Oleh Itu, Klopp Kena Dengar Nasihat Deeney Tentang Lovren

Penyokong Liverpool bersetuju dengan komen kapten Watford – Troy Deeney dan berharap Klopp juga mendengar apa yang dikatakan pemain itu.

Dalam sidang media selepas tamat perlawanan, Troy Deeney mengakui mereka mensasarkan bek tengah – Dejan Lovren untuk diserang.

The Reds yang tidak terkalahkan dalam 44 perlawanan. Dan ianya berakhir dengan kisah yang sangat mengejutkan.

Ditewaskan oleh Watford yang bergelut di zon penyingkiran. Namun itulah bola sepak. Nampak tak ayat aku nak sedapkan hati?

Deeney target Lovren

Ok, berbalik kepada komen Deeney tentang Lovren, beliau menyatakan bahawa Nigel Pearson – pengurus Watford – mahu para pemainnya cuba mensarkan Dejan Lovren dan mendesak pemain itu sehingga melakukan kesilapan.

Lovren diturunkan oleh Klopp selepas Joe Gomez kerana mahu memberikan pemain itu rehat. Dan Klopp membayar harga yang tinggi di atas percaturannya itu.

Watford mencetak 3 gol ke atas Liverpool. Dua gol oleh Ismaila Sarr dan satu gol cantik daripada Troy Deeney.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Deeney mendedahkan mereka akan cuba sedaya upaya mengelakkan pertarungan dengan Virgil Van Dijk. Kerana mustahil untuk menewaskan pemain itu.

Deeney kemudian membuat perbandingan di antara Van Dijk dan Lovren, mereka berdua ada fokus yang berbeza di dalam padang.

Van Dijk sentiasa fokus kepada bola. Manakala Lovren kadangkala terlalu fokus kepada pertarungan fizikal dengan lawannya.

Apabila Lovren berhadapan dengan lawan yang keras seperti Deeney, beliau akan dalam masalah.

Deeney berkata: “Van Dijk adalah bek tengah pada kelas tersendiri, bagi saya, dia adalah top 5 untuk pemain pertahanan terbaik di dunia pada ketika ini.”

“Adalah sukar untuk mendapatkan apa-apa daripadanya; dia berketinggian 6 kaki 6 inci, cepat pulak tu dan kuat. Ann ann ann.”

“Jadi anda perlu cuba untuk memilih untuk menyerang seorang lagi yang lebih lemah di antara mereka berdua [Van Dijk dan Lovren].”

“Saya bukanlah nak menghina Lovren dan mengatakan dia adalah pemain yang lemah dari kedua-duanya.”

“Dan saya pun tahu dia [Lovren] pun tak takut nak melawan saya, dan itulah permainan saya.”

“Jika anda mahu mencuba dan melawan saya, saya akan berikan kamu persaingan yang sengit dan menyukarkan kamu.”

“Dia melakukan perkara itu untuk gol pertama, dan cuba mencabar saya secara fizikal ketika lontarak ke dalam dan kemudian saya mengatasinya, lalu kami menjaringkan gol.”

“Lovren lebih cuba untuk melawan saya secara fizikal berbanding dengan memerhatikan kedudukan bola. Dan kami berjaya mendapat gol.”

Klopp mungkin harus mendengar apa yang dikatakan Deeney ini. Membentuk gaya permainan yang lebih konsentrasi pada Dejan Lovren supaya tidak terlalu gopoh.

Kekalahan itu merupakan yang pertama dihadapi oleh Liverpool musim ini. Liverpool kekal 22 mata di puncak liga.

So tiada impian invincible lagi untuk musim ini. Ianya masih segar dan mekar milik Tun Wenger bersama dengan skuad Arsenal 2003/04.

Apapun, diharap Liverpool akan bangkit semula selepas ini. Dan fokus utama pastinya kejuaraan EPL.

Baca yang lain