8 Legenda WWE Hall Of Fame Yang Tak Pernah Menjuarai Sebarang Gelaran Di WWE

WWE Hall of Fame adalah satu penghormatan yang cukup berprestij untuk penggusti WWE. Namun, tidak semua ahli WWE HOF ini memiliki kejuaraan WWE.

Sebenarnya, ramai nama besar yang masuk ke dalam Hall of Fame WWE mempunyai lebih banyak kejayaan di luar berbanding dengan kejayaan di WWE.

Ada beberapa legenda yang bahkan tidak pernah memegang gelar dalam WWE, sama ada Kejuaraan Dunia, Kejuaraan Antara Benua, atau bahkan Kejuaraan 24/7.

Bam Bam Bigelow, Stan Hansen, The Rock ‘n’ Roll Express dan lain-lain adalah sebahagian daripada senarai yang mengejutkan ini. Hari ini kita akan melihat beberapa ahli HOF yang sebarang kejuaraan WWE.

# 8 Jerry “The King” Lawler (WWE Hall of Fame Class of 2007) The King

Salah seorang ahli gusti profesional yang paling digemari ramai, Jerry “The King” Lawler dianggap legenda.

The King of Memphis adalah seorang penggusti yang memegang bengkung emas dalam AWA, Georgia Championship Wrestling, Memphis Championship Wrestling, dan semua jenis gelaran di seluruh NWA.

Sepanjang tahun 70-an dan 80-an, terdapat beberapa penggusti profesional yang dipuji lebih tinggi daripada The King. Oleh itu, ketika dia melangkah ke WWE, kemudian WWF, ramai meramalkan dia akan mendapat kejayaan besar di sana.

Itu tidak berlaku, dan walaupun dia memiliki beberapa pertarungan dengan legenda seperti Bret Hart dan Tazz.

Sebaliknya Jerry lebih diingati dalam kariernya bersama Jim Ross, Vince McMahon, Michael Cole dan banyak lagi di meja pengulas.

Jerry Lawler dimasukkan ke Hall of Fame WWE pada tahun 2007 bersama rakan karibnya JR, Mr. Perfect, Dusty Rhodes, The Wild Samoans dan banyak lagi dalam kelas blockbuster Hall Of Fame inductees.  Dan beliau tanpa kejuaraan WWE.

# 7 Jimmy “Superfly” Snuka (WWE Hall of Fame Class of 1996) Jimmy Snuka

Korang masih ingat dengan Jimmy Snuka?

Apabila mengimbau kembali tentang detik WWE klasik, Jimmy “Superfly” Snuka dianggap ikon gusti pro Fijian yang legenda di Madison Square Garden pada tahun 1983.

Terdapat juga detik di mana “Rowdy” Roddy Piper menghentak kepala Snuka dengan kelapa.

Hall Of Famer ini menjadi mangsa pertama dalam rekod rentetan kemenangan The Undertaker dalam WrestleMania, dan dia menjadi bahagian penting dalam kemenangan Hulk Hogan dan Mr. T terhadap Piper dan Paul Orndorff di WrestleMania 1.

Walaupun dia adalah penggusti yang versatile, dan dianggap antara penggusti terbaik  WWE pada eranya. Namun Snuka tidak akan pernah mendapat kejayaan di WWE.

Ramai peminat menganggap penyusunan cerita karier Jimmy Snuka sangat mengecewakan apabila memikirkan dia tanpa sebarang bengkung kejuaraan di WWE.

# 6 “Mr. Wonderful” Paul Orndorff (Kelas Hall of Fame WWE 2005)

Kelas Hall of Fame WWE tahun 2005 berpaksi di sekitar Hulk Hogan. Sekutu dan musuh Hulkster semuanya dimasukkan ke dalam Hall of Fame, termasuk Roddy Piper, The Iron Shiek, Jimmy Hart, “Cowboy” Bob Orton, dan Nikolai Volkoff.

Paul Orndorff tidak pernah berjaya merangkul kejuaraan ketika bekerja dengan WWE, walaupun memiliki beberapa detik terbaik di dalam kariernya di atas ring.

# 5 Junkyard Dog (WWE Hall of Fame Class of 2004) 

Sbelum melangkah ke WWE / WWF pada tahun 1984, JYD menjadi nama besar di NWA Mid South.

Di Mid South, JYD adalah yang paling terkenal.

Ketika melangkah ke WWE, walaupun dia masih merupakan nama besar di situ, dia tidak pernah mencapai kejayaan di WWE selama 4 tahun bersama.

JYD memiliki ramai peminat tersendiri, terutama sekali generasi muda pada masa itu.

# 4 Jake “The Snake” Roberts (WWE Hall of Fame Class 2014) The Snake vs The Quake

Jake Roberts tidak pernah membawa pulang sebarang gelaran WWE, walaupun menjadi salah satu watak terbaik dalam sejarah syarikat tersebut.

The Snake lebih terkenal dengan permainan perang saraf daripada kejayaannya di gelanggang.

Jake Roberts juga seorang penggusti yang sangat lasak dan berskil.

Roberts bukan sekadar petah berbicara, dia berseteru dengan beberapa watak terbaik sepanjang zaman termasuk “Macho Man” Randy Savage, Andre The Giant, The Undertaker, Ultimate Warrior, Ricky Steamboat dan banyak lagi .

Mereka semua menjadi sasaran The Snake, yang akan menggunakan setiap muslihatnya untuk mendapatkan apa yang dia mahukan dengan apa jua caranya.

Memang sukar untuk mempercayai bahawa tidak pernah menjulang sebarang kejuaraan di WWE. Hmmm.

# 3 The Freebirds yang Luar Biasa (WWE Hall of Fame Class of 2016)

The Freebirds adalah pasukan yang sangat penting dalam dunia gusti profesional. Sebenarnya ada peraturan mengenai pasukan tag dalam WWE yang diberikan nama sempena dengan nama kumpulan mereka.

Di mana setiap ahli kumpulan berhak mempertahankan kejuaraan pasukan tag – peraturan ini digelar Freebird Rule.

Namun ada beberapa penggusti kemudian memanipulasi peraturan ini terutama sekali pada The Undisputed Era dan The New Day.

Apabila anda bercakap tentang gusti pasukan, The Fabulous Freebirds, salah satu perkara yang akan korang ingat adalah perseteruan mereka dengan The Von Erichs.

Legasi mereka tidak dapat dipertikaikan. Mereka memiliki deretan kejuaraan di WCCW, WCW, NWA, dan Mid-South. Namun, tidak ada seorang pun ahli The Freebirds, (Michael P.S. Hayes, Buddy Roberts, Terry Gordy, Jimmy Garvin) yang memegang kejuaraan di WWE.

# 2 Dusty Rhodes (WWE Hall of Fame Class of 2007) 

The American Dream Dusty Rhodes dianggap salah seorang ahli gusti profesional terbaik sepanjang masa. Walaupun waktunya di WWE tidak berjalan sesuai dengan rencana.

Namun ramai peminat mengingati betapa bagusnya dia di WCW.

Rhodes mempunyai segalanya. Penampilan yang unik, sikap yang menarik perhatian peminat, dan seorang yang dipercayai membuatkannya senang mendapat peminat.

Permusuhannya dengan The Four Horsemen, khususnya Ric Flair, adalah beberapa detik paling memberikan pengalaman tontonan indah para peminat dalam sejarah gusti pro.

Namun, ketika dia berpindah ke WWE pada tahun 1989, peminat merasakan bahawa syarikat itu hanya berusaha untuk menjatuhkan reputasi Rhodes.

Walaupun dia bekerja dengan “Macho King” Randy Savage dan Ted Dibiase, dia tak pernah diberikan pengakhiran gembira pada akhirnya.

Lalu ramai peminat menganggap Rhodes menjadi mangsa politik WWE yang mahu menunjukkan jenama mereka lagi bagus daripada WCW.

Dinasti Rhodes memang kuat. Dustin Rhodes menghidupkan kembali kariernya di AEW sementara anak bongsu Dusty, Cody, adalah Juara AEW TNT sebanyak dua kali.

Sting # 1 (WWE Hall of Fame Class of 2016)

Sting adalah legenda dalam jenama WWE dan juga WCW.

Setelah WCW bungkus pada tahun 2001, Stinger memilih untuk tidak bergabung dengan WWE, dan sebaliknya mengambil cuti yang sangat diperlukan sebelum kembali ke gusti profesional.

Dia bergabung dengan TNA pada tahun 2003. Sting menghabiskan sebelas tahun untuk membantu membina beberapa bintang teratas hari ini sambil bergaya klasik dengan lelaki seperti Kurt Angle.

Pada dasarnya, Sting bekerja dan melakukan penentangan ke atas WWE.

Sting memenangi Kejuaraan Dunia NWA dua kali, Kejuaraan Dunia WCW enam kali, dan Gelaran Dunia TNA empat kali, dengan Kurt Angle menjadi satu-satunya penggusti yang memenanginya lebih banyak daripadanya.

Walaupun kedatangannya ke WWE agak terlambat, itu tidak bermakna Sting tidak memburu kejuaraan.

Sebenarnya, perlawanan keempat Sting dengan syarikat itu adalah yang paling menguntungkan secara komersial ketika itu – WWE Championship. Semuanya kerana nama Sting.

Sayangnya, itu juga merupakan perlawanan terakhir untuk Stinger, kerana dia mengalami kecederaan yang pada dasarnya mengakhiri kariernya di gelanggang WWE. Dia kemudian tidak pernah kembali.

Sumber: Sportskeeda

 

Baca yang lain