Khabib Ucap Tahniah Kepada Gaethje, Bakal Lawan Beliau Seterusnya

Khabib Nurmagomedov telah mengucapkan tahniah kepada Justin Gaethje di atas kejayaannya menewaskan Tony Ferguson.

Justin Gaethje telah memenangi pertarungan Kad utama untuk UFC 249 dalam kelas lightweight untuk memakai bengkung kejuaraan interim.

Walaupun beliau menolak memakainya kerana hanya mahu memakai yang sebenar / real one.

Justin Gaethje mengejutkan petarung pilihan, Tony Ferguson dengan kemenangan bergaya menerusi TKO pada pusingan kelima.

Sepanjang aksi UFC249, Justin Gaethje telah menunjukkan aksi dominan. Memberikan tekanan teruk kepada Ferguson.

Malah Gaethje memberikan kerosakan/damage pada muka Ferguson di kiri dan kanan yang memberikannya kelebihan dari segi keputusan juri.

Khabib mengucapkan tahniah kepada Gaethje dan menganggap petarung itu sudah menunjukkan satu aksi yang bijak dan mengkagumkan.

“Justin Gaethje, itu sangat mengkagumkan, tahniah. Satu pertarungan yang sangat bijak,” tulis Khabib.

Gaethje pada awal pertarungan banyak menantikan lawannya untuk menyerang. Selepas melakukan beberapa siri serangan baru Gaethje lebih ofensif.

Gaethje berjaya menghalang El Cucuy menggunakan senjata utamanya iaitu siku.

Gaethje akhirnya menang jua dengan tumbukan padu ke muka Ferguson dengan pengadil menghentikan pertarungan kerana TKO.

Selain itu Khabib Nurmagomedov turut mengucapkan tahniah kepada Henry Cejudo dan melabel petarung itu sebagai legenda.

Cejudo menewaskan Dominick Cruz dalam acara bantamweight dan kemudian mengumumkan persaraannya dari UFC kerana mahu meluangkan masa bersama keluarganya.

Tetapi Khabib tetap menganggap Dominick Cruz sebagai petarung bantamweight terbaik sepanjang zaman walaupun tewas di tangan Henry Cejudo.

Cejudo melancarkan serangan dengan lututnya untuk menyingkirkan Cruz secara TKO.

Justin Gaethje merupakan pengganti kepada Khabib Nurmagomedov yang terpaksa menarik diri kerana tidak boleh keluar dari negaranya di Rusia.

Ferguson pada asalnya dijadualkan bertemu juara bertaha Khabib Nurmagomedov ketika acara dijadualkan pada 18 April di Brooklyn.

Tetapi kekangan masa dan sekatan perjalanan yang disebabkan oleh wabak menyebabkan aksi itu ditunda dan dipindah.

Nurmagomedov menarik diri dan memberikan peluang keemasan kepada Justin Gaethje untuk berada dalam landasan perebutan kejuaraan.

Dana White menyatakan beliau berbangga kerana dapat merealisasikan pertarungan kali ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Justin Gaethje akan bertarung dengan Khabib Nurmagomedov dalam acara perebutan bengkung kejuaraan sebenar. Tarikh pertarungan itu masih belum dikeluarkan.

Ini merupakan kali kelima pertarungan di antara Khabib dan Ferguson gagal direalisasikan. Dan ia terus gagal direalisasikan buat masa ini selepas Ferguson tewas sebentar tadi.

Khabib sebelum ini menyatakan beliau sangat inginkan pertarungan dengan lawan seperti Ferguson yang penting untuk legasinya. Ini kerana El Cucuy seorang petarung yang hebat.

Khabib kecewa kerana terpaksa melupakan aksi. Ini kerana beliau terperangkap di Rusia.

Buat masa ini, Justin Gaethje menjadi juara interim.

Baca yang lain