ANALISIS: Chelsea Lebih Perlukan Jadon Sancho Berbanding Man United

Bukan lagi rahsia, Jadon Sancho mahu kembali semula bermain di England. 3 kelab yang panas dikaitkan dengan beliau adalah Man Utd, Chelsea dan kelab lamanya Man City.

Liverpool juga dilaporkan memantau dari kejauhan pemain ini.

Kali ni aku nak bentangkan hujah kenapa Chelsea yang lebih memerlukan Jadon Sancho berbanding dengan Man United.

1. Posisi yang kritikal

Chelsea akan kehilangan Pedro dan Willian masih belum melanjutkan kontraknya di Stamford Bridge.

Jika Willian kekal sekalipun, pemain itu sudah berada di fasa akhir kariernya. Jadon Sancho merupakan pemain sayap kanan.

Di mana Chelsea boleh memikirkan gandingan Sancho dan Hudson Odoi/Pulisic di bahagian sayap.

2. Kreativiti

Satu perkara yang Chelsea sangat sukar sejak kehilangan Eden Hazard adalah kreativiti.

Sancho musim ini sudah mecipta 19 assist dalam semua pertandingan dan 15 dalam aksi liga.4

Chelsea memiliki penyerang seperti Tammy Abraham yang sudah meningkat naik dan membuktikan beliau boleh harap di hadapan gol.

Dengan adanya spark pada kreativiti, ianya akan lebih membantu.

Chelsea memiliki winger yang kreatif seperti Pulisic namun beliau kurang konsisten. Selain itu Willian dan Hudson Odoi ketika ini nampak lebih direct di final third.

Man United memiliki spark kreativiti yang lebih baik dengan adanya tambahan pemain seperti Bruno Fernandes dan selepas ini kepulangan semula Paul Pogba.

3. Ketajaman

Selain daripada kreatif, Jadon Sancho pemain sayap yang tajam di hadapan gol.

Beliau 17 gol dalam semua pertandingan musim ini dan sudah meledak 14 gol dalam aksi Bundesliga.

Dengan adanya pemain sayap yang serba lengkap seperti ini, Lampard akan mengurangkan beban kepada no.9, apabila mereka dirantai teruk.

Berbanding dengan Man United, pasukan mereka ada 3 penyerang yang sangat baik di hadapan gol iaitu, Martial, Rashford dan Greenwood.

4. Pengganti Hazard

Jika pun Sancho bukan pengganti Hazard secara terus, beliau sebenarnya yang paling hampir setakat ini, tersedia di pasaran.

Borussia Dortmund sudah menyerahkan kepada pemain itu untuk menentukan masa depannya.

Sancho pemain yang boleh skor, boleh assist, good ball carrier dan juga playmaker.

Ciri ciri yang ada pada Hazard dan yang Chelsea hilang sebelum ini.

Sementara itu, di United mereka tetap mahukan ciri ciri versatile ini di dalam pasukan. Tetapi apa yang saya cuba katakan, Chelsea lebih terdesak perlukan Sancho berbanding dengan United.

Rumusan

Berdasarkan 4 perkara di atas, jelas sekali Chelsea lebih memerlukan pemain ini berbanding dengan Man United.

2 kelab ini dilaporkan berada di senarai hadapan untuk mendapatkan khidmat Jadon Sancho.

Tetapi Man United pula dilaporkan di hadapan Chelsea pada ketika ini.

Chelsea harus cuba untuk menggunakan peluang ini untuk mendapatkan Jadon Sancho.

Dengan sebelum ini mereka sudah mendapatkan Pulisic dengan perjanjian yang sangat lancar.

Baca yang lain