6 Penyerang Liverpool Yang Wajib Anda Sanjungi

Pada musim Ian Rush menyertai Liverpool -1980/81- Liverpool menjulang Piala Liga dan Liga Juara Eropah. Rush baharu berusia 19 tahun yang dibeli dari kelab Chester City dengan harga €400 ribu.

Penyerang dari Wales ini hanya bermain 9 kali pada musim pertamanya, 7 kali di liga dan 2 kali di pertandingan piala.

Ian Rush

629 (31) penampilan, 346 jaringan, 10 kejuaraan

Rush tidak menunggu lama, musim berikutnya beliau sudah dijadikan penyerang utama pasukannya. 3 musim selepas itu Liverpool sudah menjuarai 3 kali Piala Liga, menjadikannya 4 kali berturut-turut.

Lain macam seluar tahun 80an ni

Pada musim ke-4 Rush di Anfield, beliau merangkul kejuaraan kelab eropah buat kali ke-2. Kali ini sebagai pemain utama.

Rush terus unggul pada 3 musim terakhir sebelum menyertai Juventus. Dalam tempoh terakhir itu beliau sekali lagi membawa Liverpool mara ke perlawanan akhir Liga Juara (1985), akhir Piala FA (1987) separuh akhir Piala FA (1985) dan separuh akhir Piala Liga (1986).

Walaupun tewas dalam kesemua 3 perlawanan tersebut, beliau berjaya meraih 1 lagi Piala FA (1986).

Rush meninggalkan Liverpool dengan 7 kejuaraan dalam masa 7 musimnya di sana. Sungguh kuat Liverpool pada masa itu, cuma tiada kejuaraan Liga. Piala Liga mereka dapat 4.

Rush tampil dalam 331 perlawanan dan menjaringkan 207 gol.

Liverpool menjual Rush dengan harga €5 juta sebelum membelinya semula selepas hanya semusim di Turin dengan harga €3 juta.

Kali ke-2 Rush di Anfield, beliau bermain selama 8 musim lagi, baki 4 musim terakhir dalam kariernya ia berada dibawah jenama Liga Perdana Inggeris yang sebelum itu dikenali sebagai Divisyen 1.

Rush menamapil penampilannnya bersama kelab sebanyak 298(31) kali dan mengumpul 139 gol lagi.

Beliau juga menambah koleksi 3 kejuaraan iaitu 2 Piala FA dan 1 Piala Liga. Dalam kabinet Rush, beliau mempunyai 2 kejuaraan eropah, 3 Piala FA dan 5 Piala Liga.

Ian Rush menjadi penyerang lagenda Liverpool sehingga ke hari ini dengan 10 kejuaraan.

Robbie Fowler

309 (60) penampilan, 179 jaringan, 5 kejuaraan

Sebelum munculnya penyerang dari akademi Liverpool ini, pasangan serangan Rush adalah Dean Saunder.

Selain menjaringkan 5 gol dalam 1 perlawanan, handyplus hidung Fowler juga menjadi fenomena

Pada musim 1992/93, peranan Saunder mula dikurangkan dan Fowler dipromosi ke skuad utama pada musim 1993/94. Saunder dijual ke Aston Villa (€2.85 juta).

Robbie Fowler meraih peluang dan terus menjadi pemain utama pada musim pertamanya di skuad utama.

Fowler tidak mengecewakan apabila beliau terus mencetak 5 jaringan ketika bertemu Fulham, menjadi pemain ke-4 yang melakukannya dalam sejarah kelab.

18 jaringan dalam 33 penampilan dan 31 gol dalam 57 perlawanan pada musim ke-2. Pemain ini dilihat bersedia menggantikan Rush.

Pada ketika itu majoriti kelab di England menggunakan 2 penyerang tengah. Fowler sempat berpasangan dengan Rush selama 2 musim, Stan Collymore dibeli dari Nottingham Forest dengan harga yang cukup mahal iaitu € 13 juta untuk digandingkan dengan Fowler.

Rush dikekalkan selama 1 musim sebagai pemain simpanan kepada Fowler dan Collymore, beliau seterusnya dilepaskan selepas Fowler dan Collymore serasi.

Collymore tidak kekal lama di Anfield, beliau hanya bersama selama 2 musim. Namun langkah Roy Evans menjualnya ke Aston Villa (€10.5 juta) tidak silap.

Liverpool sedang membina bintang masa depan dan mempunyai 1 bakat besar ketika itu. Beliau adalah Michael Owen.

Diantara transisi Collymore kepada Owen, Evans membeli satu lagi penyerang simpanan yang bernama besar yang berada dipenghujung karier, Karl-Heinz Riedle dari Jerman.

Segalanya berjalan lancar apabila Owen cepat menyesuaikan diri walaupun hanya berusia 18 tahun.

Michael Owen

268 (29) penampilan, 147 jaringan, 4 kejuaraan

Micheal Owen lebih baik berbanding Fowler. Pemain ini menjadi penyerang utama selama 7 musim berturut-turut sejak dipromosikan.

Penyerang Inggeris yang berjaya menembusi kelab dewa dunia, Real Madrid

Dalam tempoh yang sama, Fowler cuma berjaya meraih 5 musim sebagai pemain utama dan baki 2 musimnya lagi beliau mempunyai beberapa siri kecederaan.

Bagi menangani kes kecederaan Fowler, Gerard Houlier membeli Titi Camara (€3.9 juta) dari Marseille dan Erik Meijer (percuma) dari Bayern Leverkusen.

Namun kedua-dua pemain itu tidak mengagumkan dan kemudiannya dijual selepas 2 musim.

Kali ini Houlier membuat perbelanjaan besar bagi mendapatkan Emily Heskey (€16.5 Juta) dari Leicester City. Pemain ini akhirnya bergandingan bersama Owen selama 4 musim (2000/01-2003/04)

Mereka bersama ketika Liverpool menjuarai 3 piala dalam 1 musim (2000/01). Piala FA, Piala Liga dan Piala UEFA. Gandingan ini sekali lagi menjuarai Piala Liga pada musim 2002/03.

Heskey juga seorang penyerang yang bagus, namun kami hanya mahu menyenaraikan Owen kerana mungkin ketiadaan Owen, Heskey bukan siapa-siapa.

Owen berada di Anfield selama 7 musim -tidak termasuk musim pertama kerana ketika itu namanya hanya berada di skuad B-18 tahun.

Dalam tempoh itu beliau tampil sebanyak 268 (29) kali dan menjaringkan 147 gol. Sementara itu Heskey bermain sebanyak 156 (47) dan merekod 60 gol.

Antara tempoh pencarian pengganti Collymore, Sean Dundee menjadi pembelian yang sangat gagal. Dibeli dengan harga €2.75 juta tetapi hanya sempat bermain 5 kali sebagai pemain simpanan. Selepas itu dijual dengan harga €1.5 juta selepas 12 bulan.

Era awal Rafa Benitez agak mencabar. Kelab kehilangan Owen dan Heskey secara serentak. Owen menyertai Real Madrid dengan yuran perpindahan €12 juta dan Heskey menuju ke Birmingham dengan nilai €9.32 juta.

Terdapat pertambahan wang yang baik dalam akaun kelab bagi mencari pengganti. Benitez membawa masuk Djibril Cisse dan Morientes dengan kos keseluruhan €29.25 juta.

Di dalam skuad, Rafa mempunyai Milan Baros yang tidak pernah menjadi penyerang penting pada 3 musim pertamanya kerana Houllier lebih gemarkan gandingan Owen-Heskey.

Tidak lupa, 2 pemain yang dikatakan mempunyai prospek besar iaitu Florent Sinama-Pongolle dan Anthony Le Tallec.

Dalam ketidak tentuan siapakah bakal menggalas peranan yang ditinggalkan Owen-Heskey, Baros muncul sebagai wira.

Beliau menjadi penyerang utama musim 2004/05, dan menjuarai Liga Juara Eropah.

Ohhh lupa…

Sebenarnya Liverpool mempunyai 1 lagi nama ketika itu, El Hadji Diouf. Hajdi Diouf dan Cisse mengikut jejak langkah Camara, tiada penyerang dari afrika berjaya dengan jayanya di Anfield.

Baros hilang selepas kejuaraan eropah, giliran Morientes dan pemain baru Peter Crouch pula mengetuai jentera serangan Liverpool. Fowler pula membuat peryertaan kali ke-2 selepas meninggalkan Liverpool untuk menyertai Leeds pada musim 2002/03.

Mengulangi apa yang berlaku kepada Ian Rush. Tetapi kehadiran ke-2 Fowler bukan sebagai pemain utama. Hanya menyokong Morientes dan Crouch.

Baros, Morientes dan Crouch hanya mempunyai 1 musim berjaya dari 2-3 musimnya disana. Walaupun gandingan Morientes-Crouch berjaya menjulang Liverpool memenangi Piala FA 2005/06, agak sukar untuk mengenang pemain ini kerana mempunyai musim yang suram yang lebih banyak.

Fernando Torres

126 (16) penampilan, 81 jaringan, 0 kejuaraan

Pada musim ke-4 Benitez, akhirnya kelab menjumpai penyerang ke-4 terbaik dalam sejarah kelab sejak era Rush.

Fernandoooooo Tores.

Torres termakan umpan bahawa beliau tidak akan memenangi apa-apa trofi jika kekal bersama Liverpool

Torres tidak memenangi apa-apa ketika 4 musim bersama Liverpool, tetapi beliau menjadi penyerang yang cukup baik dalam semua musim yang dimilikinya.

Liverpool berjaya layak 2 kali ke separuh akhir pertandingan eropah dan menjadi menjadi naib juara Liga Perdana Inggeris.

Untuk mengatakan Torres sebaris dengan Owen, ia mungkin tidak. Tetapi Torres jauh lebih baik dari Baros, Diouf, Morientes dan Crouch.

Malah jauh lebih baik dari Nicholas Anelka yang dipinjam dari Paris St Germain, Cisse dan Voronin.

Perbelanjaan bagi mendapatkan Torres berbaloi. Pemain ini dibeli dengan harga €38 juta, penyerang paling mahal dalam sejarah kelab pada ketika itu.

Liverpool juga membuat untung besar apabila Chelsea menggila dengan tawaran €58.8 juta bagi mendapatkan penyerang Sepanyol ini pada 2011.

Dalam tempoh Torres, Liverpool juga membuat 1 pembelian gagal apabila Robbie Keane dibawa masuk dengan harga €24 juta. Penyerang Republik Ireland ini hanya sempat bermain selama semusim.

Kisah kegagalan David N’Gog kurang diceritakan kerana beliau hanya berharga €1.5 juta.

Adakah kehilangan Torres akan mengulagi kisah ketiadaan pengganti Owen? kali ini tidak.

Luis Suarez

125 (8) penampilan, 82 jaringan, 1 kejuaraan

Torres meninggalkan Liverpool pada 27 Januari 2011, Suarez dan Carroll tiba di sana pada 31 Januari 2011. Para penyokong the reds mungkin sedikit risau adakah 2 pemain ini mampu menggantikan Torres.

Lincah, bertenaga dan aktif sehingga mampu menggigit lawan dalam kadar yang sangat pantas

Carroll datang dengan kos €41 juta dan Suarez €26.5 juta. Dalam kes ini benar kata pepatah yang mahal tidak semestinya bagus, murah tak semestinya tak bagus.

Suarez sangat bagus dan Carroll sangat tidak bagus.

Pemain ini banyak bermain di musim penuh pertamanya -2011/12- dan mereka menjuarai Piala Liga. Pada musim berikutnya Carroll hanya bermain 2 kali dan dijual kepada West Ham dengan harga rugi pecah kepala €17.2 juta.

Kecemerlangan Suarez akhirnya menjadi mimpi ngeri kali kedua buat Liverpool. Pemain ini mengundang minat Barcelona, mengulangi kes Chelsea-Torres. Barcelona meletakkan bidaan €81.2 juta memecah rekod yang dipegang Torres.

Semusim sebelum menarik minat kelab gergasi Sepanyol itu, Suarez secara bersendirian memacu Liverpool mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Beliau merekodkan 31 jaringan dari 33 penampilan.

Angka 30 gol liga hanya mampu dicatatkan oleh Rush pada tahun 1987, 26 tahun lepas. Kehilangan Suarez meletakan Liverpool ketiadaan penyerang yang baik.

Mario Ballotelli dan Rickie Lambert dibeli namun 2 penyerang ini gagal menggantikan penjaring Terbaik Liverpool sejak 1987 ini tadi. Iago Aspas juga gagal memainkan peranan yang ditinggalkan oleh penyerang kebangsaan Uruguay tersebut.

Brendan Rodgers meninggalkan kelab kepada Jurgen Kloop tanpa penyerang yang terbukti.

Roberto Firmino

205 (30) penampilan, 77 jaringan, 1 kejuaraan + mungkin 1 kejuaraan lagi

Musim pertama Klopp, kelab menjual Lambert dan Aspas. Balotelli dipinjam keluar sebelum dijual.

Klopp membuat 3 pembelian secara serentak bagi mengatasi masalah serangan pasukan. 2 darinya adalah pembelian besar melibatkan Roberto Firmino (€41 juta) dan Chistian Benteke (€46.5 juta)

Ibarat lilin sanggup membakar diri demi Mane dan Salah

Satu lagi adalah Danny Ings (€8.3 juta) dari Burnley.

Mengulangi cerita Suarez dan Carroll, Firmino berjaya di Anfield tetapi Benteke gagal. Pebelian terakhir yang dilakukan agak kontroversi apabila Dominic Solanke menyertainya.

Pada musim ini, ia menjadi musim ke-5 Firmino. Penyerang Brazil ini menjadi penyerang utama dalam kesemua 5 musim tersebut.

Yang mana kali terakhir ia dilakukan oleh Owen, menjadi penyerang utama dalam 7 musim berturut-turut. Sebelum itu sudah pasti ianya Rush, 6 musim berturut-turut.

Firmino menjadi penyerang ke-3 paling lama bertahan dengan status penyerang utama kelab. Pemain ini sudah mempunyai 1 kejuaraan kelab eropah dan mungkin bakal menjadi sebahagian pemain yang merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang tidak pernah dimenangi dibawah jenama Liga Perdana.

Rumusan

Sejak Divisyen 1 ditingkatkan menjadi Liga Perdana Inggeris, inilah 6 penyerang terbaik yang pernah dimiliki oleh Liverpool. 2 darinya merupakan pemain dari akademinya.

Sejak dari tahun 1992 sehingga 2020, Liverpool telah menampilkan 40 penyerang tengah sama ada pemain itu datang dari akademi, dibawa masuk dengan percuma dan dibeli.

Jadi siapa 6 penyerang terburuk yang Liverpool pernah miliki?

Sean Dundee, Titi Camara, El Hadji Diouf, Djibril Cisse, Andrej Voronin, Andy Carroll, Iago Aspas dan Mario Balloteli. Opss… sudah 8.

Mereka gagal kerana prestasi tidak menyamai tanda harga yang dibawanya, lebih malang keluar dengan harga jauh lebih murah.

Sebagai contoh beli Benteke dengan harga €46.5 juta dan jual €31.2 juta, nak lebih sedap rujuk kes Carroll.

Nota: Hanya melibatkan penyerang tengah dan sumbangsih, piala super eropah dan piala kelab dunia tidak dikira.

Baca yang lain