Mo Salah Dilantik Duta Reno 3 Pro Timur Tengah & Afrika

Oppo telah memperkenalkan Reno 3 Pro dengan kamera depan depan 44MP. Dan sekarang ini Reno 3 Pro telah menjengah di pasaran MEA (Timur Tengah & Afrika).

Untuk meraikan detik bersejarah itu, syarikat Oppo telah melantik Mohammed Salah, penyerang Liverpool FC dan Mesir sebagai duta jenama di MEA.

Majlis pengenalan Reno 3 Pro di seluruh Timur Tengah dan Afrika akan berlangsung pada 18 Mac. Mereka berbangga dengan kolaborasi bersama Mohamed Salah.
โ€Œ
Presiden Oppo jajahan Timur Tengah, Ethan Xue berkata, skil yang tiada tandingan pada Mohamed Salah adalah cerminan kepada keupayaan fotografi pada Reno 3 Pro.

Sebelum ini Oppo telah menjalinkan kerjasama dengan FC Barcelona, Roland Garros, Wimbledon dan juga Boston Marathon.

Oppo menyatakan mereka sangat komited dengan pembangunan teknologi yang mengujakan.

Oppo menyatakan Reno3 ni memang versi untuk selfie. Kamera selfie dia 44MP bang oi. Selfie clear habis bulu hidung korang. Boleh selfie dengan nyamuk sekali.

Oppo Reno3 Pro baru sahaja dilancarkan di India pada Januari. Dan kini sedang menjengah ke pasaran negara lain. Kemaskini pertama akan dikeluarkan pada 5 Mac ini.

Fungsi kamera selfie dia ada berbentuk 2 kamera dengan 44/2 megapixel. Membolehkan korang selfie dekat tempat gelap supaya nampak terang benderang.

Reno3 Pro dikuasakan an octa-core Mediatek P95 processor, yang aku rasa ok lah walaupun tak sepower Qualcomm Snapdragon.

Saiz skrin dia 6.4-inch, Super AMOLED display, 8GB RAM dengan dua pilihan
storan 128/256GB.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di