Pelancaran Demo-2 Oleh NASA & SpaceX Ditangguhkan

NASA dan SpaceX terpaksa menangguhkan pelepasan roket Demo-2 yang dijadualkan ke International Space Station / Stesen Angkasa Antarabangsa. Penangguhan itu terpaksa dibuat kerana cuaca buruk yang tidak mengizinkan.

Nasa dan SpaceX sudah berkira-kira untuk melancarkan roket mereka dari Launch Complex 39A di Kennedy Space Center in Florida milik NASA.

NASA dan SpaceX telah menayangkan pelepasan roket mereka secara langsung di beberapa saluran penstriman.

Keselamatan dua angkasawan yang terlibat iaitu Robert Behnken dan Douglas Hurley menjadi keutamaan pada ketika ini.

NASA mengumumkan bahawa, percubaan untuk pelepasan seterusnya adalah pada 30 Mei 2020, Sabtu, pada jam 3.22 petang waktu AS dari pusat pelancaran yang sama.

Pelancaran kapal angkasa ke Stesen Angkasa Antarabangsa, menandakan era baru dalam penerbangan angkasa lepas. Ini juga meletakkan NASA kembali melancarkan angkasawan dari A.S. untuk pertama kalinya dalam hampir selepas satu dekad.

Sejak pelepasan yang terakhir 2011, NASA bergantung kepada roket Rusia untuk membawa angkasawan ke ataupun dari stesen angkasa.

Dengan ribut petir yang mengancam keselamatan, dua angkasawan NASA sudah pun naik di atas kapal roket SpaceX pada Rabu untuk mencipta sejarah yang dilihat sebagai batu loncatan terbesar untuk perniagaan pelancongan ruang angkasa yang sedang berkembang pesat.

Angkasawan veteran, Doug Hurley dan Bob Behnken dijadualkan untuk naik ke orbit di atas kapsul Dragon yang baru di atas roket Falcon 9, berangkat ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada jam 4:33. EDT dari peluncur yang sama yang digunakan semasa misi bulan Apollo kira-kira setengah abad yang lalu.

Mereka senyum, melambai dan memberikan thumb up, kedua-dua mereka juga sudah mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga mereka – bertukar ciuman dan pelukan dengan anak mereka dari jarak yang selamat dari coronavirus – sebelum berangkat ke markas pelepasan dengan SUV Tesla yang direka oleh bos Tesla, Elon Musk.

Penerbangan itu menyaksikan kali pertamanya syarikat swasta menghantar manusia ke orbit.

Dengan masa 2 1/2 jam sebelum pelepasan, pengawal (controller) telah melaporkan bahawa peluang pelancaran hanya 40 peratus kerana ribut petir di Pusat Angkasa Kennedy NASA.

Guruh dapat kedengaran ketika para angkasawan menuju ke pad, dan amaran angin puting beliung dikeluarkan beberapa saat setelah mereka naik ke kapsul mereka.

Penangguhan terpaksa di buat. Dan peluang pelancaran seterusnya adalah Sabtu.

Baca yang lain