Kecuaian ibu bapa, membuatkan sudah banyak kes di mana kanak kanak terutama bayi meninggal dunia di dalam kereta.
Ini kerana mereka terlupa bahawa anak mereka ada di dalam kereta ketika keluar daripada kenderaan mereka.
Masalah ini menjadi masalah utama di seluruh dunia terutama sekali negara beriklim panas seperti Malaysia.
Menurut US National Highway Transportation Safety Administration anak kanak kerapkali menjadi mangsa strok haba ini kerana suhu badan mereka meningkat lebih cepat berbanding orang dewasa.
Data daripada NoHeatStroke.org, di San Jose State University, menunjukkan bahawa purata 39 kanak kanak di AS meninggal dunia di dalam kereta sejak 1998.
Dan kini, pengeluar SUV nombor 1 di China iaitu Great Wall Motors, telah mencipta satu teknologi yang akan mengimbas dan mengesan jika ada kanak kanak / orang tertinggal di dalam kereta.
Apabila enjin dimatikan, dan semua pintu terkunci, sistem ini akan menggunakan radar millimeter-wave untuk mengimbas jika ada ‘makhluk hidup’ yang ada di dalam kereta. Ini bermaksud, kalau korang bawa haiwan peliharaan pun dia akan mengesannya.
When it's 90 degrees, the temp inside your car can reach 109 in 10 mins & 124 in 30 min. Always double check the back seat for kids or pets. @ChrisWrightWx has details on how long the heat wave will last, plus safety tips, on CBS4 News or https://t.co/tQEALoIf9u. #INwx #Indiana pic.twitter.com/3YMkFCQdkz
— CBS4 Indy (@CBS4Indy) June 28, 2019
Menurut syarikat tersebut, pengimbas dengan elektromagnetik ini akan mengesan degupan jantung dan proses pernafasan daripada manusia dah haiwan.
Penggera akan dibunyikan apabila sistem ini mengesan perkara itu, dan satu isyarat akan dihantar terus kepada pengguna menerusi SMS ataupun notifikasi menerusi aplikasi.
Rujukan: SCMP