Top 10 Raja Gamers Di Penstriman Twitch

Perkhidmatan streaming Amazon Twitch telah menjadi salah satu platform terpenting di dalam industri permainan video.

Ini adalah tempat di mana para gamers dapat membina komuniti antara satu sama lain, meraikan permainan yang sedang panas masa kini.

Selain itu komuniti mereka juga boleh belajar mengenai trend terkini dalam talian terbaru.

Berrjuta-juta penonton mengikuti streamers ini pada setiap hari dengan alasan yang sama sekali berbeza.

Ada yang menonton untuk meningkatkan permainan mereka sendiri, sementara yang lain hanya menikmati hiburan yang datang dari menonton pemain kegemaran mereka.

Twitch adalah salah satu rumah bagi pemain individu, penerbit permainan, dan organisasi esports, dan para pembuat permainan video menggunakan platform dengan cara yang berbeza.

Walaupun pada Januari lalu, Twitch dilaporkan berhadapan dengan persaingan dan kehilangan sejumlah besar komunitinya kerana Facebook Gaming Creators.

Namun Twitch masih kekal menjadi platform utama dalam dunia penstriman permainan video.

Streamers ini menjana pendapatan sehingga mencecah jutaan dollar daripada pelbagai sumber.

Mereka juga memiliki jutaan pengikut di alam maya.

Berikut adalah 10 senarai streamers paling padu dekat Twitch

10. pokimane – 3.4 juta pengikut

Imane ‘pokimane’ Anys adalah gamer wanita paling berpengaruh di Twitch. Beliau bermain banyak game. Beliau baru menandatangani kontrak jangka panjang dengan Twitch. Dan ada emote Fortnite dia sendiri.

9. TSM| Daequan — 3.77 juta pengikut

Daequan dari Team Solo Mid has telah menjuarai beberapa pertandingan jemputan untuk “Fortnite.”

8. Dr. Lupo — 3.97 juta pengikut

Dr. Lupo berpangkalan di Nebraska yang dikenali dengan permaina “Fortnite.” Beliau kerap berkongsi cerita dengan pengikutnya tentang apa sahaja termasuk bagaimana beliau boleh sampai ke puncak.

7. Dr. Disrespect – 4.34 juta pengikut

Antara gamers dan streamers yang popular dengan gaya misainya. Dr. Disrespect salah satu karakter yang sangat popular di Twitch.

Beliau adalah pakar dalam permainan first-person shooting seperti “PlayerUnknown’s Battlegrounds,” “Apex Legends,” dan “Call of Duty.”

6. Summit1g — 5.33 juta pengikut

Juga dikenali dengan kepakaran dalam permainan first-person shooters. Summit1g banyak meluangkan masa untuk bermain “World of Warcraft.” Beliau juga kerap bertukar tukar permainan seperti“Grand Theft Auto V” dan “Sea of Thieves” untuk suka suka.

5. Tim the Tatman — 4.84 juta pengikut

Seperti kebanyakan streamers di Twitch, beliau dikenali dengan permainan “Fortnite.”  Beliau juga kerap bermain  “World of Warcraft,” “Brawl Stars,” dan “Overwatch.”

4. dakotaz — 4.34 juta pengikut

Dakotaz merupakan salah seorang lagi pakar permainan “Fortnite” dan banyak juga menghabiskan masa bermain “PlayerUnknown Battlegrounds.”

Tidak seperti kebanyakan streamers popular yang lain, dakotaz tak menunjukkan wajahnya ketika bermain.

3. Riot Games — 4.45 juta pengikut

Riot Games’ merupakan salah seorang streamers yang dikenali di seluruh dunia dengan permainan “League of Legends.”

2. TSM| Myth — 6.53 juta pengikut

Myth merupakan kapitan kepada Team Solo Mid yang bermain “Fortnite.” Sebahagian penting daripada salah sebuah pasukan paling berjaya dalam permainan kompetitif “Fortnite.”

1. Tfue — 8.2 juta pengikut

Tfue merupakan salah seorang gamers yang menjana pendapatan tertinggi dengan Fortnite. Beliau sudah memenangi lebih daripada $500,000 (lebih RM2 juta) hanya bermain permainan tersebut.

Awal tahun ini Tfue mengambil tindakan perundangan ke atas bekas pasukannya FaZe Clan berkaitan dengan kontrak. Beliau jenis yang sempoi.

Di mana Ninja?

Mesti korang tertanya kan, mana Ninja? Tapi followers beliau dah tahu kot.

Ninja ni adalah gamers yang paling mahsyur di alam Twitch. Sebab tu ramai tergelak apabila Lady Gaga bertanya kau ni sapa.

Gaga terus mengelirukan keadaan dengan ejaan ‘Fortnight’.

Ok, sebenarnya Ninja dah keluar daripada Twitch. Jumlah pengikut beliau ketika meninggalkan Twitch dengan jumlah tak jauh daripada Tfue + TSM – Myth.

Ninja ada 14.7 pengikut. Tetapi pada 1 Ogos 2019, beliau menandatangani kontrak ekslusif dengan laman penstriman Microsoft Mixer.

Sorang lagi notable mention adalah Shroud yang sudah meninggalkan Twitch untu Mixer.

Shroud ni kira veteran dan otai la dalam dunia esport profesional. Beliau berpengalaman luas dalam permainan “CounterStrike,” “Rainbow Six Siege,” “Call of Duty,” dan “Apex Legends.” Beliau meninggalkan Twitch dengan 7.05 juta pengikut.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di