5 Perkara Arsenal Yang Harus Perbaiki Untuk Menjadi Juara EPL

Arsenal ketika ini mengalami 2 kekalahan berturut turut dalam pertemuan derbi mereka. Dan ketika ini ada 5 perkara yang jelas harus diperbaiki Arsenal.

1. Bertahan bola mati

Arsenal jelas sekali ada masalah dalam sistem bertahan berdepan bola mati terutama sekali sepakan penjuru. Mereka bolos 4 gol daripada sepakan percuma dalam 6 perlawanan terakhir mereka.

Sedangkan pada 12 perlawanan pertama mereka musim ini mereka hanya bolos sekali daripada situasi bola mati.

Harus diingat musim lalu dan awal musim ini mereka adalah pasukan terbaik untuk situasi bola mati sama ada bertahan atau menyerang. Ianya hasil daripada tindakan Arteta melantik jurulatih khas untuk bola mati.

2. Penyerang prolifik di hadapan gol

Januari ini peluang terbaik untuk Arsenal mendapatkan penyerang yang boleh menjaringkan 20-30 gol semusim. Perkara yang mereka hilang sejak mereka ditinggalkan Aubameyang.

Arsenal musim lalu terlepas kejuaraan, antara sebabnya adalah beza kualiti di barisan serangan. Musim ini mereka tidak ada penyerang yang benar benar prolifik.

Gabriel Jesus pemain yang bagus dalam pressing namun dia masih perlu memperbaiki aspek penyudahnya. Dan Arsenal masih lagi gagal dalam formula mereka mahu menjadikan Kai Havertz penyerang yang mampu memberikan mereka banyak gol.

Nketiah bukan nama yang cukup bagus untuk membantu mereka menjadi juara liga. Maka tidak hairan peminat mendesak kelab mendapatkan Ivan Toney.

3. Martinelli-Saka-Odegaard

Tiga pemain ini sangat luar biasa musim lalu. Namun musim ini, secara individu, Odegaard masih pemain yang berbisa mencipta peluang dan masih sangat kreatif. Namun dari segi impak sebagai unit, trio ini ketika ini agak becelaru.

Martinelli dan Saka perlu bangkit ke prestasi terbaik mereka secara konsisten sekali lagi. Kerana Arteta benar benar bergantung kepada mereka berdua. Odegaard pemain terbaik antara mereka bertiga ketika ini. Namun isu yang saya gariskan adalah impak secara unit.

Martinelli dan Saka kadangkala terlalu try hard bila ada bola di kaki mereka sehinggakan mereka seringkali lambat menghantar bola kepada rakan.

4. Impak daripada bangku simpanan

Sebelum ini pemain seperti Trossard atau Reiss Nelson seringkali memberikan impak dari bangku simpanan. Namun pada ketika ini, impak pemain gantian mereka tidak begitu ketara terutama sekali Trossard.

Pemain yang sebenarnya boleh menggunakan kesempatan yang ada untuk menjadi pemain utama berdasarkan prestasi Martinelli yang tidak menentu.

5. Menang ‘winnable game’

Arsenal harus mulai menghentikan kesilapan gagal menang perlawanan yang dianggap boleh menang. Misalnya aksi menentang West Ham dan Fulham.

Untuk bergelar juara EPL perlawanan perlawanan seperti ini yang harus diambil serius.

Sebagai rekod dalam 5 perlawanan terakhir, Arsenal cuma menang sekali, seri sekali dan tewas 3 kali.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang