjuarai liga musim 2017, hilang tempat pada musim seterusnya apabila JDT kerap menggunakan gandingan Naxto Insa-Haris Harun-Fernando Elizari. Namun pemain berusia 26 tahun ini kembali menjadi pemain utama musim 2019 bersama Haris dan Leandro Velazquez.

Musim ini dia tampil dalam kesemua 14 perlawanan JDT. 12 darinya bermula di kesebelasan utama. Afiq juga mempunyai 1 jaringan, jaringan itu berlaku ketika mereka membelasah Perak 7-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada 4 September lepas.

*Farizal Marlias, Lavere Corbin On, Afiq Fazail

1 PEMAIN IMPORT TERBAIK

Berakhirnya era Pereyra Diaz melihat era Gonzalo Cabrera bermula. Pemain ini menyertai JDT pada musim 2017 dari kelab Al Faisaly. Pemain Argentina ini sentiasa menyumbang gol yang banyak kepada JDT saban musim.

Pada musim ini sahaja dia merekod 7 gol liga, tidak lupa jaringan penalti ketika bertemu Samsung Bluewings di Liga Juara Asia memberi kenangan manis kepada pasukannya. Musim pertamanya (2017) di JDT, Cabrera mencacat 10 gol liga, seterusnya 9 gol (2018) dan 10 gol (2019).

Musim ini dia adalah penjaring terbanyak bersama Safawi Rashid pasukan mengatasi Diogo.

*Gonzalo Cabrerra

3 PEMAIN MUDA, RAMADHAN PALING MENONJOL

JDT memberi ruang kepada pemain mudanya apabila menyenaraikan 3 nama dalam skuad utamanya. Ramadhan Saifullah mendahului senarai tersebut. Penyarang sayap ini telah diberi debut pertama bersama skuad senior pada musim lepas. Peluang itu diperolehi pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Bakatnya dikembangkan lagi pada musim ini apabila muncul 8 kali, 3 darinya di kesebelasan utama. Lebih membanggakan dia menjaringkan 4 gol. Sementara itu Arif Aiman Hanafi dan Feroz Baharuddin perlu menunggu musim depan.

*Ramadhan Saifullah

LAIN-LAIN: SAFAWI RASHID KE PORTIMONENSE

Sebelum pemain kelahiran Terengganu ini terbang ke Portimonense, dia menampilkan ketajaman luar biasa. Safawi hanya memerlukan 5 perlawanan untuk mencetak 7 gol. Ia dijaringan secara berturut-turut. Pemain ini juga boleh diletakan sebagai pemain terbaik JDT 2020 namun tahapnya sudah berbeza apabila berani mencuba nasib ke eropah. Kes istimewa.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang