Video Slowmo Ini Menunjukkan Bahayanya Tumbukan Mayweather Ke Atas McGregor Dahulu

Satu footage slow-motion memaparkan detik kemenangan Floyd Mayweather ke atas Conor McGregor telah berlegar di media sosial dan tular semalam.

Ramai yang melihat footage itu sambil menyatakan betapa bahayanya serangan Mayweather ke atas lawannya itu. Pertarungan di antara Floyd Mayweather dan Conor McGregor itu berlaku pada 2017 di Nevada.

Ia dianggap pertarungan paling mahal dalam sejarah sukan tempur setakat ini. Mana tidaknya, populariti kedua dua petarung itu sangat tinggi ketika itu. Kedua dua petinju mendapat habuan yang sangat besar daripada pertarungan tersebut.

McGregor sangat berpengaruh dan memiliki ramai pengikut. Malah ramai yang percaya beliau akan mampu menewaskan Mayweather meskipun beliau beraksi dalam disiplin tinju sebenar dan bukannya MMA.

Pada sudut pandangan slow motion, para peminat menyatakan McGregor sebenarnya sedang berhadapan dengan bahaya yang teramat sangat di gelanggang tinju.

Malah ramai yang setuju dengan pengakuan Mayweather sebelum ini bahawa beliau mengawal tumbukannya untuk menghiburkan McGregor.

Menurut mereka, jika Mayweather benar benar melakukan tumbukan yang lebih kuat, McGregor akan lunyai teruk dan tak mampu bertahan sehingga 10 pusingan.

Hal ini kerana, banyak kali McGregor mendedahkan mukanya kepada Mayweather.

Mayweather menang dengan TKO pada pusingan ke-10 untuk melanjutkan lagi rekod tanpa kalahnya yang luar biasa kepada 50-0.

Tetapi Conor McGregor tetap dipuji ketika itu kerana menunjukkan aksi yang cemerlang untuk debut pertama tinju beliau berdepan dengan Mayweather.

Korang saksikan footage itu di sini:

Tetapi selepas itu menegaskan bahawa beliau ketika itu sekadar memberikan hiburan kepada crowd dengan membenarkan McGregor melakukan beberapa serangan dan tidak terus ‘mematikan’ lawannya itu.

Mayweather mengakui beliau sengaja mahu menampakkan bahawa McGregor macam bagus dalam aksi di atas ring. Jadi, secara tak langsung dapatlah beliau membuatkan hadirin dan mereka yang membayar PPV terhibur dan tidak rasa rugi, kerana dapat menyaksikan aksi tinju beberapa pusingan.

Mayweather berkata: “Saya nak beritahu anda semua perkara yang benar. Anda semua tahu tak yang saya melayan McGregor untuk menampakkan pertarungan itu menarik di mata anda semua.”

Sebelum ini juga, Conor McGregor menyatakan yang beliau akan menewaskan Mayweather jika ada pertarungan ulangan. Ini kerana sebelum ini adalah pengalaman pertama beliau di gelanggang tinju, itupun beliau mampu bertahan sehingga ke pusingan ke-10.

Mayweather berang dengan kenyataan itu dan menganggap McGregor suka merengek selepas kalah. Floyd Mayweather berkata:

“Benda macam ini membuatkan saya nak gila, saya kan sudah bersara. Jika saya bertarung satu lagi pertarungan, saya tetap akan tetap menang. Buang masa untuk saya kembali daripada persaraan untuk perkara seperti itu.”

Baru baru ini Mayweather sudah menyatakan tidak akan kembali semula ke ring kerana sudah bersara.

Baca yang lain