[VIDEO] Detik Adrian Menggunakan Kuasa Minda Mengawal Fabinho

Adrian berjaya mengekalkan clean sheet dalam aksi pembukaan UCL semalam.

Walaupun mendapat komen bercampur baur daripada para peminat, namun Adrian membuktikan dia ada senjata rahsia dalam diri dia.

Adrian sempat membuatkan Joe Gomez kecewa dan seakan akan tidak percaya apabila dia menyerang bola di kaki Gomez.

Gomez terkejut kerana tindakan Adrian itu boleh membuatkannya cedera kalau silap hari bulan.

Tapi Adrian peduli apa dengan itu semua.

Kemudian ada satu detik di mana Adrian diperdaya Dusan Tadic dengan satu chip melepasi kepalanya.

Adrian sudah tertewas. Namun dia melihat Fabinho berlari ke belakang. Adrian seolah oleh menggunakan kuasa mindanya mengawal Fabinho dan mengeluarkan bola dari atas garisan.

Lihat reaksi Adrian di sini yang ibarat mengawal AI – Artificial Intteligence.

 

Apapun Adrian melakukan aksi menyelamat penting dalam aksi semalam dan beliau menyatakan dia sangat mencintai perkerjaannya sebagai penjaga gol.

“Saya suka dengan pekerjaan saya… terutama sekali benda begini pada minit akhir… Kita skor gais! Sangat bangga dengan pasukan saya, dan 3 mata sangat penting.”

“Permulaan yang sangat bagus dalam UCL.”

Baca yang lain