Eliud Kipchoge: Manusia Pertama Tamatkan Marathon Kurang 2 Jam

Manusia itu mencipta pelbagai rekod dan pencapaian. Namun pencapaian Eliud Kipchoge ini antara yang paling luar biasa dalam arena sukan.

Eliud Kipchogo telah mencipta sejarah sebagai manusia pertama menamatkan larian marathon di bawah 2 jam. Beliau mencatatkan masa larian 1 jam, 59 minit, 40 saat dan 2 detik ketika INEOS Challenger 159 di Vienna.

Kipchoge disertai oleh 42 pelari lain yang turut menjadi pacemakers kepada larian beliau. Ini telah membantu Eliud dalam usaha beliaun mencipta rekod dunia itu.

Eliud, pelari berusia 34 tahun merupakan penyandang pingat emas Olimpik 2016 untuk acara marathon. Beliau merupakan pemecah rekod 4 kali di London Marathon.

Dalam ucapannya selepas tamat larian, Eliud berkata: “Saya mahu membuktikan bahawa di semesta ini, tidak ada had untuk kita manusia.”

“Selepas rekod oleh Roger Bannister 1954, ia memerlukan 63 tahun kemudian untuk saya mencuba. Namun saya gagal.”

Beliau merujuk kepada rekod luar biasa yang dicipta oleh Bannister berlari 4 minit dalam masa jarak satu batu.

“Dan selepas 65 tahun (daripada rekod itu) saya  mencuba lagi dan hari ini saya menjadi manusia pertama.”

“Saya mahu memberikan inspirasi kepada seberapa banyak orang di luar sana, agar mereka tahu bahawa manusia ini tiada batasannya.”

Kipchoge kemudian menegaskan rekod yang beliau cipta ini bukannya untuk beliau banggakan dan merasakan tidak ada orang akan dapat melakukannya selepas ini.

Sebaliknya ia lebih kepada dorongan dan pembakar semangat kepada manusia yang lain untuk melakukan perkara yang sama.

“Dan kini saya telah melakukannya. Saya menjangkakan akan ramai yang akan melakukannya selepas ini.”

Rekod ini tidak akan dimasukkan dalam rekod rasmi IAAF kerana INEOS Challenge tiada dalam kalendar rasmi IAAF.

Walaubagaimanapun rekod Kipchoge ini dianggap tidak masuk akal kerana catatannya yang sangat luar biasa.

Beliau berlari menamatkan jarak setiap 5 kilometer dengan purata masa 14 minit 13 saat.

Beliau menamatkan setiap satu batu dengan catatan purata 4 minit 43 saat

Dan untuk setiap 100 meter, Eliud berlari dalam masa 17 saat dengan kelajuan purata 21 km/j.

Jadi, rekod semasa untuk marathon masih 2 jam, 1 minit dan 39 saat – dan ia juga rekod yang dipegang oleh Eliud Kipchoge sendiri.

Kipchoge kemudian memberikan penghargaan kepada 41 lagi pelari yang lain yang disifatkannya telah menjadi sebahagian penting dalam sejarah manusia.

Mereka telah membantu menetapkan tempo yang konsisten.

 

Baca yang lain