TMJ: “Jikalau Kalah Esok, Saya Tinggalkan Bola Sepak Sepenuhnya”

Pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyatakan bahawa beliau akan bersara jika pasukannya tewas kepada skuad The City Boys dalam aksi merebut Piala Sumbangsih Esok.

Perang psikologi itu dimulakan oleh TMJ, hanya sehari sebelum sepak mula. Di mana TMJ memberikan peringatan kepada para pemain bahawa, sebarang kekalahan kepada KL City membuatkan mereka kehilangan TMJ selaku pemilik kelab tersebut.

Menerusi Instagram miliknya, TMJ berkata: “Jikalau kalah esok, saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terlibat lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara.”

TMJ memberikan komen itu dalam hantaran rasmi Instagram JDT di bawah ini:

Sebelum ini TMJ juga sudah menyatakan bahawa JDT tidak rela menelan kekalahan pahit seperti yang dialami mereka dalam final Piala Malaysia 2021 yang lalu. Dan berkata bahawa peristiwa seperti itu tak mahu perkara itu berulang lagi.

JDT dan KL City akan berentap merebut trofi Sumbangsih. Yang pertama kali menggunakan format baru. Di mana ianya diasingkan daripada perlawanan LS1 melibatkan juara bertahan Liga Super Malaysia berdepan pemenang pertandingan piala pada musim sebelumnya.

JDT selaku juara Liga Super akan melayan kunjungan KL City FC yang muncul sebagai juara Piala Malaysia 2021. Ianya juga ulangan final Piala Malaysia 2021.

Adakah pemain pemain JDT akan berjaya memastikan bos kesayangan mereka dan peminat JDT itu terus kekal? Sama sama kita saksikan aksi Piala Sumbangsih esok yang akan menandakan bermulanya kalendar Liga Malaysia 2022.

JDT sebelum ini membuat persiapan pra musim yang sangat baik. Termasuk berkongsi padang dengan pasukan seperti MSK Zilina dan Spartak Moscow yang pernah beraksi dalam pertandingan utama Eropah.

Mereka dilihat benar benar sudah bersedia untuk musim baharu. JDT masih lagi pasukan pilihan untuk merebut kesemua gelaran domestik pada musim ini terutama sekali Liga Super.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali