5 Rumusan Aksi Malaysia Menentang Bahrain

Malaysia bertemu dengan Bahrain dalam aksi pemanas badan dan tewas 2-0. Ini adalah 5 perkara yang saya sempat gariskan.

1. Skuad bayangan 

Ini adalah skuad bayangan untuk perlawanan kelayakan. Oleh sebab itu Tan Cheng Hoe tidak mahu melakukan perubahan drastik.

Namun isu dia adalah, Tan cheng Hoe tidak mendapat output yang baik. Dan mungkin di satu konteks lain, ini harus digunakan untuk memberikan peluang kepada beberapa pemain muda.

Tetapi sukar untuk Tan Cheng Hoe memilih mana satu. Ianya lebih kepada ‘gamble’ untuk opsyen mana yang beliau akan pilih.

2. Bahrain tak main bagus

Bahrain sebenarnya tidak bermain bagus dalam perlawanan ini. Intensiti mereka sangat rendah dan banyak sekali percubaan yang lemah dan teruk.

Namun di sebalik semua itu, Malaysia membuatkan Bahrain menang dengan dua gol. Di mana dua kesilapan defensif membuatkan Bahrain menang dengan dua gol.

Gol pertama adalah aksi sumo oleh Irfan Zakaria yang sebenarnya tidak boleh dipertikaikan, clear penalty.

Seterusnya gol kedua adalah kombinasi Mat Don dan Farizal yang memberikan ‘assist’ kepada Bahrain.

3. Dua babak Malaysia

Babak pertama Malaysia lebih baik daripada separuh  masa kedua. Namun walaupun ‘lebih baik’, Malaysia masih tidak bermain sebaiknya.

Separuh masa pertama aksi Malaysia banyak sideway pass. Namun positifnya adalah pemain seperti Liridon, Matthew Davies dan Corbin Ong serta world class save daripada Farizal.

Namun separuh masa kedua, sebenarnya ianya satu tontonan yang sia sia oleh peminat yang menyaksikan aksi ini pada lewat malam atau awal pagi di Malaysia.

Sepanjang perlawanan ini, Malaysia bergelut dengan kreativiti dan tidak ada penetration ke arah lawan.

4. Displin

Malaysia ada masalah disiplin kritikal. Di atas padang pemain melakukan 2 kesilapan yang memberikan gol lawan.

Seterusnya di luar padang, Safawi Rasid dilaporkan dilayangkan kad merah kerana kelakuannya. Menurut pengulas Astro Arena, Safawi masih boleh bermain dalam aksi kelayakan namun akan digantung dalam aksi persahabatan yang seterusnya.

5. Apa yang Tan Cheng Hoe akan dapat

Sebenarnya perlawanan ini adalah acid test. Walaupun ada yang menyatakan perlawanan ini tak penting pun menang dan kalah. Tetapi pada masa yang sama, syarat itu hanya terpakai jika pasukan bermain baik. Di mana malam ini Malaysia ternyata kurang bermain baik.

Tan Cheng Hoe pastinya akan melakukan analisis perlawanan ini selengkapnya. Ini termasuk kualiti squad depth. Apa impak pemain simpanan beliau.

Rumusan

Aksi ini adalah aksi yang hambar daripada kedua dua pasukan. Malaysia perlu mempersiapkan diri lebih drastik dalam masa yang sangat singkat.

Dengan beberapa pemain baru sahaja bergandingan di atas padang, ianya pasti mengambil masa untuk membentuk gandingan. Tetapi itu memang asam garam dalam bola sepak.

Diharap kelemahan kelemahan akan dapat diperbaiki.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang